ShareThis

Friday, April 3, 2009

2 April 2009 - kemiskinan melanda Ladang Denudin




PSM Semenyih terpaksa mengadakan satu mesyuarat di Denudin setelah mendapat aduan dari para pekerja ladang bahawa gaji yang diperolehi mereka sudah turun dan ini rata-rata memberi kesan kepada kehidupan mereka. Dalam mesyuarat hari ini, kami mendapati pada pekerja mendapat pengurangan mendadak dalam gaji apabila elaun perumahan dan juga wang memotong dahan telah dikurangkan tanpa memberitahu para pekerja. Selain daripada itu, hampir semua rumah di ladang ini yang mempunyai bumbung yang bocor. Di rumah bumbung mereka bocor, dalam diri mereka, poket mereka pula bocor.

Dalam mesyuarat hari ini, keputusan diambil untuk menulis surat kepada Pengurus baru meminta penjelasan sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Hampir kesemua keluarga dalam ladang ini yang memperolehi sumbangan kebajikan kerana masalah kemiskinan.

1 comment:

AC said...

There are many poor ppl in rural areas. Just they are not really highlighted and concerned by the relevant authorities.