Siapa? Siapa harus aku mengundi? 
Adakah saya pilih calon yang kibarkan paling banyak bendera parti, calon
 yang memberi saya beras, gula dan sardin, calon yang beri saya duit 
untuk undi atau calon yang menolong rakyat menyelesaikan masalah?
Siapa?
Fikiran rasional saya kata, saya 
mesti pilih calon yang bekerja untuk rakyat, bukan yang menjadi boss 
kepada rakyat. Saya mesti pilih calon yang boleh dipercayai, yang tidak 
menganiyai pengundi dengan janji-janji palsu atau melompat parti untuk 
kepentingan diri! Saya mesti pilih calon yang boleh menjadi contoh atau 
‘role model’ kepada generasi muda – calon bersikap mulia – tidak 
mendiskriminasi – tiada sifat perkauman – mendahulukan kepentingan 
rakyat dari kepentingan diri.
Siapa?
Kalau saya pengundi di Semenyih, 
saya tak perlu fikir panjang. Undi saya pasti kepada En. Arul. Saya 
kenal Arul yang bertanding di N24 lebih 20 tahun.
Tapi saya tak kenal calon-calon 
yang bertanding di Kajang, di mana saya sepatutnya mengundi. Cikgu Lee 
yang saya kenal sejak 2008 pun tidak dipilih untuk bertanding!
Siapa?
Saya kenal Arul kerana dia telah 
membantu kawan-kawan saya yang menghadapi penindasan di tempat kerja, 
telah memperjuangkan hak berpersatuan ditempat kerja, membuat kempen 
akta gaji minima untuk kaum pekerja sejak tahun 2000 dan memberi nasihat
 tentang hak pekerja. Bila-bila masa boleh jumpa dia.
Saya juga kenal Arul semasa saya 
mengambil bahagian dalam satu latihan hak asasi bertajuk “Polis & 
Anda”. Cukup berguna latihan yang diberi kerana saya dapat tahu hak saya
 bila berdepan dengan polis terutama di negara ini di mana hak bersuara 
dan berpersatuan terhad.
Salah seorang jiran saya 
menghadapi masalah dengan bank yang mahu melelong rumah mereka kerana 
gagal membuat bayaran ansuran. Saya segera meminta dia berjumpa dengan 
Arul kerana saya pernah terbaca dalam suratkhabar mengenai PSM memberi 
Memorandum kepada Kerajaan untuk memastikan penstukturan semula pinjaman
 oleh Bank dengan cara ia menyelesaikan masalah bukannya merumitkan 
masalah yang dihadapi oleh para pemimjam. Arul dan kawan-kawannya juga 
berjaya menghentikan beberapa rumah orang miskin dari di lelong!
Saya juga selalu melihat Arul 
dalam suratkhabar mengenai perjuangan hak perumahan dan kumpulan 
mereka juga telah mendapatkan rumah percuma kepada pekerja-pekerja 
ladang di beberapa tempat. Semangat En. Arul dan kawan-kawannya harus 
dipuji kerana sentiasa bersama, membantu orang yang tertindas.
Pernah juga saya menyertai En. 
Arul dalam satu kempen anti-penswastaan hospital kerajaan yang diadakan 
serentak di seluruh Semenanjung. PSM menjalankan kempen ini bersama 
NGO-NGO lain dan berjaya memberi tekanan kepada kerajaan untuk 
membatalkan niat mereka untuk menswastakan semua hospital kerajaan.
Terbaca juga saya tentang kempen 
membantah GST yang dimulakan oleh Arul dan kawan-kawannya bila kerajaan 
Malaysia umumkannya pada tahun 2006 (kalau betul ingatan saya!). Itulah 
pertama kali satu tahu apa itu GST.
Tidak boleh saya lupa insiden 
kawan-kawan Arul di tahan polis hampir satu bulan semasa kempen mereka 
‘Udalah itu…bersaralah BN’ 2 tahun yang lalu dengan pelbagai tuduhan 
liar termasuk ‘pengajur BERSIH’ oleh kerajaan Malaysia. Begitu intensif 
sekali kerja-kerja yang di buat oleh En. Arul dan kawan-kawannya untuk 
membebaskan 6 orang pemimpin-pemimpin PSM sehingga Pn. Ambiga pun kata, 
kalau dia di penjarakan, Arul..lah kena jadi kempen manager dia!
Baru-baru ini, apabila saya 
bertemu dengan saudara-mara dan kawan-kawan saya di Semenyih, banyak 
sokongan kepada En. Arul kerana beliau telah banyak menolong mereka  
selesaikan masalah.
Malangnya di DUN Kajang tak ada calon seperti En Arul untuk saya undi!
Siapa?
Pengundi-pengundi Semenyih memang
 bernasib baik kerana mempunyai seorang calon yang dikenali dan rajin 
membantu rakyat. Satu pemimpin yang begitu berkaliber dan 
bertanggungjawab. Satu calon yang pasti akan membawa kemenangan kepada 
Pakatan.
Malangnya saya bukan pengundi di 
Semenyih, jadi siapa harus saya undi kalau saya tak kenal calon dan 
calon pula tak pernah menolong orang Kajang?
Siapa?
Saya dengar ramai orang kata, 
undilah untuk perubahan. Macam mana nak undi untuk perubahan kalau 
setiap hari dalam suratkhabar macam-macam cerita pasal Pakatan yang 
membuli PSM, bergaduh untuk kerusi – belum pun pergi Putra Jaya tapi 
sudah mula bersikap tamak. Takut nanti Pakatan pun jadi macam BN!
Siapa? 
Hati kecil saya cakap, walaupun 
tak ada calon yang layak di Kajang, undilah untuk perubahan. 
Sekurang-kurangnya selepas 5 tahun lagi, saya akan ada ‘clarity’ untuk 
membuat keputusan terbaik!
Oleh,
D. Devi
Pengundi DUN Kajang.
D. Devi
Pengundi DUN Kajang.
No comments:
Post a Comment