ShareThis
Monday, August 10, 2009
3 Ogos 09 - Selamat Buah Pala seketika
Hari ini rombongan kami dari PSM Semenyih dan JERIT telah pergi ke Pulau Pinang untuk mempertahankan Kampung Buah Pala yang diancam pengusiran paksa. Kami diberitahu oleh pasukan kami di Pulau Pinang bahawa pihak Koperasi yang menjadi Tuan Tanah sekarang mahu merampas tanah ini setelah memperolehi pemilikan kosong melalui perintah mahkamah. Disana kami bertemu dengan komrad dari Perak diketuai oleh Dr. Jeyakumar, M.Saraswathy dan Rani. Sdr. Kris dan Chon Kai turut memberitahu kami keadaan semasa. Pada hari ini, selain kami ada juga pihak dari Hindraf dan MIC yang turut berada untuk menyelamatkan Kampung ini. Kehadiran pelbagai pihak mengelirukan suasana dan pelbagai strategi disarankan. PSM berpegang kepada pendirian akan membela mereka yang ditindas dan diancam pengusiran. Pada masa yang sama, kita berpendirian bahawa masyarakat tempatan mesti membuat keputusan penting dan mesti mempertahankan tanah dan warisan mereka jika mereka hendak terus kekal disana atau berpindah keluar dengan pampasan yang munasabah.Kedua-dua mempunyai implikasi yang emsti dihadapi oleh orang kampung disana. Namun hari ini, tidak ada perobohan di kampung ini....esok tidak pasti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment