ShareThis

Wednesday, March 4, 2009

28-2-09 – Banjir kilat di Sri Tanjung




Saya telah mendapat panggilan kecemasan dari seorang penduduk Sri tanjung bernama Bala. Beliau memberitahu banjir telah memasuki rumah beliau dan rumah orang-orang bersebalahan rumah tersebut. Kami kemudian telah pergi ke Taman Sri Tanjung. Kawasan yang banjir adalah Jalan Tujuh. Kami mendapati banjir disebabkan longkang dibelakang rumah sudah penuh dan melimpah masuk ke kawasan perumahan mereka. Semasa kami pergi, air sudah surut. Namun demikian kami telah membawa isu ini kepada perhatian MPKJ untuk tindakan seterusnya. Longkang dibelakang rumah ini perlu dibersihkan jika tersumbat atau dibesarkan, jika terlalu kecil..

No comments: