ShareThis

Friday, June 5, 2009

12 Mei - Mesyuarat Infrastuktur - Bincang isu Teksi dan Lampu sepanjang jalan Semenyih-Bandar Rinching

Hari ini saya mengutarakan beberapa perkara dan dua isu utama yang dikemukakan adalah keluhan pemandu Teksi di Semenyih dan masalah kegelapan sepanjang jalan Besar Semenyih ke Bandar Rinching. JKR seperti biasa mengatakan tak cukup wang. Sedih sungguh. Ada tiang lampu tetapi tiada lampu. Jika isu ini tidak diselesaikan juga, mungkin juga kita terpaksa turun jalan untuk protes. Dalam mesyuarat hari ini, JKR memberitahu akan meneliti aduan ini. Dibawah adalah surat rasmi saya.

PEJABAT AHLI MAJLIS ZON 18

S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791


12 Mei 2009 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP - Fadilah Binti Razalli,Pemangku Pengarah,Jabatan Kejuruteraan,)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ


Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum

i) Perhentian Teksi di Semenyih


• Saya telah dikunjungi Pemandu Kereta sewa dari Semenyih yang mempunyai
Persatuan bernama Persatuan Pemandu dan pemilik Kereta Sewa Semenyih, Hulu Langat, Selangor. Mereka terpaksa menunggu dua hingga 3 jam untuk mendapat penumpang.
• Mereka berpendapat Perhentian teksi di Kajang Sentral tidak sesuai dan amat menjejaskan pendapatan mereka
• Mereka juga mendakwa ada banyak kereta sapu di pekan Semenyih
• Mereka meminta Teksi stand (6 petak) dan mencadangkan dua tempat iaitu bersebelahan seven eleven atau dihadapan Sato (Belakang kuil Hindu)

ii. Jalan Semenyih ke Bandar Rinching – Penglebaran dan lampu


• Mengapa Tiada lampu jalan dari Pekan Semenyih ke Bandar Rinching?
Saya berharap mendapat maklumbalas atau isu-isu ini dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Infrastruktur dan Lalulintas

Sekian Terima Kasih



S.Arutchelvan
Ahli Majlis

No comments: