ShareThis

Tuesday, January 29, 2013

Kubur 100 tahun diceroboh dan dimusnah di Semenyih

Berbincang dengan wakil Konsulten terlibat dalam pencerobohan

Pewaris kubur marah akan tindakan ceroboh
 Hari ini pewaris-pewaris kubur kristian dan Hindu hadapan Taman Paling jaya naik radang apabila tanah perkuburan mereka berusia antara 40 hingga 100 tahun diceroboh oleh Pemaju.

Hari ini Bahagian Infra MPKj bersama Ahli Majlis Sdr Arul turut mempersoalkan tindakan pemaju yang ceroboh tanpa perintah mahkamah.

Pejabat Infra MPKJ juga akan mengeluarkan notis stop work order. Pemaju juga setuju membayar pampasan atau bina balik kubur mereka yang dirobohkan.

Sebelum ini satu jentolak masih bekerja tetapi beredar dari sana apabila orang ramai mula berkumpul. Polis datang kerana takut wujud kekecohan.

Sdr Arul menasihatkan MPKj keluarkan stop work order. Beliau juga berjanji akan buat satu meeting untuk membolehkan pemaju dan Pewaris kubur dapat bincang dan cuba selesaikan.

Selain daripada itu perlu kenal pasti sempadan Kubur dan projek yang sedang diusahakan sekarang.
Encik  Arul menerangkan kepada Puan Linda- MPKj Infra

Kubur yang diceroboh

No comments: