USUL-USUL DAN PERSOALAN UNTUK DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT PENUH AHLI MAJLIS – MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
1. PEKERJA DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
· Berapa ramai pekerja penuh masa dan berapa ramai pekerja kontrak bekerja untuk Majlis perbandaran Kajang?
· Sila berikan jadual Pekerja Kontrak yang bekerja dan berapa lama mereka diberi kontrak kerja ?
· Berapa ramai pekerja kontrak yang telah ditukar status ke pekerja penuh masa dan apakah kreteria yang digunakan untuk membolehkan penukaran pekerja dari pekerja kontrak ke pekerja penuhmasa ini berlaku ?
· Berapa ramai pekerja yang telah dibuang kerja sepanjang tahun 2006-2008 dan apakah sebab mereka dibuang kerja dan adakah siasatan dalaman diadakan untuk pekerja-pekerja yang dibuang kerja.
· Berapa ramai pekerja yang telah memohon pekerjaan di MPKj dan berapa ramai yang berjaya diambil kerja. Adakah sebarang kuato kaum digunakan dalam pengambilan pekerja baru?
2.MENARA TELCO DI BUKIT SEMENYIH
Adakah penduduk tempatan terutamnya di Pansapuri Mutiara disana dirunding sebelum satu pembinaan Menara tersebut dibenarkan?
Kawasan yang dilulus untuk pembinaan Menara Telco DiGi pada asalnya untuk membina apartment. Jika ada satu pertukaran status penggunaan tanah, bagaimana Menara tersebut dapat diberikan kelulusan.
3. KUARI HARAM
· Kuari Haram dan Kilang Haram disekitar Sunway Semenyih mengancam kesihatan dan keharmonian penduduk di Sunway Semenyih, apakah tindakan MPKJ mengambil tindakan terhadap kuari dan kilang haram di kawasan tersebut.
4.TADIKA
· Berapa banyak tadika yang terdapat dikawasan MPKJ ?
· Adakah semua tadika ini mempunyai kelulusan dari Majlis ?
5. KAMPUNG BARU SEMENYIH
· Penduduk Kampung Baru mengatakan bahawa isu tiada lampu jalan, tiada parit/longkang dan jalan yang baik merupakan satu masalah yang mereka sudah adu untuk lebih 5 tahun tetapi tanpa sebarang tindakan MPKJ? Apakah tindakan yang telah diambil oleh MPKJ untuk menyelesaikan isu-isu ini.
· Penduduk Kampung Baru Semenyih juga meminta supaya Papan Nama jalan dan kampung mereka didirikan dikawasan stratejik
· Penduduk Kampung Baru juga mendesak supaya kawasan lapang dihadapan Pasar kampung baru dibina dengan bumbung zink untuk menyenangkan penduduk semasa musim hujan dan untuk menyusun gerai-gerai yang ada dengan lebih teratur.
6. Tandas Awam
· Berapa banyak tandas awam yang ada disediakan untuk kemudahan orang awam di pekan Kajang dan Semenyih ?
· Tandas awam memang berkurangan di Pekan Kajang terutamnya dikawasan sekitar perhentian teksi dan MPJK harus membina tandas awam di kawasan tersebut.
7. Kuil
· Berapa banyak kuil Hindu yang ada dikawasan MPKj ?
· Diantara itu, berapa banyak kuil yang ada geran tanah dan berapa banyak yang tidak ada?
· Apakah langkah yang diambil untuk memberikan geran tanah kepada kuil-kuil yang sudah lama ada ?
8. CF
· Berapa banyak kawasan perumahan di bawah MPKj yang masih belum mendapat CF tetapi sudah diduduki penduduk dan apakah alasan untuk CF tidak diberikan dan berapa lamakan tempoh yang mereka sudah duduki tanpa CF.
· Apakah langkah-langkah yang diambil untuk CF diberikan.
· Penduduk di Taman Seri Impian, Broga mempunyai banyak aduan mengenai pembinaan rumah mereka dimana hasil kerja adalah amat tidak memuaskan. Saya hendak kepastian samada CF telah diberikan dan samada pemeriksaaan yang rapi telah dijalankan.
9. Pelupusan Sampah dan RDF
· Apakah langkah jangkamasa panjang yang digunakan untuk melupuskan sampah dikawasan MPKj ?
· Landfill yang sedia ada untuk masyarakat MPKj mempunyai jangkahayat berapa tahun lagi dan apakah alternatif setelah landfill tersebut tamat tempoh hayatnya?
· Apakah langkah-langkah pro-aktif diambil untuk menddik orang ramai tentang kitarsemula.
10. Kebajikan Masyarakat
· Berapa ramai orangkah yang telah membuat permohonan untuk Program pembasmian Kemiskinan bandar (PPKB) sepanjang tahun 2007 dan 2008 dan daripada jumlah tersebut berapa ramai yang telah diberikan bantuan?
· Adakah sebarang kuato kaum digunakan semasa memberikan bantuan ini ?
11. Crematorium (Membakar mayat)
· Tidak ada sebarang crematorium di kawasan Ulu langat dan dikawasan bawah MPKj. Adalah difahamkan bahawa dulu ada satu cadangan membina satu crematorium di kawasan ini iaitu di Jalan kacau, Semenyih. Apakah sudah jadi kepada cadangan ini dan apakah status buat masa ini.
12. Tempat Letak kereta
· Adakah pihak luar selain MPKj diberi kontrak mengutip untuk bayaran tempat letak kereta ?
· Sekiranya ada, sila kemukakan pihak mana yang diberikan kontrak, tempoh masa kontrak dan buitran asas kontrak tersebut.
· Tempat letak kereta dihadapan Hotel Metro Kajang. Adakah milik MPkj atau milik hotel? Adakah pihak Hotel membayar bayaran kepada MPKj kerana menggunakan ruang hadapan hotel tersebut kerana hotel tersebut dalam pengetahuan saya mempunyai parking basementnya tersendiri.
13. Metro Plaza
· Adakah MPKj dibayar sebarang bayaran oleh Metro Plaza untuk food court di tingkat atas?
· Adakah pelan asal Metro Plaza mempunyai perhentian bas di tingkat bawah. Mengapa pelan asal ini tidak diikuti.
14. Jambatan di Jalan Bukit
· Jambatan di Jalan Bukit adalah sempit dan perlu diperbesarkan untuk membolehkan trafik/lalulintas di jalan tersebut dapat berjalan dengan lancar.
15. Sungai Jelok
· Apakah langkah-langkah diambil untuk mengatasi masalah di Jalan Sungai Jelok mengalami masalah banjir dan air tertakung setiap kali hujan lebat.
· Satu masalah yang timbul adalah disebabkan parit yang tidak dapat menakung jumlah air dan tidak adanya benteng menyebabkan air dari jalan mengalir ke kawasan perumahan di kawasan tersebut.
· Selain daripada itu, tidak ada lampu jalan di jalan besar Sungai Jelok.
16. Tender Board
· Disebabkan Ahli Majlis tidak ada dalam tender board maka satu Jawatankuasa Khas disertai oleh Ahli Majlis perlu dibentuk untuk membolehkan semua tender diteliti sebelum ia diluluskan. Mekanisme baru ini perlu diluluskan dalam mesyauarat penuh Ahli Majlis
· Jawatankuasa OSC harus membolehkan Ahli Majlis lain selain Ahli OSC menghadirinya jika isu-isu zon mereka dibincang atau mereka mempunyai sesuatu isu yang melibatkan kepentingan awam yang perlu dibincang dan diutarakan.
· Semua tender yang dikeluarkan oleh MPKj mesti dipaparkan kepada umum secara tranperensi dengan butir-butir penuh termasuk nama yang memenangi tender untuk tatapan orang awam.
Jika memerlukan sebarang penjelasan mengenai soalan dan usul, sila hubungi saya.
Arutchelvan A/l Subramaniams (No telepon 019-2537791)
Ahli Majlis
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2008/2009
No comments:
Post a Comment