ShareThis
Tuesday, June 16, 2009
7 Jun - Aduhai longkang Taman Semenyih Jaya
Hari ini, saya dan T.Ramalingam, Pengerusi PSM Semenyih membuat lawatan ke Taman Semenyih Jaya yang terletak di belakang PKNS Semenyih. Aduan yang kami terima adalah longkang disana sentiasa tertakung dan banjir apabila hujan lebat. Tinjauan kami mendapati ada setengah tempat disana, longkang terhenti begitu sahaja dan air megalir tanpa tujuan manakala ada tempat dimana longkang yang telah dibina dipenuhi semak samun sehingga longkang tertimbus. Penduduk mendakwa tiga tahun tidak ada orang membersihkan longkang. Saya pernah mengadu tentang longkang ini sebelum ini. Mungkin saya kena memanggil kontraktor kawasan ini dan meminta penjelasan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment