12 Mac 2013, SMK Engku Husain, Semenyih
Lebih kurang pukul 11 pagi, saudara Arul (Ahli Majlis Zon
18) menerima panggilan dari seorang bapa yang mengadu bahawa anaknya digantung
dari sekolah dan meminta saudara Arul hadir ke sekolah untuk berunding dengan
pihak sekolah.
Pada amnya, isu pelajar gantung sekolah bukan sesuatu yang baru,
dan lebih kepada masalah disiplin. Tetapi, hari ini satu scenario yang baru
berlaku.
Latarbelakang pelajar-pelajar
digantung sekolah
Pihak SMK Engku Husain menganjurakan satu program “Kem
Keilmuan Kampung” pada 16 dan 17 Mac 2013. Semua pelajar diberi surat untuk
meminta kebenaran ibu bapa bagi menghadiri program tersebut.
Pada masa yang sama, pihak sekolah telah mengatakan program
ini adalah wajib dan semua pelajar harus bayar RM20 untuk hadir ke program tersebut.
Pihak sekolah juga sudahpun memberi tanda amaran jika pelajar gagal bayar dalam
tempoh yang ditentukan, maka akan di gantung dari sekolah.
Hari ini, pelajar-pelajar
yang hadir ke sekolah, yang belum menjelaskan RM20 digantung dari sekolah serta
merta dan disuruh balik rumah dengan alasan tidak hadir ke program Kem Keilmuan
Kampung” pada 16 dan 17 Mac 2013.
Pelajar-pelajar
digantung sekolah untuk program yang belum jalan – Keadaan yang pelik
- Apakah undang-undang yang digunakan untuk menggantung pelajar-pelajar ini?
- Apabila surat kebenaran ibu bapa diberikan, maka ini bukan satu program wajib. Oleh itu, bagaimana tindakan menggantung pelajar boleh diambil?
- Mengapa pelajar-pelajar dihantar balik ke rumah hari ini serta merta?
Dengan bantuan saudara Arul, perundingan dapat diadakan
dengan baik dan penggantungan pelajar-pelajar dibatalkan.
No comments:
Post a Comment