Pn. Rogayah, salah seorang penduduk di Semenyih menceritakan pendapat beliau tentang Arul. ARUL, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan aktivis hak asasi manusia akan menawarkan dirinya sebagai calon di DUN Semenyih (N24) pada pilihanraya umum ke-13.
ARUL, the Secretary General of Parti Sosialis Malaysia and a Human Rights Activist will be offering himself as a candidate in DUN Semenyih(N24) in the next GE13!
SUPPORT AND VOTE for ARUL: COMRADE OF THE RAKYAT! YOUR EVERY VOTE FOR ARUL, IS A VOTE FOR YOUR RIGHTS!
More info: http://psmsemenyih.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/PsmSemenyih
Twitter: @PSMenyih12
ShareThis
Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts
Thursday, February 21, 2013
Tuesday, February 19, 2013
Sehari Kempen bersama Calon DUN Semenyih
Kempen Bersama Calon DUN Semenyih
17 Feb 2013, Ahad
Bermula dari pukul 8.00 pagi di Pasar Pagi Beranang dengan edaran risalah, berakhir dengan satu ceramah di Taman Manickavasagam Semenyih, anjuran PKR. Program tersebut habis pada lebih kurang 11.30 malam – ‘election mood’ sudah ada tapi ‘election’ sahaja tak tahu bila mau mari! Sekarang ura-ura ialah pada bulan Jun. Asalkan bukan ‘emergency’ yang di ‘declare’ cukuplah.
Bakal calon pilihanraya kami Saudara Arutchelvan untuk kerusi N24 Semenyih, yang juga Setiausaha Agung PSM memang banyak stamina – walaupun saya letih sehari suntuk berjalan, tapi saudara Arul memang ‘steady’. Sebenarnya sesiapa pun boleh rasa ‘motivated’ dengan calon-calon pilihanraya Parti Malaysia Malaysia – Sdra Dr. Kumar, Dr. Nasir, Comrade Saras dan Arul yang mempunyai motivasi begitu tinggi untuk berkhidmat pada rakyat lebih dari 16 jam setiap hari tanpa lesu. Memang membanggakan ‘to be part of PSM’ – satu parti yang berprinsip, berani dan BERSIH.
Respon Penduduk
Sehari sebelum saya ada menghadiri program Saudara Arul di Kampung Sri Tanjung di mana penduduk di sini amat selesa dengan Saudara Arul, cara mereka berinteraksi dan itu satu kemajuan yang amat ketara. Antara isu Taman Sri Tanjung ini telah di bantu oleh Saudara Arul ialah isu CF, kini kebanyakan taman perumahan sudah mendapat CF. Satu perubahan yang juga dinikmati oleh penduduk di Taman Pelangi dan Broga yang mendapat jalan bertar dan lampu jalan yang menjamin keselamatan mereka.
Di Beranang, majoriti penduduk etnik Melayu-Muslim. Di kawasan ini memang kurang undi yang diterima oleh Sdra Arul pada tahun 2008. Namun apa yang kita lihat hari ini jauh lebih bagus dari segi tahap penerimaan wakil ‘opposition’, tak ada ‘hostility’ dan kita yang mengedarkan risalah rasa lebih selesa kerana tidak terasa asing. Ini, saya rasa kerana saudara Arul sebagai ahli Majlis Zon 18 yang juga mempunyai pusat khidmat di Rinching telah banyak membuat kerja di kawasan ini sejak 2008.
Selepas Beranang, kami mengedar risalah sambil jumpa penduduk di pekan Semenyih – lebih ramai orang yang kenal saudara Arul dan ‘volunteer-volunteer’ PSM – mereka terus berjabat tangan dan bertanya khabar. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk memberi aduan.
Kemudian, kami sambung memberi risalah di Semenyih Central – yang melucukan apabila kawan-kawan yang menyambut Tahun Baru Cina meminta ‘angpau’, saudara Arul terus berkata, ‘ambil angpau dari BN, beri undi pada Pakatan’ – “betul, betul, betul itu” begitulah respon ceria penduduk.
Selepas makan tengahari, kami beredar pula ke Kampung Bharu di mana beberapa kawan-kawan di sana telah membawa kami melawat penduduk rumah ke rumah. Tahun 2008, aduan pertama mereka kepada saudara Arul ialah mengenai isu geran tanah – hari ini majoriti sudah dapat geran. Majoriti penduduk di sini beretnik Cina. Nampak Arul sahaja, mereka terus angkat tangan perjuangan mereka – ‘ini kali mesti menang, mesti menang’ – begitu tinggi harapan mereka untuk membawa satu perubahan dan semangat ini sangat penting untuk calon-calon kita bekerja kuat.
Selepas itu, kita ada satu ceramah kelompok di hadiri oleh lebih kurang 60 orang di Kg. Sireh. Sebuah kampung yang telah mendapat ‘recognition’ atas usaha saudara Arul dan rakan-rakannya. MPKj pun tak kenal adanya satu Kampung Sireh, kini mereka sudah ada papan tanda, jalan bertar, pungutan sampah dan sebagainya.
Ceramah kecil-kecilan ini bertujuan memberitahu hasrat PSM mengenai pilihanraya ke 13. Beberapa soalan penting telah diajukan oleh penduduk semasa ceramah kelompok ini, antaranya ‘jika kita mengundi opposition, kerajaan boleh tahuke?’ Menurut Sdra Arul, sejak pilihanraya 2008, nombor siri yang tertera di sebelah setiap nama pengundi tidak wujud lagi, maka government tidak boleh mengesan, lagipun undi adalah rahsia. Maklumat tambahan saudara Arul, polis dan askar pun boleh mengundi kali ini di depan kehadiran pihak pembangkang. Memang BERSIH telah membolehkan perubahan-perubahan ini.
Satu mesej saudara Arul semasa ceramah kelompok ini tentang logo PSM yang sangat menarik ‘ini adalah tangan perjuangan, bukan tangan yang meminta sedekah atau mengambil rasuah. Di mana-mana sahaja berlaku perjuangan rakyat, di situ setiap orang secara automatik akan menghayun tangan ke udara dengan tegas – itulah tangan perjuangan yang selama ini dan selama-lamanya akan membawa perubahan nyata’.
Sunday, February 17, 2013
Penduduk Kg. Baru: Yeah... kita tukar kali ini....
Sdr. Arul, bukan orang asing di Kg. Baru. Sdr. Arul telah membantu para penduduk untuk mendapatkan geran tanah. Ada penghuni yang keluar dari rumah mereka apabila mereka lihat Sdr. Arul. Perkataan yang keluar dari mulut mereka adalah..... " Hei Arul... Ini kali mesti tukar.........".
Ketika melalui lorong 13, para penghuni di kawasan itu telah mengadu mengenai masalah banjir. Banjir melanda lorong tersebut kerana rumah-rumah di situ terletak di kawasan yang rendah.
Sdr. Arul telah mendapat sokongan yang hangat daripada para penghuni Kg. Baru.
Risalah PSM di Pekan Semenyih
Kami juga turut mengedar risalah ceramah perdana. Ceramah Perdana ini akan dihadiri oleh Dato' Ambiga, pengerusi BERSIH, YB Teo Nie Ching, YB. Dzulkefly, YB Manikavasagam, Wakil Mahasiswa Adam Adli bersama Sdr. Arul. Ceramah Perdana akan diadakan pada 21/2/2013, jam 8 malam di gelanggang bola keranjang di Kg. Bahru.
Ketika melalui jalan ke padang Semenyih, peniaga-peniaga di kawasan itu telah membuat aduan kepada Sdr. Arul mengenai longkang yang sumbat serta yang tidak dibersihkan. Akibatnya, air tidak dapat mengalir dan longkang berbau busuk. Sdr. Arul memaklumkan bahawa beliau akan membawa aduan ini ke perhatian pihak MPKj.
Edar Risalah di Pasar Pagi Beranang
PSM akan bertanding di PRU ke 13 dengan menggunakan logo Genggaman Tangannya buat pertama kalinya. Sebelum ini, PSM terpaksa meminjam logo DAP (ketika pilihanraya ke 10) dan PKR ( pilihanraya ke 11 dan 12) kerana ketika itu, PSM tidak mendapat pendaftaran. PSM merupakan satu-satunya parti yang telah menyaman kerajaan BN kerana enggan memberi pendaftaran.
Ramai pengunjung ke pasar pagi telah memberi sokongan kepada PSM dan bersemangat untuk membawa perubahan dengan menolak BN di PRU ke-13.
Bantuan tong sampah pangsapuri kos rendah DUN Semenyih
16 Feb 2013, 10.00 pagi, Semenyih
“Menguruskan JMB lebih susah dari uruskan kerajaan negeri….” begitulah saudara Arutchelvan memberi semangat kepada ahli-ahli Jawatankuasa penduduk yang menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Tong Sampah Rumah Pangsapuri Kos Rendah DUN Semenyih anjuran MPP Zon 18 dan COB (Pesuruhjaya Bangunan) MPKj.
Bantuan ini adalah atas usaha saudara Arutchelvan selaku ahli Majlis MPKj. Sebanyak 13 pangsapuri kos rendah telah dikenalpasti untuk menerima bantuan tong sampah ini yang ditaja oleh Kerajaan Negeri Selangor. Antara pangsapuri-pangsapuri tersebut ialah Tmn Bangi Jaya, Tmn Sri Tanjung, Bandar Seri Putra Bangi, Tmn Asa Jaya, Tmn Seri Mawar, Tmn Bukit Semenyih, Tmn Sunway Semenyih, Bandar Rinching Sek 5, Tmn Desa Mewah, Kg. Baru Cina. Lebih kurang 60 wakil penduduk (JMB/JMC) telah hadir, termasuk En. Azuwan dari COB.
Majlis tamat dengan pemberian 20 tong sampah besar. Beberapa wakil penduduk telah ditemuramah oleh Media PSM untuk memahami sejauh mana cabaran pihak JMB/JMC menguruskan pangsapuri masing-masing.
JMB pada tahun 2009, tak ada kes denggi dilaporkan. Mereka sudah ada 2 tong sampah dan hari ini mendapat 2 lagi. Wakil Flat Sri Mawar, En. Tamilselvam mengadu masalah yang sama seperti wakil-wakil lain iaitu, ‘sampah dari luar yang dibuang oleh jiran-jiran dari rumah teres terlalu banyak, jadi berapa banyak tong sampah ada pun, tak cukup juga!’
Jadi, wajarlah pandangan Saudara Arul, memang satu cabaran besar menyelenggara
pangsapuri rumah kos rendah terutama jika penghuni bukan pemilik rumah. Mungkin kerajaan tempatan harus ambil alih penyelenggaran seperti mana diamalkan di Singapura.
Laporan oleh,
PSM Semenyih News Desk
PSM Semenyih News Desk
Saturday, February 16, 2013
Friday, February 15, 2013
Thursday, January 31, 2013
LISTEN - 60 HARI SEBELUM PRU 13 !
Ceramah Listen anjuran PSM dengan kerjasama Pakatan Rakyat mendapat sambutan cukup hebat dengan kehadiran yang cukup memberangsangkan. Semua Penceramah hebat hebat belaka. Sdr Arul selaku penganjur dari PSM mengistiharkan hasrat PSM sertai PR dan mendapat sambutan cukup hebat. Sdr Haris Ibrahim dan Sdr Chegu bard meminta hadirin menyokong Sdr Arul sebagai calon yang berprinsip dan aktivis.
Sdr Lih Kang dan Anthony Loke mempersoalakan bagaimana kaum melayu tidak akan hilang kuasa manakala sdr Khalid Samad memberikan pencapaian kerajaan PR berbanding dengan kerajaan PR.
Chegu bard berceramah sehingga hampir 1 pagi tetapi orang ramai menanti dan tidak pula balik. Beliau turut dengan cara tersendiri berkata masalah adalah anatara kaum yang menindas dan kaum yang kena tindas. Beliau meminta rakyat bersedia untuk turun ke jalanraya andaikata ada penipuan di pihak BN. Bawani turut berhujah mengenai kempen pendidikan percuma.
Subscribe to:
Posts (Atom)






