SUNDAY, 22 July 2012
22 April 2012 - Kajang, Pada hari ini penduduk Ladang Bangi membuat aduan polis terhadap pemaju Trans Loyal Development Sdn. Bhd yang cuba menceroboh kawasan ladang. Pemaju sebelum ini telah beberapa kali menceroboh kawasan sempadan 100m yang ditandakan oleh penduduk. Penduduk juga sebelum ini telah membuat 7 aduan polis. Nampaknya pihak pemaju tidak berputus asa, terus mencari jalan untuk mengusir penduduk ladang secara paksa.

Risau dengan keadan ini, 2 aduan polis dibuat pada hari oleh Jawatankuasa Penduduk dan Sdr. Arul. Penduduk ladang ini telah bekerja selama 4 generasi membanting tulang demi pembangunan negara. Malangnya pihak pemaju tidak sabar untuk menunggu hanya 4 hari untuk mesyuarat rundingan di bawah task force Kerajan Negeri Selangor supaya masalah ini dapat diselesaikan secara baik. Pemaju kapitalis rakus ini hanya mengutamakan keuntungan. Hak masyarakat ladang terus diketepikan atas nama pembangunan.
No comments:
Post a Comment