29 Apr 2013, Semenyih
oleh Media PSM Semenyih
oleh Media PSM Semenyih
Pilihanraya
 Umum 13 adalah penting. Pilihanraya ini akan menentukan samada 
perubahan yang di nantikan oleh rakyat akan di capai atau tidak. Maka, 
ini bukanlah lagi Pakatan Rakyat vs. Barisan Nasional, sebaliknya 
Barisan Rakyat melawan Barisan Nasional, menurut Arul, calon PSM N24 
Semenyih.
Sebelum
 hari penamaan, PSM telah membuat rayuan beberapa kali kepada Pakatan 
Rakyat terutamanya PKR agar aspirasi rakyat untuk satu lawan satu 
dihormati dan tidak pecahkan undi. Malah PSM juga telah bersetuju dengan
 syarat PKR iaitu bertanding menggunakan logo PKR di Semenyih. Namun 
situasi 3 penjuru di wujudkan di Semenyih oleh calon PKR dan ini telah 
banyak mengelirukan pengundi-pengundi.
Maka,
 sekali lagi Setiausaha Agung PSM, Saudara Arul membuat rayuan, demi 
menghormati aspirasi rakyat, calon PKR di DUN Semenyih diminta tarik 
diri. Sekurang-kurangnya, pengundi akan lebih jelas dan kemenangan 
terjamin kepada Pakatan.
Sebelum
 hari pencalonan, lebih kurang 26 Jawatankuasa Penduduk Tempatan telah 
mengeluarkan kenyataan akhbar menyokong penuh pencalonan saudara Arul di
 Semenyih kerana kerja-kerja akar umbi yang telah dilaksanakannya selama
 ini. Selepas hari pencalonan, organisasi-organisasi dan aktivis-aktivis
 seperti Dr Kua Kia Soong, Liau Kok Fah (pengerusi Civil Rights 
Committee KLSCAH), Kong Wee Cheng (wakil KLSCAH Youth), Lee Soo Wei 
(wakil LLG Foundation Development Centre Civil Society Committee), Yong 
Kin Yin (wakil Malaysian Youth and Student Democratic Movement dan Encik
 Lew Bon Hoi (akademik) telah meminta calon PKR undur dan memberli 
laluan kepada Arul, calon terbaik. Begitu juga 23 organisasi India 
termasuk Malaysia Indian Progressive Association, Angkatan Warga Aman 
Malaysia, Group of Concerned Citizens dan ramai lagi telah menyeru 
Hamidi, calon PKR di Semenyih tarik diri agar Arul boleh menang.
Manakala di Kota Damansara, kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali di alu-alukan namun di dapati calon PAS masih menjalankan kempen dan tidak lagi menarik diri dan ini akan terus menimbulkan kekeliruan kepada pengundi-pengundi.
Saudara
 Arul dalam kenyataanya juga menyentuh tentang kekeliruan yang 
ditimbulkan oleh Sdr. Sivakumar dari DAP mengenai hubungan PSM dan PR. 2
 ahli PSM telah menggunakan logo parti PR untuk bertanding dalam PRU 
ini, dua lagi ahli PSM masih menjadi Ahli Majlis dalam Kerajaan PR di 
Selangor. PSM diseluruh Malaysia berkempen untuk kemenangan PR dan 
membantu calon-calon PR. Dalam mesyuarat dengan pihak PR juga, kami 
dimaklumkan bahawa penyertaan PSM dalam PR akan dibuat selepas PRU dan 
ini juga termasuk beberapa parti lain dari Sabah yang ingin menyertai 
PR. ‘Dalam kawasan yang ada penindihan kerusi, PSM masih menyokong calon
 parlimen PR. Dalam suasana ini, PSM juga ingin  mengatakan PSM bukan 
parti bebas tetapi adaah parti berdaftar menggunakan logo parti dan 
mengambil posisi untuk bersama dengan PR dan gerakan rakyat yang lain 
untuk melawan BN’.
No comments:
Post a Comment