Hari ini saya menimbulkan beberapa isu seperti dibawah dalam Mesyauarat Infrastruktur. Namun isu yang paling utama yang saya utarakan adalah ketiadaan lampu jalan dari pekan Semenyih sehingga Bandar Rinching. Penjelasan yang diberi oleh JKR bahawa mereka menunggu peruntukan RMK10 tidak masuk akal. Ada tiang lampu, tetapi tak bernyala. Apakah susah nak nyalakannya??? Saya mengatakan jika tak laksanakan , kita akan buat protes
16 Jun 2009 DENGAN FAX/TANGAN
Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP - Fadilah Binti Razalli,Pemangku Pengarah,Jabatan Kejuruteraan,)
ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ BAGI BULAN JUN 2009
Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini
i) Sistem Perparitan Taman Semenyih Jaya
- Sistem Perparitan di kawasan Semenyih Jaya memerlukan satu lawatan tapak untuk memulihkan sistem perparitan yang sedia ada.
- Terdapat parit yang tiba-tiba ditutup menyebabkan air mengalir ke kawasan terbuka
- Air bertakung sejak penduduk menetap di sana.
- Longkang yang tidak dibersihkan untuk sekian lama
ii) Perhentian Bas
- Aduan bahawa terpaksa berjalan lebih 1 kilometer untuk menaiki bas
- Perhentian Bas paling dekat untuk penduduk Sunway Semenyih dan Desa Mewah di Semenyih adalah di Taman Paling Jaya iaitu jauh dari tempat perumahan mereka
- Namun ada masalah trafik yang serius di pintu masuk dua taman ini.
iii) Lampu Isyarat dan Jalan berlobak
- Lampu isyarat yang ulung di Jalan Saujana Impian ke Semenyih perlu diletak sensor kerana buat masa ini ia terlalu lama dan ini menyebabkan masalah trafik
- Jalan yang sama sering untuk sekian lama mengalami masalah berlubang dan berlobak dan sudah banyak kali diperbaiki. Mengapa masalah ini sering berlaku dan apakah langkah untuk mengatasinya.
iv) Pekan Semenyih ke Bandar Rinching – Isu lampu
- Memandang serius tiada lampu sepanjang jalan besar
- MPP zon bercadang membuat protes sekiranya JKR tidak mahu bertindakV) Kerja tanah di Ladang Semenyih, Jalan Broga
V) Kerja Tanah di Ladang Semenyih, Jalan Broga
- Penjualan Ladang Semenyih dan permulaan kerja-kerja tanah kemungkinan besar akan memberi kesan kepada kawasan tadahan air di sini yang membekalkan air minum untuk para pekerja Ladang.
- Kena memastikan kerja-kerja tanah tidak mengusik kawasan tadahan air
Sekian Terima Kasih
S.Arutchelvan
Ahli Majlis
2 comments:
Memang nak protes!!! Kalau boleh seluruh pududuk-penduduk Bandar Rinching and Semenyih sama-sama protes.
Terutamanya isu tiada lampu sepanjang jalan besar Semenyih ke Bandar Rinching. Perkara ini sudah begitu lama and perkara tak akan ada di Majlis Perbandaran yg besar seperti MPSJ & MPPJ, tetapi masih wujud di Majlis Perbandaran yg kecil seperti MPKJ.
MPKJ dulu and sekarang memang teruk, tak kerja & tak menepati penduduk, tetepi asyik suruh penduduk bayar cukai taksiran.
REALLY HAVE TO TURN AROUND THIS MPKJ!!!!
Post a Comment