ShareThis

Tuesday, June 16, 2009

13 Jun - terumbang ambing nasib pekerja kilang Papan Lim Ah Soon




Seramai 80 orang pekerja berada dalam keadaan cemas ekoran tindakan majikan tidak membayar gaji mereka untuk lebih satu bulan dan mesin-mesin di dalam kilang satu persatu dipindah keluar.
Kilang Papan Lim Ah Soon ini menempatkan pekerja tempatan dan pekerja asing. Para pekerja ini pula membuat aduan polis terhadap majikan kerana takut ia akan menghilangkan diri tanpa membayar sebarang gaji dan faedah yang lain.
Mereka telah berkerja di kilang ini di antara empat tahun hingga 20 tahun. Tetapi, kini sangat risau dan bimbang terhadap tindakan majikan kami yang gagal membayar gaji mereka selama dua bulan kerja pula telah dikurangkan kepada tiga hari dalam seminggu.
Selain itu, kebanyakan bahagian di kilang telah berhenti beroperasi dan majikan pula sedang mengeluarkan mesin-mesin dari kilang tanpa memberitahu sebabnya kepada para pekerja. Tindakan majikan ini telah menimbulkan prasangka di kalangan pekerja yang merasakan majikan akan menipu serta melarikan diri tanpa membayar gaji mereka.
Pekerja-pekerja ini datang membuat aduan di Pejabat PSM Semenyih dan kini sedang membentuk Jawatankuasa untuk membela nasib mereka.

No comments: