KENYATAAN AKHBAR 17 APRIL 2013
KERUSI DUN SEMENYIH N24
Parti
Sosialis Malaysia (PSM) ingin merakamkan rasa dukacita terhadap
tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mungkir janji dan meletakkan
seorang calon di DUN Semenyih walaupun sebelum ini mereka telah berjanji
jika PSM mengunakan logo PKR, maka mereka akan membenarkan PSM
bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).
SUA
PKR Saifuddin Nasution dan R.Sivarasa telah mengatakan PSM boleh
bertanding di kawasan PSM dengan syarat menggunakan mana-mana logo parti
PR.
Pada
13hb. April 2013, semasa pertemuan kepimpinan PSM dengan Datuk Sri
Anwar Ibrahim(DSAI). Beliau telah mengulangi pendirian ini dan juga
berjanji tidak akan mengumumkan 2 kerusi iaitu Kota Damansara dan
Semenyih semasa Majlis pengumuman calon PKR Selangor pada 14 April 2013.
Ini untuk membolehkan PSM berbincang dengan Ahli PSM untuk membolehkan
PSM menggunakan logo parti PR.
Pada
14 April 2013, malangnya DSAI telah mengumumkan Sdr Hamidi sebagai
calon di DUN Semenyih tetapi telah menangguhkan pengumumkan untuk kerusi
DUN Kota Damansara yang disandang oleh Dr. Nasir Hashim
Pada
15 April, Sdr Rafizi dalam satu sidang akhbar telah mengatakan DUN
Semenyih belum diputuskan. Pada hari yang sama Sdr Tian Chua mengatakan
jika PSM setuju untuk menggunakan logo PKR di DUN Semenyih, maka masalah
ini selesai, Pada malam 15 April 2013, JK Nasional PSM setelah
mendengar sentimen rakyat dan rayuan PR, bersetuju untuk berdiri di 4
kerusi dengan logo PR.
Pada
16 April 2013, kami telah berjumpa dengan YB Tian Chua dan kami telah
memberitahu keputusan JK Nasional PSM yang setuju tanding dibawah logo
PKR. YB Tian Chua setelah berjumpa dengan DSAI berkata bahawa maka PKR
sudah setuju Dr. Nasir Hashim dan Dr. Jeyakumar bertanding di Parlimen
Sungai Siput dan DUN Kota Damansara dengan menggunakan logo PKR. Beliau
juga mengatakan bahawa mereka memerlukan sedikit masa untuk membereskan
isu Semenyih kerana calon sudah diumumkan. Pada malam 16 April 2013, Sdr
Tian Chua mengatakan bahawa Kumpulan Azmin Ali tidak mahu memberi
laluan untuk PSM kerana mereka mahukan seorang calon Melayu bertanding
disana.
PSM cukup kecewa kerana selain daripada mungkir janji, alasan perkauman digunakan untuk menafikan kerusi Semenyih untuk PSM.
Untuk
pengetahuan umum, PKR tidak ada seoarang pun ahli PKR yang pernah
bertanding di DUN Semenyih sebelum ini. Calon Melayu pembangkang yang
bertanding pada tahun 2004, kalah dengan majoriti lebihkurang 8 ribu
berbanding dengan Sdr Arutchelvan yang kalah dengan majoriti lebihkurang
1100. Selain itu Ahli Parlimen Hulu Langat Dr. Che Rosli juga kalah di
DUN Semenyih dalam PRU 2008. Maka persoalan calon Melayu mempunyai
advantage bukan satu fakta.
Tindakan
PKR yang kini meletakkan calon buat pertama kalinya di DUN Semenyih
menimbulkan persoalan tiga penjuru yang cuba dihindar oleh PSM selama
ini. Ini juga akan memberi peluang BN menang senang kerusi ini.
PSM
tetap akan menyokong PR disemua kerusi lain dan masih berharap UMNO-BN
dapat ditewaskan dalam PRU ini. Namun demikian meletakkan calon di
Kerusi PSM atas alasan perkauman adalah satu tindakan yang bercanggah
dengan hasrat Rakyat Malaysia yang mahu keluar dari belenggu perkauman.
Ia juga bercanggah dengan konsep ABU dimana semua kuasa menentang BN
bersatupadu. Semoga kepimpinan PR akan memastikan perlawanan satu lawan
satu di DUN Semenyih dan tempat-tempat lain.
Kenyataan Dikeluarkan Oleh
S. Arutchelvan
Setiausaha Agung PSM
Setiausaha Agung PSM
1 comment:
Arul kalah lebih kurang 1100. Tapi Dr Che Rosli kalah berapa? Jawabnya lebih kurang 200 undi ja (nampaknya PSM nak sorokkan fakta di sini). Lebih baik dari Arul. Ini bekan isu perkauman, tetapi situasi realiti, pengundi di Semenyih dan kampung tradisi melayu di Beranang memang berkehendakkan calon melayu. Lebih baik pakatan rakyat letak calon melayu, potensi utk menang lebih besar untuk tewaskan johan. PSM cuba nak
Post a Comment