ShareThis

Sunday, February 27, 2011

PSM CONDEMNS ARREST OF HRP AND HINDRAF SUPPORTERS CALL FOR POLICE TO STOP THE VIOLENCE AND RELEASE ALL DETAIN

PRESS STATEMENT : 27 FEBRUARY 2011

PSM CONDEMNS ARREST OF HRP AND HINDRAF SUPPORTERS
CALL FOR POLICE TO STOP THE VIOLENCE AND RELEASE ALL DETAINED


Parti Sosialis Malaysia (PSM) condemn the nationwide arrests and crackdown of HRP and Hindraf leaders as well as their supporters. We also have reliable information that many others were arrested simply because they were Indians.

PSM condemn the action by the police and calls upon the Najib Government to stop this double standards. Just two days ago, Datuk Muhyiddin Yassin – the Deputy Prime Minister called on Libya leaders to allow the people there to demonstrate peacefully. Why then are Hindraf and HRP supporters not allowed to exercise their freedom of speech and assembly here? Why this double standards?

HRP has already notified their intention to conduct the rally in a peaceful way. They have also notified the police and said they plan to lodge a police report at the Dang Wangi police station. If the police would have allowed this peaceful action to be done and negotiated with the organizers, then all this violence, road-blocks and arrest would be unnecessary.

Hishammuddin Hussein being the Home Minister and an UMNO leader in which HRP plans to lodge the report against is definitely not the right person to handle the current situation. That is why it is fundamental for the IPCMC to be formed immediately.

PSM calls upon the immediate and unconditional release of all those detained. All those who are injured must be given immediate medical treatment. The People will continue to assembly and rally against injustice and racism. The State has to respect this.



S.Arutchelvan
PSM Secretary General
(019-2537791)

26-2-11 Bengkel Twitter untuk pekerja penuh masa PSM


Hari ini Saudara kris kaira - Penyelaras IT PSM memberikan bengkel selama 2 jam bagaimana menggunakan twitter secara berkesan sebagai alat sebaran awam. Bengkel ini dihadiri oleh Pekerja Penuh Masa PSM.

25-2-11 Solidariti dengan Rakyat Libya













Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menghalang dan menyekat rombongan Pembangkang ke Kedutaan Libya menyebabkan hanya kepimpinan sahaja yang dapat hadir untuk menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan Libya.

Antara kepimpinan yang hadir adalah Muhammad Sabu dan Syed Azman dari PAS, Penyelaras Internatinale PSM Choo Chon kai dan saya sendiri dari PSM dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah dan Tian Chua.

Syed Azman dan Nurul Izzah berjaya menyerahkan memorandum kepada Timbalan Kedutaan Libya tetapi nampaknya Kedutaan Libya di Malaysia juga sudah jadi pro rakyat.

Selain itu, lebihkurang 50 orang warga Libya turut berada dan membuat bantahan. Mereka membakar gambar Gaddafi, mengibarkan bendera baru Libya, memaparkan potret pejuang anti penjajahan Umar Mukhtar.

Dalam sidang akhbar, S.Arutchelvan membidas Timbalan Perdana Menteri Muhauddin Yassin kerana menuhntut hak berhimpun rakyat Libya di Libya tetapi menghalang hak berhimpun rakyat Malaysia dan Libya di Malaysia.

Rakyat Libya mengatakan ratusan orang telah dibunuh dan mahu pertukaran rejim di Libya. Mohd Sabu mengatakan kita bersama menentang semua diktator dan kerajaan anti demokrasi baik di Libya mahupun di Malaysia.

25 Feb - MP Sosialis menang pusingan pertama kes peruntukan Ahli Parlimen




Setelah beberapa kali menangguhkan kes, akhirnya pada 25 Februari 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi kebenaran kepada permohonan ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar untuk mendapatkan semakan kehakiman. Ini boleh dikatakan satu kemenangan awal kepada seluruh rakan seperjuangan Parti Sosialis Malaysia.

Permohonan ini boleh dikatakan kes pertama dalam sejarah Malaysia dimana seorang Ahli Parlimen pembangkang berani tampil ke hadapan dan mencabar serta mengheret kerajaan ke mahkamah. Yang lebih memeranjatkan semua pemerhati, adalah PSM berjaya mendapatkan “leave” kebenaran. Walaupun ini hanya kemenangan pusingan pertama tetapi ia signifikan kerana ia membolehkan PSM membongkarkan isu peruntukan Ahli parlimen pembangkang yang dinafikan hak selama ini.


Kes ini telah difailkan ekoran Kerajaan Pusat menolak peruntukan tahunan RM1 juta kepada kawasan pilihan raya yang diwakili pembangkang. Tetapi, yang anehnya, peruntukkan hanya diberikan kepada wakil rakyat BN/UMNO. Jadi, kenapa pula kerajaan mengatakan ini adalah negara demokrasi sedangkan mereka tidak berkelakuan sedemikian.

Menurut Dr.Jeyakumar, beliau sebenarnya terkejut dengan keputusan tersebut kerana ia bukannya seperti yang dijangka. Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat turut hadir dan melibatkan diri mereka, ini termasuklah Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar dan Yusmadi, yang juga menjadi pemerhati, kerana kes tersebut turut mempunyai implikasi di kawasan yang mereka wakili.

Dalam perbicangan tersebut, Hakim Datuk Aziah Ali berpendapat Dr Jeyakumar telah membuktikan ada kes untuk diberi pertimbangan yang sewajarnya dan oleh itu Hakim tersebut telah membenarkan permohonan kebenaran mendapatkan semakan kehakiman.

Peguam Datuk S. Ambiga, yang mewakili Dr Jeyakumar, memberitahu pemberita bahawa mahkamah telah menetapkan 18 Mac yang akan datang untuk pengurusan kes bagi mendengar penuh permohonan semakan kehakiman itu.

Dalam mengambil tindakan ini, Dr. Jeyakumar telah berkata permintaan untuk dana harus diberikan kepada beliau kerana semua projek yang dipohon merupakan peruntukan khas untuk kawasan pilihan raya.

Beliau mendakwa pihak responden menggunakan kuasa atau budi bicara untuk memberikan peruntukan secara tidak adil dengan memihak kepada Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) dan prejudis terhadap Ahli Parlimen dari parti pembangkang.

Tambahan pula, Dr Jeyakumar juga menuntut perisytiharan bahawa peruntukan tersebut mesti disediakan secara saksama selaras dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, beliau juga menuntut perintah 'mandamus' bagi memaksa responden menperjelaskan kuasa mereka dalam meluluskan dana dari Peruntukan Khas Kawasan Parlimen mengikut budi bicara serta menyatakan prosedur peruntukan dana sejak 2008.

Beliau menuntut writ 'quo warranto' (permohonan yang mencabar kesahihan pelantikan perjawatan) dikeluarkan yang memerintahkan pihak responden untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat mengenai kuasa mereka dalam mengguna, melulus dan mengeluarkan dana daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Secara konklusinya, kerajaan harus sedar bahawa duit yang akan diperuntukkan bukannya untuk kegunaan wakil rakyat itu sendiri, tetapi itu merupakan duit rakyat dan mereka harus dan mereka mempunyai hak untuk menikmati kemudahan di negara ini. Langkah yang diambil oleh ahli parlimen PSM dalam menyaman kerajaan telah menggegarkan mereka dan langkah ini harus dipraktikkan oleh semua wakil rakyat terutamaya wakil rakyat pembangkang supaya rakyat akan mendapat kebaikan.

Turut bersama menyambut kemenangan ini adalah Pengerusi Nasiaonal PSM Dr. Nasir Hashim dan Setiausaha Agung PSM S.Arutchelvan

Kornologi Ringkas

29 Oktober 2010 - Dr Jeyakumar telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi memperoleh perisytiharan bahawa peruntukan khas kawasan Parlimen mesti dibekalkan dan disediakan kepada semua Ahli Parlimen secara saksama tidak mengira daripada parti pemerintah ataupun parti pembangkang. Inilah yang harus dipraktikkan oleh kerajaan pemerintah pada masa ini.

10 Januari 2011 - PSM yang diketuai oleh Dr.Jeyakumar telah membuat laporan polis berkenaan dengan penyelewengan dalam isu peruntukkan. Dalam surat bertarikh 21 Oktober 2010, Pegawai Pembangunan Negeri Perak telah memaklumkan bahawa sebanyak RM1.72 juta telah disalurkan untuk kegunaan 56 projek di Sungai Siput. Tiga daripada projeknya diutarakan oleh Dr.Kumar untuk Anak Yatim Nurul Ihsan dan dua buah sekolah. Malangnya, apabila diperiksa, jumlah yang disalurkan kepada dua buah sekolah adalah sangat sedikit. Ini lebih teruk apabila tiada bantuan diberikan kepada Anak Yatim Nurul Ihsan. Namun, Pegawai tersebut membidas dan mengatakan bahawa Rm1.72 juta dibelanjakan untuk beberapa program seperti RM 1.1 juta untuk Masjid dan sebagainya. Tetapi, tiada penjelasan kenapa tiada bantuan disalurkan kepada Anak Yatim Nurul Ihsan. Dimanakah silapnya.??
Dr Jeyakumar yang merupakan seorang pakar jantung, menamakan Ketua Pengarah bagi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pengarah Pejabat Pembangunan Perak dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketiga.

25-2-11 Kami dihina masa rundingan - Penjelasan Penduduk Ladang Bukit Jalil







Pada 23hb. Februari 2011, YB Dato Raja Nong Chik, Datuk S.Subramaniam - Menteri Sumber Manusia dan Datuk Saravanan telah menjemput para Jawatankuasa penduduk Bukit Jalil untuk satu mesyuarat. JK mengingatkan ini adalah satu rundingan setelah JK Penduduk menulis beberapa surat kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Menteri Sumber Manusia. Tetapi malangnya dua orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri hanya bercadang membuat pengumuman berunsur ugutan - terima tawaran baru dan keluar atau rumah anda akan diroboh.

Hari ini JK Penduduk membuat satu sidang akhbar menjelaskan pandangan mereka. Sdr. S.Arutchelvan, SUA Parti Sosialis Malaysia dan selaku seorang penasihat untuk JK Penduduk Ladang Bukit Jalil mengariskan beberapa isu utama

1. Kerajaan tidak berminat untuk berunding isu masalah ladang Bukit jalil tetapi hanya mahu mereka terima tawaran dan keluar. Tiada rundingan dan hanya paksaan.

2. Datuk Raja Nong Chik mengambarkan tawaran RM 23ribu sebagai tawaran yang dashyat dan seolah-olah mendapat satu rumah percuma adalah satu penipuan besar kerana harga rumah yang paling murah adalah pada harga RM 42,000. Selain itu, S.Arutchelvan mengadakan pengalaman mereka mendapat rumah percuma dan tanah untuk Pekerja Ladang.

3. Membidas Raja Nong Chik kerana cuba mengadakan Kerajaan membantu rakyat India dan contohnya adalah "Little India". Bagaimana pembinaan Little India boleh dibandingkan dengan pengorbonan empat generasi pekerja ladang di negara ini ?

4. Apa yang diminta hanya 3 ekar dari 26 ekar yang masih belum dibangunkan untuk dibina perumahan. Mengapa tuntutan inji tidak boleh dilaksanakan

5. Hanya 10 sahaja bekas pekerja ladang yang telah berpindah ke Flat daripada jumlah 71 yang berpindah manakala 39 yang tidak berpindah adalah bekas pekerja ladang. Justeru itu hujah Menteri sendiri mengakui bahawa majoriti bekas pekerja ladang belum berpindah dan oleh itu pandangan bahawa majoriti sudah berpindah ke flat adalah tidak benar dan salah

6. Senarai tambahan yang diberikan penduduk yang sebelum ini dipersetujui akan dipertimbangkan tetapi kini tidak dipertimbangkan

7. Juga difahamkan tanah Bukit jalil sudah dijual ekpada pihak swasta. Justeru itu, siapakah kerajaan untuk menjalankan rundingan. Mengapa kerajaan berunding untuk pihak kapitalis swasta ? Adakan Kerajaan kini menjadi agen pemaju ?

Akhirkata sehingga sekarang Penduduk belum diberikan tawaran secara hitam putih dan mereka hanya akan memberi satu respon setelah mendapat tawaran secara hitam putih.

Para Jawatankuasa penduduk iaitu Thiagarajan dan Balan juga membidas sikap menteri yang cuba menghalang Sdr S.Arutchelvan dan V.Selvam hadir sebagai jurucakap dalam mesyuarat pada 23 Februari tersebut. Turut hadir dalam sidang akhbar hari ini adalah wakil JSML- Komrad Nalini E.

Thursday, February 24, 2011

23-2-11 FTA - Pilihan antara kedaulatan dan penjajahan






Forum FTA membunuh anjuran Gabungan Membantah FTA mendapat sambutan baik warga kota. Empat orang pakar dan aktivis terdiri dari Dr. Jeyakumar - ahli JK Pusat PSM, Charles Santiago- Ahli Parlimen Klang, Edward dari Positive Malaysian Treatment Access and Advocacy Group (MTAAG) dan Nizam mengutarakan kebimbangan dan bantahan mereka terhadap FTA US dan Eropah.

Wakil Third World Network juga memberikan fakta dan butir bahaya FTA melanda negara-negara lain. Charles Santiago berkata FTA hanyalah mengkayakan para peniaga dan kapitalis sahaja. Dr. Jeyakumar membidas sistem kapitalis dan berkata FTA wujud kerana fahaman bahawa apa yang baik untuk peniaga dan kapitalis adalah baik untuk negara. Beliau meminta rakyat jangan kerana marahkan BN, kita membenarkan EU & US menjajah kita.

Sesi soal jawab juga baik dan semua yang hadir diingatkan bahawa bercakap sahaja tak cukup, kita perlu memprotes FTA. urun beramai-ramai membantah FTA semasa rundingan pada 28 Februari 2011 nanti . Ayuh ! Hentikan FTA - Selamatkan Rakyat dan Negara.

23 Feb 11 - 2 Menteri & 1 Timbalan terus ugut pekerja Ladang Bukit Jalil berpindah !







Para Jawatankuasa penduduk Bekas pekerja Ladang Bukit Jalil hari ini memulakan mesyuarat dengan dengan YB Dato Raja Nong Chik, Datuk S.Subramaniam - Menteri Sumber Manusia dan Datuk Saravanan dalam suasana tegang dan bertengkar. Ini adalah disebabkan arahan Menteri yang tidak mahu aktivis rakyat dan wakil JK menghadiri mesyuarat ini.

Setelah para JK penduduk seramai enam orang masuk dan bertengkar, akhirnya wakil aktivis iaitu Sdr. S.Arutchelvan, V.Selvam dan E.Nalini dibenarkan masuk tetapi diberi arahan untuk tidak bercakap tetapi hanya mendengar pengumuman.

Namun demikian, setelah masuk mereka tidak mengendahakan arahan tersebut dan terus menguasai mesyuarat yang sering kali tegang kerana Dato Raja Nong Chik memang tidak berminat untuk berbincang tetapi mahu membuat pengumuman dan mahu pekerja berpindah.

Beliau Menteri Wilayah itu mengumumkan pakej pampasan baru dimana bekas pekerja akan mendapat pampasan melipatkali ganda tetapi kena berpindah dan mereka diberi masa seminggu sahaja untuk mempertimbangkan pampasan itu.

Selain itu, sekali lagi mereka berkata bahawa tanah perkuburan, sekolah dan kuil akan dikekalkan di tempat yang sama.

Penduduk juga meminta perumahan kos rendah teres dan supaya Ordinan Darurat tidak lagi digunakan. JK Bekas pekerja juga meminta masa 2 minggu untuk menjawab tetapi mereka hanya diberi masa seminggu. Raja Nong Chik nampaknya tidak berminat untuk berdialog dan hanya berminat untuk membuat pengumuman sahaja.

Para penduduk akan membuat satu sidangakhbar pada jam 10pagi pada 25 Februari di ladang Bukit Jalil untuk memperjelaskan posisi JK penduduk.

22-1-11 Menteri sepatutnya tidak tolak kes kepada Jabatan Buruh





Hari ini para pekerja kilang CHG Plywood telah dijemput untuk satu mesyuarat dengan Jabatan Tenaga kerja di Ibupejabat Jabatan itu di Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Jeffrey Joakim, Timbalan Ketua Pengarah 1 dan turut dihadiri oleh Peguam JTB dan Jabatan Tenaga Kerja Bangi. Mesyuarat ini dipanggil ekoran satu surat keras oleh bekas pekerja kepada Menteri Sumber manusia pada bulan Disember 2010 dan februari 2011.

Para pekerja bertanyakan komitmen Menteri Sumber Manusia kerana gagal melaksanakan skim Tabung pemberhentian kerja. Satu memorandum juga telah dihantar pada 1 Julai 2010.Walaupun pekerja menang dalam kertas RM 244, 016.65 manakala pihak Syarikat juga setuju membayar RM 80,033.28 iaitu 35% daripada jumlah pokok tetapi sehingga kini, tiada satu sen pun yang didapati oleh para pekerja.

Dalam mesyauarat hari ini, Setiausaha Agung PSM Sdr S.Arutchelvan yang mengiringi para bekas pekerja ini membidas sikap Menteri Sumber Manusia kerana menolak kes kepada JTK. Tuntutan pekerja adalah isu tabung pemberhentian kerja dimana ia memerlukan komitmen Menteri dan tidak kena mengena dengan JTK.

Letchuman - pemimpim pekerja juga berkata bahawa mereka berasa bosan dengan mesyauarat tetapi tiada tindakan penyelesaian dan mahu kerajaan campurtangan dan selesaikan isu ini.

Timbalan Pengarah Jeffrey setuju dan berkata pihaknya akan menghantar nota makluman kepada Menteri dan selain daripada itu melihat option Relief Fund. Mereka juga turut berkata bahawa tangan mereka terikat kerana proses perundangan.

Arutchelvan berkata yang perlu adalah komitmen politik dan kesungguhan menyelesaikan isu ini. Jeffrey setuju untuk mengambil langkah pro-aktif membantu pekerja dan mengutarakan keluhan pekerja kepada Menteri Sumber Manusia. Turut hadir adalah PA Menteri Encik Vijayamohan.

20-2-11 Dua anak muda Sosialis berkhawin





Prakash dan Malini - dua orang anak muda PSM hari ini telah berkhawin dan menjadi suami isteri. Upacara perkhawinan ini diadakan di kawasan tasek dan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin PSM.

Semoga mereka akan terus berbakti kepada perjuangan dan menempuhi hidup yang penuh bahagia, bermakna dan kehidupan yang sederhana.

20 Feb 2011 TITI GANTUNG SOLIDARITI RAKYAT SIAP ! Tidak ada yang mustahil, bila kuasa rakyat memerintah ….












TITI GANTUNG SOLIDARITI RAKYAT SIAP !
Tidak ada yang mustahil, bila kuasa rakyat memerintah ….


Perkampungan Orang Asli Perje, Sungai Siput, 20 Februari 2011

Pada beberapa tahun dahulu, wakil-wakil penduduk orang asli daripada Kg Perje di DUN Lintang, Sg Siput telah meminta bantuan daripada ADUN kawasan tersebut (YB Fakeh Adam) dan MP Sg Siput pada masa itu (YB Samy Vellu) untuk membina sebuah titi gantung di kampung mereka. Terdapat sebatang sungai yang memisahkan petempatan para penduduk Kg Perje dengan tanaman mereka yang merupakan sumber ejonomi penduduk disana

Pembinaan titi gantung tersebut dapatlah membolehkan para penduduk menghasilkan tanaman masing-masing. Memangpun sebatang titi gantung dibina oleh para penduduk Kg Perje bertahun-tahun dahulu, tetapi titi gantung tersebut telah menjadi lama serta renggang dengan penggunaan menerusi masa yang lama. Faktor-faktor ini menjadikan titi gantung yang usuk tersebut berbahaya kepada para penduduk Kg Perje. Malangnya, kedua-dua individu tersebut berkata bahawa pembinaan titi gantung tersebut tidak dapat dilaksanakan akibat kewangan yang tidak cukup.

Selepas pertemuan dengan mereka, wakil-wakil tersebut membuat keputusan meminta bantuan dari Ahli Parlimen Sg Siput, Dr Jeyakumar. Dr. Jeyakumar sebagai ahli PSM iaitu parti pembangkang memang tidak mempunyai sebarang sumber kewanagan dari pihak kerajaan akibat polisi BN hanya beri kepada Wakil rakyat BN sahaja. Walaupun menghadapi kemelut kewangan, Dr Jeyakumar serta ahli-ahli lain daripada PSM cawangan Sg Siput bersetuju juga untuk membuat projek pembinaan titi gantung di Kg Perje.
Pengalaman tersebut dipenuhi dengan cabaran tertentu termasuklah cuaca yang tidak mengizinkan, penunggahan tarikh bagi meneruskan pembinaan dan ugutan kerajaan BN terhadap para penduduk Kg Perje supaya tidak menyumbang kepada pembinaan titi gantung tersebut.

Namun begitu, proses pembinaan tersebut tetap diteruskan dengan bantuan daripada pihak-pihak tertentu termasuklah ahli-ahli PSM daripada cawangan lain dan beberapa sukarelawan. Terdapat juga beberapa pihak yang menyumbang kepada pembinaan titi gantung tersebut melalui bantuan kewangan bagi membolehkan segala benda serta alat yang diperlukan untuk pembinaan titi gantung tersebut dapat disediakan. Aspek teknikal pula seperti pelan membina titi gantung mendapat sumbangan daripada beberapa rakan yang berkemahiran khususnya Sdr Ir Haji Mazlan, seorang bekas jurutera tentera dan merupakan salah satu pemimpin PAS di kawasan Sg Siput U. Beliau serta pasukannya yang terdiri daripada ahli-ahli PAS juga telah memainkan peranan yang penting dalam pembinaan titi gantung di Kg Perje.

Akhirnya setelah satu tahun setengah, projek pembinaan titi gantung di Kg Perje telahpun berjaya dihabiskan. Pada 20 haribulan Februari baru-baru ini, pelancaran titi gantung tersebut diadakan di Kg Perje dan seramai 200 orang telah hadir termasuklah hampir semua orang yang menyumbang kepada pembinaannya. Setelah sebuah persembahan daripada beberapa penduduk Kg Perje dan beberapa ucapan daripada individu tertentu seperti Dr. Jeyakumar, Ir Haji Mazlan, Bekas menteri besar Perak, YB Nizar, Saudara Nagen, akil jaringan orang Asal, pemimpim PSM Komrad Saras dan SUA Sdr S.Arutchelvan maka pembukaan titi gantung dirasmikan dengan pemotongan riben olehsemua kumpulan yang telah mengusahakan projek tersebut.

Hari tersebut adalah amat bersejarah di tanah air kita kerana buat kali pertama seorang MP daripada parti pembangkang telah berjaya menempuhi cabaran besar tanpa apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan BN. Sebaliknya, dengan daya usaha yang berterusan oleh pihak-pihak terlibat serta kuasa rakyat yang teguh dapatlah projek pembinaan titi gantung ini berjaya dilaksanakan dan dihabiskan.