ShareThis

Wednesday, March 4, 2009

1Mac 2009 – Seminar Pekerja di Semenyih

Pada 1/3/2009, PSM Semenyih bersama-sama dengan Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan (GPKK), JERIT telah menganjurkan satu seminar yang bertemakan Krisis Ekonomi dan Hak Pekerja.

Seminar ini diadakan berikutan aduan-aduan yang diterima Pusat Perkhidmatan PSM berhubung isu pekerja. Seramai 80 peserta telah mengambil bahagian dalam seminar ini yang diadakan di Dewan Orang Ramai Semenyih.
Pihak penganjur telah menjemput saudari Kohila (Penyelaras JERIT), Sdr Arul (Ahli Majlis) dan juga wakil dari Kementerian Sumber Manusia (KSM). Namun, wakil KSM yang berjanji untuk hadir ke program ini akhirnya tidak datang.

Seminar ini dimulakan oleh Sdr. Simon yang mengalu-alukan para peserta dan memaklumkan tujuan seminar ini diadakan. Ini diikuti oleh Saudari Kohila yang telah memaklumkan bagaimana krisis ekonomi yang melanda dunia hari ini berlaku serta impak-impak yang dialami oleh pekerja seluruh dunia.

Seterusnya, Sdr. Arul telah bercakap mengenai hak para pekerja. Beliau memaklumkan perkara-perkara yang tertera dalam Akta Pekerjaan dan bagaimana para pekerja harus memperjuangkan hak mereka. Di samping itu, beliau juga menerangkan program-program yang disediakan KSM dan Kerajaan Negeri Selangor. Malah, beliau juga memaklumkan mengenai usul tergempar yang dibawah olehnya untuk membincangkan mengenai krisis ekonomi di peringkat MPKJ.


Seminar pada hari ini juga menjadi lebih rancak apabila para peserta memberi pandangan serta cadangan-cadangan kepada para penganjur. Malah, para peserta juga tidak ketinggalan untuk menanya pelbagai soalan untuk mengukuhkan pengetahuan mereka.


Akhir sekali, saudari Paremes, telah mengucapkan terima kasih kepada para peserta dan memaklumkan tuntutan JERIT serta PSM kepada pihak kerajaan. Beliau juga meminta para peserta untuk menaikkan banner-banner krisis ekonomi di kawasan masing-masing serta menghubungi penganjur jika memerlukan bantuan.

Seminar pada hari ini, berakhir dengan pembukaan kaunter aduan. Di mana, ramai peserta mengambil peluang ini untuk mengemukakan aduan mereka kepada kami.

No comments: