ShareThis

Tuesday, May 4, 2010

3-5-2010- Mencari penyelesaian kuil Jalan Reko




Hari ini, saya membuat inisiatif untuk mengadakan dialog dengan dua orang lagi Ahli Majlis iaitu Chandra Mohan dan Narayanan untuk membincang status kuil yang hendak diroboh oleh Pejabat tanah. Kami memberitahu JK Kuil yang hadir bahawa sementera ini, kuil ini selamat tetapi JK Kuil kena buktikan mereka wujud lama dan bukan satu struktur kuil baru.Mereka juga dinasihatkan untuk mendaftar kuil ini dengan Pendaftar Pertubuhan dan Hindu Sangam.

2-5-2010 - Retakan di Pelangi Semenyih








Hari ini saya mengadakan satu dialog dengan penduduk Pelangi Semenyih Fasa 3 untuk bincang isu keretakan jubin dan dinding. Saya agak terkejut apabila satu demi satu penduduk mula menceritakan pengalaman pahit mereka tentang masalah ini dan mungkir janji oleh pemaju beberapa kali. Saya diberi syor oleh pemaju bahawa mereka akan memperbaiki segala aduan yang diterima tetapi para penduduk meminta satu dialog kerana mereka risau tentang keselamatan mereka. Selain itu, mesyauarat turut membincangkan isu lain seperti pungutan sampah, longkang yang tidak dibersihkan, isu keahlian kolam renang, trafik light dan masalah illegal dumping.Saya berjanji akan ajukan masalah mereka kepada pemaju dan pada masa yang sama Kesatuan Penduduk setuju untuk membuat siasatan dengan mereka yang tidak hadir tentang masalah yang sama. satu mesyuarat susulan pasti perlu dilakukan memandangkan isu yang diutarakan agak serius.

2-5-10 PSM dan PR jayakan Hari Pekerja di Cheras Jaya










Ini adalah kali pertama Hari pekerja dirayakan di DUN Balakong. Hari Pekerja yang berlangsung di Dewan Cheras Jaya walaupun kurang orang tetapi penuh dengan semangat. Antara menarik adalah lakonan pentomine oleh anak muda PSM Semenyih, Tarian Singa, Silat dan diselang seli oleh ucapan. YB Che Rosli, Yeap dan Dr. Shafie turut memberi ucapan.satu ucapan khas dari Vani - Guppy Union juga menerangkan masalah yang dihadapi oleh kesatuan sekerja dan pekerja di Guppy Union.

Saya turut memberikan ucapan dan menekankan bahawa kita kena menghormati pekerja asing. Saya juga mendesak supaya perjuangan diteruskan untuk kita menghalang GST dan langkah diambil untuk laksanakan gaji minima. Segala yang dinikmati pekerja hari ini adalah usaha juang pekerja sebelumnya. Justeru, perjuangan pekerja mesti diteruskan.

1--5-2010 Rohana Buka Pusat Khidmat PRM di Jalan Klang lama



Hari ini, saya, Dr. Nasir, Selvam dan Dr. Jeyakumar menghadirkan diri dalam program pembukaan Pusat khidmat Masyarakat PRM di kawasan berdekatan dengan jalan Klang lama. Dr. Nasir juga memberi ucapan. Dalam ucapan beliau mengatakan bahawa PSM sedia berkerjasama dengan PRM. Pada masa yang sama beliau juga membidas mereka yang suka melabel nama seperti trostsky atau moist dan sebagaianya tetapi tidak membuat kerja. Turut hadir adalah Gary dan Koh Swee Yong.

1-5-2010 Merempuh dengan polis pada Hari pekerja











Walaupun cuti 1hb. Mei diberikan untuk merayakan hari Pekerja tetapi pada tahun ini pihak polis telah menutup Dataran Merdeka iaitu tempat berhimpun. namun ketegasan penganjur dan keberanian menyebabkan para peserta berjaya berjalan ke Dewan perhimpunan Cina. Satu lagi kumpulan dari perak terpaksa berjalan dari Tol Jalan Duta Ke Parlimen setelah bas mereka disekat oleh polis. Akhirnya deklarasi Mei 1 dibacakan. 5 orang yang ditahan termasuk 2 orang Ahli PSM iaitu Setiausaha Cawangan Rajan dan AJK Sdr. Shanmugananthan telah dibebaskan setelah ditahan beberapa jam.Demo Hari Buruh: Enam ditahan polis
Saturday, 01 May 2010

Source: Malaysiakini

Pihak polis sejak awal pagi mengawal Dataran Merdeka - tempat acara bagi meraikan Hari Buruh sedunia dan membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pada jam 11 pagi, kira-kira 500 orang berkumpul di luar bangunan Majlis Peguam, dekat Dataran Merdeka - tempat pelbagai program awam diadakan.

Penyelaras program S Arutchelvan dan ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim - kedua-duanya daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) - pada mulanya cuba berbincang dengan pihak polis supaya membenarkan kumpulan tersebut berkumpul.

Bagaimanapun, polis memberikan lima minit kepada mereka untuk bersurai. Lima trak polis kelihatan berada di tempat kejadian, tetapi meriam air tidak kelihatan.

Selepas lima minit, dipimpin kedua-dua pemimpin PSM, kumpulan tersebut - termasuk anak kecil - bergerak beramai-ramai dari Dataran Merdeka ke arah Jalan Petaling dengan perasaan kecewa.

Kumpulan yang riuh itu kemudiannya melencong ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dan menjadikan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai tujuan akhir mereka.


DEKLARASI MEI 1, 2010
Rakyat Bantah GST
Cukai Yang Memiskinkan Rakyat


Tahun 2010 ; Dunia dan negara masih belum keluar dari kemelut Krisis Ekonomi yang melanda kita tahun lepas. Ramai pekerja yang masih belum mendapat kerja, ditambah pula dengan masalah rumah di lelong, harga barangan naik dan melalui keadaan dimana, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Dalam keadaan ini, Kerajaan Malaysia hendak mengimplementasi Cukai GST iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Dalam keadaan 80% rakyat Malaysia tidak bayar cukai sebab pendapatan mereka kurang dari RM 3000, kerajaan Malaysia hendak memaksa semua rakyat tidak kira tua, muda, kurang upaya, pelajar , miskin, kaya, semua orang untuk membayar cukai.

Alasannya, defisit kerajaan perlu dikurangkan dan pendapatan negara harus ditingkatkan. Namun, persoalannya adakah rakyat punca defisit kerajaan? Pastinya tidak . Punca defisit kewangan kerajaan ialah korupsi, penyalahgunaan kuasa, projek yang tidak bermaanfaat, bail out, politik wang dan pembaziran. Semua ini bukan dilakukan oleh rakyat biasa, tetapi pemimpin kerajaan dan kroni-kroni mereka . Maka kenapa pula rakyat perlu menanggung akibatnya ? Bukankah kerajaan adalah untuk rakyat dan bukannya sebalik ?

Mengikut laporan Model Ekonomi Baru, Malaysia adalah sebuah negara yang berpendapatan rendah dimana 80% rakyat mendapat pendapatan RM 3000 dan 40% daripada mereka mendapat pendapatan RM 1500 sahaja sebulan. Dalam laporan ini juga dikatakan jurang diantara kaya dan miskin di Malaysia semakin melebar. Mengikut laporan UNDP 1997 dan Laporan United Nations Human Development 2004, Malaysia mempunyai jurang pendapatan yang tertinggi di Asia Tenggara , lebih daripada Filipina, Thailand, Singapura, Vietnam dan Indonesia. Laporan ini mengatakan, 10% orang kaya di Malaysia mengawal 38.4% kekayaan negara manakala 10% yang termiskin hanya menikmati 1.7% kekayaan negara

Dalam keadaan ini, adakah patut Cukai GST yang membebankan rakyat diperkenalkan?
Bukankah Cukai GST akan miskinkan rakyat kerana rakyat perlu bayar cukai untuk segala barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang diguna? Lagipun dengan pengenalan cukai GST , sudah tentu harga barangan akan meningkat dan akan membawa kepada inflasi. Walaupun kerajaan kata harga barangan tidak akan naik , tetapi pengalaman negara lain menunjukkan ia tidak benar.

Rancangan kerajaan adalah untuk melaksanakan Cukai GST dan mengurangkan cukai pendapatan individu dan syarikat. Adakah ini sesuatu yang adil dalam negara dimana 80% penduduknya tidak mampu membayar cukai? Bukankah ini satu tindakan yang akan membebankan rakyat ?

Jadi, Hari Pekerja, 1 Mei 2010 yang menjadi lambang kebangkitan kaum Pekerja terhadap penindasan adalah hari yang paling bermakna kepada kita untuk menyuarakan dengan kuat dan jelas iaitu :

1. RAKYAT MALAYSIA BANTAH CUKAI GST. CUKAI GST MEMISKINKAN RAKYAT !

Di samping itu, tuntutan-tuntutan lain kaum pekerja ialah :

2. Kekalkan Cukai Korporat di tahap 27%. Pengurangan cukai ini akan menyebabkan pengalihan beban cukai kepada rakyat biasa melalui Cukai GST

3. Gubal Akta Gaji Minima untuk semua pekerja dan mansuhkan polisi gaji murah

4. Wujudkan Tabung Pembuangan Kerja Dengan Segera – Bantuan terus kepada pekerja yang kehilangan kerja. Kerajaan harus memperuntukkan RM0.5 billion untuk mulakan tabung ini dan gunakannya untuk membantu mereka yang dibuang sehingga dapat kerja.

5. Cuti Bersalin 90 hari untuk pekerja wanita.

6. Menandatangani Konvensyen ILO berkenaan Pekerja Rumah dan juga instrumen antarabangsa yang berkaitan dengan perlindungan dan kebajikan pekerja.

7. Pengisthiharan Kesatuan Sekerja secara automatik dan pemansuhan undang-undang yang mendiskriminasi pekerja dan sebarang undang-undang baru bermotif memudahkan pembuangan pekerja oleh majikan.

8. Pastikan tempat kerja bebas daripada diskriminasi terhadap pekerja wanita. Gubal undang-undang Anti Gangguan Seksual.


9. Hak saksama kepada pekerja migran dan Pelarian dan perlindungan dari dianiyai oleh pihak Majikan, PDRM, RELA dan Imigresen.


10. Kementerian Kewangan harus mengadakan perbincangan dengan bank-bank untuk menangguhkan dan mengurangkan bayaran bulanan pinjaman perumahan warga pekerja berpendapatan rendah .

11. Sediakan atau Laksanakan Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli/dimiliki, lokasi strategik dan selesa untuk golongan yang berpendapatan rendah.

12. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas seperti air dan hospital dan hentikan Skim Pembayaran Penuh Pesakit ( Full Paying Patient) di hospital kerajaan dengan segera.

13. Laksanakan Polisi ekonomi yang tidak mengira kaum dan jantina tetapi berlandaskan keperluan . Menuntut suatu model pembangunan yang saksama, yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat di mana segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh semua.

14. Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asli di Malaysia. Rancangan pembangunan tanah Orang Asli hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asli.

15. Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi para pekerja, antaranya ISA, OSA, EO, DDA, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Akta Pertubuhan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.
16. Menuntut suatu sistem kerajaan yang benar-benar telus, bersih, kredible dan bebas dari segala bentuk rasuah, kronisme dan penyelewengan.

29 April 2010 - Anugerah kepada kakitangan MPKJ



Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 diadakan di Oriental Crystal, Kajang dimana kakitangan MPKJ yang beri khidmat cemerland dihargai. Pada tahun ini, seramai 40 orang diberi penghargaan ini. hanya ada seorang yang bersara iaitu Puan Amaruthhan Vemban yang bekerja sejak Jukai 1988. Selain itu, empat orang yang meninggal dunia pada tahun 2009 juga diberi sumbangan kepada ahli keluarga mereka. Tetamu kehormat tahun ini adalah Dato Tarmedi Bui Haji Omar. YDP pula telah berkata kerana MPKJ telah dapat meningkatkan hasil yang banyak, maka MPKJ akan diberi RM 200,000 yang boleh digunakan untuk membina satu struktur identiti seperti clock-tower atau pintu gerbang.Ini masih belum diputuskan lagi.

27-4-2010 Mesyuarat Infra - 7 isu diutarakan





Saya telah mengutarakan 7 isu seperti yang tercatat dalam surat saya seperti dibawah: ( klik pada imej)

26-4-10 Mesyuarat Khidmat Masyarakat


Tidak ada yang luarbiasa dalam mesyuarat ini dan kita sering membincangkan isu-isu yang sama dan nampak seperti tidak habis habis, masalah ini tetap wujud. Masalah yang maksudkan adalah sampah, longkang, anjing liar dan rumput. Pada hari ini, kita diberikan satu taklimat oleh Syarikat Alam Flora mengenai usaha kitar-semula mereka. Tetapi saya tidak nampak apa-apa yang kongrit dibuat untuk kitar sekitar dan program Alam Flora juga tidak konsisten dan lemah. Saya juga mempelawa sesiapa yang berminat untuk buat program kitarsemula di taman mereka untuk berhubung dengan pejabat saya supaya kita boleh cuba membuat satu program secara bersama.

25 April - 2 kejutan di Hulu Selangor







Hari ini 2 kejutan. Satu adalah kekalahan Zaid Ibrahim kepada calon BN dalam pilihanraya Parlimen Hulu Selangor. Saya bersama Dr. Nasir dan penyokong PSM telah pergi ke tempat mengira undi. Berita keluar bahawa BN menang. Suasana sedih terasa di bilik gerakan PR dekat dengan Stadium Kuala Kubu Bharu. Namun Tan Sri Khalid selaku Ketua jentera pilihanraya PR telah memberikan satu ucapan yang baik dimana beliau berkata bahawa mereka akan terus bekerja keras untuk merampas Hulu Selangor seperti Ijok dulu.

Selain itu, keputusan ini tidak boleh dipandang remeh. Satu postmortem yang ikhlas perlu dibuat. Di pihak PSM, kami berpendapat ada kelemahan yang cukup ketara di peringkat jentera pilihanraya PKR. Kita juga berpendapat dengan hanya kerja kemati-matian masa kempen tidak mencukupi. kerja yang konsisten mesti dijalankan sepanjang masa.

Kejutan kedua adalah berita bahawa Dr. Nasir meninggal dalam satu kemalangan jalanraya. Akhbar angin terbang dengan cepat. Pada masa itu, Dr. nasir memang ebrsama kami dan kami terpaksa menjawap ratusan panggilan telepon menafikan berita tersebut.

Orang di Hulu Selangor setelah melihat Dr. Nasir bercakap, Panjang Umur"

24-4-10 Malam Amal PSM - meria, ceria dan bersemangat













Malam mengutip derma dan sumbangan - malam Amal PSM yang telah diadakan di Dewan perhimpunan Cina Selangor mencapai matlamatnya apabila semua meja dapat dijual dan jumlah kehadiran adalah sekitar seribu orang. Program ini cukup bersemangat dari awal sehingga akhir dengan lagu, ucapan dan drama berselang seli.Antara tetamu yang berucap selain dari Dr. Nasir adalah Dr. Rohana Ariffin, Sdr. Amer Hamzah, Presiden Parti Demokratik Singapura Sdr. Gandhi Ambalam, Aliza Jaafar dari GMI, YB Manahoharan dari DAP dan sebagainya. Dr. Kumar- Ahli Parlimen Sungai Siput pula telah mendendangkan 3 lagu dan mendapat sokongan penuh dari hadirin.

Juga Lucky draw mendapat sambutan hangat apabila semua tiket dapat dijual dalam masa 20 minit sahaja. Selain itu satu drama mengutuk GST, satu tarian membedek GST dan sebagainya dipersembahkan. Sdr. Meor juga mendendang lagu anti ISA.

Ucapan juga cukup menarik. Sdr. Mano dari DAP mempelawa PSM masuk PR dan berkata ini dapat memperkukuhkan PR lagi manakala Sdr. Amer Hamzah pula berkata beliau berharap PSM tidak sertai PR tetapi terus berjuang bersama rakyat untuk rakyat.

Malam yang penuh berjaya ini dihabiskan dengan ucapan M.Maraswathy- Timbalan pengerusi PSM. Syabas juga harus diberikan kepada Bendahari PSM Sdr. Sivarajan yang menjadi watak utama dalam menjayakan program tahunan PSM ini.