ShareThis

Saturday, April 20, 2013

Pertama kali PSM bertanding di bawah logo sendiri…sejarah dicipta!

20 April 2013 – Hari ini adalah hari yang paling bermakna dalam sejarah Parti Sosialis Malaysia. Inikalilah, PSM dapat bertanding di bawah logo sendiri di 2 tempat iaitu Jelapang (Perak) dan Semenyih (Selangor). Satu pencapaian selepas lebih 15 tahun! Hidup PSM!

Ini kerana PSM tidak diberi pendaftaran oleh kerajaan BN selama 10 tahun. Selepas perjuangan dalam mahkamah dan di jalanraya, akhirnya Jun 2008, PSM diberi pendaftaran. Dalam 3 pilihanraya, PSM terpaksa meminjam logo parti lain untuk bertanding dipilihanraya.

Tapi inipun bukanlah suatu yang kita peroleh dengan senang, selepas 10 berjuang untuk pendaftaran Parti dengan BN, 5 tahun lagi PSM terpaksa berjuang pula dengan parti-parti Pakatan Rakyat yang langsung tidak mahu PSM bertanding dengan menggunakan logo PSM. Malah hari ini semasa pencalonan, penyokong-penyokong PSM ditegar dari berdiri bersama Pakatan walapun PSM adalah penyokong setia Pakatan…

PSM telah mula membuat rundingan dengan pihak Pakatan sejak 2011 agar status-quo kerusi yang ditandingi oleh PSM pada tahun 2008  dikekalkan. Demi aspirasi rakyat, kami telah banyak mengundur sehingga setuju untuk menggunakan logo PKR kali ini untuk bertanding, namun PSM telah di 3 penjurukan di Semenyih.

Di Kota Damansara, dimana Dr. Nasir, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia akan bertanding di bawah logo PKR juga di 3 penjurukan oleh PAS. Begitu juga di Kg. Aceh, Penang, sahabat kami yang dikenali sebagai C’ghu Bad yang bertanding di bawah PKR di 3 penjurukan oleh PAS.

Harapan PSM agar para pengundi akan melihat kredibiliti dan track record seorang calon sebelum  mengundi. Matlamat kita bersama adalah untuk menjatuhkan BN dan membawa pentadbiran baru.
PSM, satu-satunya parti politik di Malaysia yang berjuang atas prinsip kelas dan bukan agama atau bangsa.
Kasih sayang adalah satu-satunya PSM minta dari pengundi untuk meneruskan perjuangan menentang kezaliman demi kesaksamaan umat manusia. Kami pasti pegundi akan mengundi calon yang bekerja untuk rakyat.

Undi Arul, calon PSM, Berani – Bersih – Berprinsip, pasti anda tidak menyesal. Ini kalilah!
DSCF7440

DSCF7458

DSCF7457

DSCF7479DSCF7482DSCF7493DSCF7503DSCF7506DSCF7434DSCF7450

Saudara Arul, Setiausaha Agung PSM akan bertanding di DUN Semenyih (N24) melawan calon BN, Johan Abdul Aziz


1 comment:

ABP said...

Lain kalilah! Mari kalahkan psm yg x sedar diri ini sampai hilang deposit. Hancur psm!