ShareThis

Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts

Sunday, February 17, 2013

Risalah PSM di Pekan Semenyih

Selepas selesai di Pasar Pagi Beranang, ahli-ahli PSM Semenyih bersama PSM Kajang telah mengedar risalah kenali PSM dan logonya di seluruh Pekan Semenyih. Ramai peniaga-peniaga di pekan Semenyih mengenali Sdr. Arul. Sejurus sahaja Sdr. Arul masuk ke kedai mereka, para peniaga terus cakap " hei Arul.... apa khabar ..... ".





Kami juga turut mengedar risalah ceramah perdana. Ceramah Perdana ini akan dihadiri oleh Dato' Ambiga, pengerusi BERSIH, YB Teo Nie Ching, YB. Dzulkefly, YB Manikavasagam, Wakil Mahasiswa Adam Adli bersama Sdr. Arul. Ceramah Perdana akan diadakan pada 21/2/2013, jam 8 malam di gelanggang bola keranjang di Kg. Bahru.



Ketika melalui jalan ke padang Semenyih, peniaga-peniaga di kawasan itu telah membuat aduan kepada Sdr. Arul mengenai longkang yang sumbat serta yang tidak dibersihkan. Akibatnya, air tidak dapat mengalir dan longkang berbau busuk. Sdr. Arul memaklumkan bahawa beliau akan membawa aduan ini ke perhatian pihak MPKj.

Saturday, February 16, 2013

Thursday, February 7, 2013

Forum di UNISEL

Hari ini satu forum dihadiri oleh Bawani KS, Sevan dan Sdr Arul telah berlangsung di UNISE Shah AlamL. Ketiga aktivis yang berasal dari UKM ini sedikit sebanyak memotivasi mahasiswa UNISEL mengenai melibatkan diri dalam isu-isu masyarakat dan kampus secara aktif.




Bawani pula menceritakan mengenai Kempen hak pendidikan percuma. Ramai mahasiswa UNISEL ada melahirkan adanya masalah tetapi rasa takut, kurang tahu bagaimana menangani masalah menyebabkan mereka ini pasif.

Thursday, January 31, 2013

LISTEN - 60 HARI SEBELUM PRU 13 !


Ceramah Listen anjuran PSM dengan kerjasama Pakatan Rakyat mendapat sambutan cukup hebat dengan kehadiran yang cukup memberangsangkan. Semua Penceramah hebat hebat belaka. Sdr Arul selaku penganjur dari PSM mengistiharkan hasrat PSM sertai PR dan mendapat sambutan cukup hebat. Sdr Haris Ibrahim dan Sdr Chegu bard meminta hadirin menyokong Sdr Arul sebagai calon yang berprinsip dan aktivis.

Sdr Lih Kang dan Anthony Loke mempersoalakan bagaimana kaum melayu tidak akan hilang kuasa manakala sdr Khalid Samad memberikan pencapaian kerajaan PR berbanding dengan kerajaan PR.



Chegu bard berceramah sehingga hampir 1 pagi tetapi orang ramai menanti dan tidak pula balik. Beliau turut dengan cara tersendiri berkata masalah adalah anatara kaum yang menindas dan kaum yang kena tindas. Beliau meminta rakyat bersedia untuk turun ke jalanraya andaikata ada penipuan di pihak BN. Bawani turut berhujah mengenai kempen pendidikan percuma.