Ceramah untuk sampaikan mesej penting kepada pengundi India di Taman Dusun Jaya, Semenyih diadakan. Penceramah-penceramah khas yang dijemput adalah Saudara Arumugam (Semparuthi), Saudara Khatayah (bekas ahli kesatuan) dan Saudara Arul PSM.
Mengapa pengundi India perlu tolak UMNO-BN dalam PRU13 ini?
Saudara Khatayah meletakkan beberapa statistik untuk memberi gambaran bagaimana kemajuan masyarakat India di bawah pemerintahan BN dalam 56 tahun. Antara statistik adalah seperti berikut:
- Pada 1958, sumbangan kaum india di ekonomi negara 28%, kini 1.1%.
- Belajar di peringkat ijazah, 1958 adl 34%, kini 0.9%.
- Kerja di kerajaan, 1958-63%, kini 3.7%.
- Pemilikan tanah- pd 1958, 37%, skrg 0.8%.
- Sekolah tamil pd tahun 1958-1028, skrg 523
Saudara meletakkan beberapa perkara penting kenapa rakyat Semenyih perlu undi PSM di Semenyih dalam PRU13.
- PSM adalah satu-satu parti yang memperjuangkan Akta Gaji Minima di Malaysia sehingga hari ini di negara kita ada polisi gaji minima RM900
- PSM adalah parti pertama yang membawa 3000 pekerja ladang ke Parlimen dan protes untuk gaji bulanan bagi pekerja ladang
- PSM adalah parti yang berjuang dan mendapatkan rumah percuma pertama di Malaysia kepada pekerja ladang Sungai Rasah
- PSM adalah satu-satunya parti yang secara konsisten melawan penswastaan hospital di Malaysia - terutamanya telah memberhentikan inisiatif kerajaan untuk menswastakan dispensary dan perkhidmatan ambulans di hospital kerajaan.
- PSM adalah parti pertama yang menolak cadangkan kerajaan untuk mengamalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Malaysia
- PSM adalah parti pertama yang mengalahkan ketua MIC di Malaysia, Dato seri Samy Velu di Sungai Siput
- PSM adalah satu-satu parti yang pemimpinya mengumumkan harta di khalayak awam setiap tahun.
UNDI PSM DALAM PRU INI, ANDA TIDAK AKAN KECEWE!
No comments:
Post a Comment