Kami juga turut mengedar risalah ceramah perdana. Ceramah Perdana ini akan dihadiri oleh Dato' Ambiga, pengerusi BERSIH, YB Teo Nie Ching, YB. Dzulkefly, YB Manikavasagam, Wakil Mahasiswa Adam Adli bersama Sdr. Arul. Ceramah Perdana akan diadakan pada 21/2/2013, jam 8 malam di gelanggang bola keranjang di Kg. Bahru.
Ketika melalui jalan ke padang Semenyih, peniaga-peniaga di kawasan itu telah membuat aduan kepada Sdr. Arul mengenai longkang yang sumbat serta yang tidak dibersihkan. Akibatnya, air tidak dapat mengalir dan longkang berbau busuk. Sdr. Arul memaklumkan bahawa beliau akan membawa aduan ini ke perhatian pihak MPKj.
No comments:
Post a Comment