ShareThis

Tuesday, May 27, 2008

PENGANIYAAN TERHADAP PEKERJA NEPAL TERBONGKAR


27 Mei 2008 – Bandar Baru Bangi

Hari ini pekerja Nepal dari Kilang Woodlandor Wood Products Sdn Bhd, Jalan Kacau, Semenyih telah pergi ke Pejabat Tenaga Kerja di Bandar Baru Bangi. Sebelum ini, para pekerja ini telah membuat aduan bahawa majikan mereka telah melakukan penganiyaan terhadap mereka.

Antara penganiyaan yang berlaku terhadap mereka adalah:

  • Pembayaran gaji yang lewat
  • Pemotongan gaji yang bercanggah dengan Akta Pekerjaan 1955
  • Pengurangan pembayaran gaji
  • Mengenakan tindakan disiplin tanpa prosedur yang teratur
  • Sering digantung kerja tanpa alasan yang munasabah

Menurut para pekerja lagi majikan mereka menggunakan taktik kotor untuk menakutkan mereka. Pihak majikan telah bersuhabat dengan RELA untuk menangkap mereka dan membawa mereka ke tanah perkuburan Cina dan di mana semua permit kerja yang masih sah dan 2 talipon bimbit telah dirampas oleh anggota RELA. Selepas itu, mereka telah dihantar ke depo tahanan Imigresen Semenyih; mereka ditahan selama 14 hari sebelum dibebaskan. Para pekerja juga digertak oleh majikan supaya mereka tidak menyoal atau membantah tindakan mereka.

Jadi, hari ini penganiyaan yang berlaku ini telah dibongkarkan kepada pihak media. Turut hadir bersama para pekerja adalah Sdr. Arul, ahli-ahli PSM Semenyih dan wakil Kedutaan Nepal.

Pada hari ini juga Pejabat Tenaga Kerja sepatutnya mendengar kes yang telah difailkan oleh salah seorang daripada pekerja tersebut mengenai tindakan majikan yang bercanggah dengan Akta Pekerjaan. Namun, kes tersebut telah ditangguhkan ke 3 Jun 2008.

1 comment:

CeO said...

Dear Simon,

I just read your comment on my blog.Is that how you talk to people and is that how you want us to support your party? Who you think I am??Huh?? I just criticize you just to make sure you done the right thing, not just claiming as socialist but do nothing that associate with it.

If that, how you treat civil people, you will never be a big party. You will always be a shame to the socialist name. Remember, we had the right to vote and we not going to vote your party. We are a big society and you will surely never get our support or our vote. Just be yourself Simon.I will never contact you anymore.

Good luck with your work, comrades.
ciao.