ShareThis

Wednesday, February 11, 2009

5 Februari 2009 – Kuil di rezab Sungai




Perasaan cemas terasa apabila MPKJ mengambil gambar kuil ini. Tuan Kuil ini terus menghubungi Ahli PSM untuk bantuan. Saya kemudian melawat kuil tersebut dan mengadakan perbincangan dengan Ketua Kuil Hindu dimana saya mendapati memang kuil tersebut dibina dengan kemas dan sehingga ini tiada aduan dari jiran tetangga. Saya mengatakan bahawa polisi Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak merobohkan kuil sewenang-wenangnya. Malah, jika terpaksa , maka lokasi ganti mesti dicari dahulu. Setahu sahaja, sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor, tidak ada kuil yang diroboh di kawasan MPKJ.
Kuil ini menurut Ketua Kuil berusia lebih 40 tahun. Saya juga meminta satu Jawatankuasa Kuil dibentuk dan kerja-kerja pendaftaran Jawatankuasa dilaksanakan.

Polisi PSM adalah tempat ibadat dan kuil adalah hak dan kebebasan beragama. Namun demikian, kami menyarankan setiap kuil mesti mempunyai satu Jawatankuasa Kebajikan untuk menyelesaikan masalah-masalah social dan kemiskinan di kawasan sekitar. Kuil mesti memainkan peranan dan tanggugjawab penting menyelesaikan masalah rakyat

No comments: