Pada awalnya, tiada seorang penduduk yang menawarkan diri untuk menjadi wakil MC. Selepas perbincangan, beberapa orang penduduk telah mencadangkan agar wakil JMB yang lepas dilantik sebagai MC. Cadangan ini telah mendapat sokongan daripada semua dan empat wakil JMB daripada lima orang telah dipilih untuk menjadi wakil MC. Wakil baru yang dipilih untuk menjadi MC adalah Sdr. Aziz.
Pengerusi baru MC turut dipilih iaitu En. Bong. Beliau begitu bersemangat dan mula memimpin MC. Beliau telah memberi penerangan berhubung isu-isu flat dan meminta kerjasama daripada semua penduduk. Beliau juga memaklumkan bahawa wang penyelenggaraan sebanyak RM20 sebulan akan dikutip.
Kami bagi pihak PSM mengucapkan taniah kepada pimpinan MC di Flat Asa Jaya.
No comments:
Post a Comment