ShareThis
Monday, August 10, 2009
7 Ogos - Peneroka Bandar gagal temui MB
Hasrat wakil peneroka bandar berdialog bersama MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini tidak menjadi realiti apabila MB tidak dapat menghadiri mesyuarat itu.
Saya bersama wakil dari JERIT dan Wakil penduduk dari 5 buah kampung peneroka iaitu Kg.Papan, Kg.Berembang, Kg.Kerayong, Kg.Fajar dan Kg.Temenggong hadir dan mesyuarat dipengerusikan oleh YB Iskandar, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan. Turut hadir ialah Exco Dr. A. Xavier dan Ahli parlimen Klang Charles Santiago.
Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) harus dipuji kerana tiada ada sebarang pengusiran paksa sejak ambilalih kuasa tetapi yang megnecewakan adalah masih gagal menyelesaikan isu perumahan rakyat peneroka bandar.
Setelah berbincang selama 2 jam, YB Iskandar telah berjanji akan cuba menyelesaikan isu kes Ordinan Darurat 1969 antara penduduk kampung dan kerajaan negeri dengan segera. Beliau juga mengatakan bancian baru akan dilakukan di setiap kampung peneroka sebelum Disember 2009. YB Iskandar juga akan mengadakan mesyuarat dengan Pemaju dan wakil penduduk Kg.Krayong dan Kg.Papan untuk selesaikan masalah mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment