
Pada PRU Ke-12 yang lepas, banyak parti dan calon telah berkempen untuk memancing undi dari rakyat. Namun, calon dari PSM mempunyai cara tersendiri untuk membuat kempen. Kami yang berkempen di Semenyih, terutamanya Sdr. Arutchelvan, calon yang bertanding berpendapat bahawa adalah penting untuk kita memperkasakan rakyat semasa kempen dan tidak membuat janji-janji manis semata-mata untuk meraih undi. Peluang ini juga kami juga untuk menunjukkan contoh seorang calon sosialis berkempen.
Walaupun kami kalah dengan majoriti undi sebanyak 1140, rasanya adalah tidak salah kalau kami berkongsi sedikit pengalaman kempen pilihanraya di Semenyih.
1.Pemilihan Kawasan Bertanding
Semua calon PSM hanya boleh bertanding di kawasan ia telah membuat kerja akar umbi sekurang-kurang lima tahun. Jadi Semenyih bukanlah kawasan baru bagi kami.
2.Kerja-kerja awalan Pilihanraya
Kami telah memulakan
.jpg)
3.Sukarelawan
Semua orang yang membantu kami secara aktif adalah sukarelawan. Bilik gerakan kami sentiasa dipenuhi

4.Pakaian Calon
Ramai yang mempersoalkan cara Sdr. Arul berpakaian. Ia juga mendapat perhatian media pada hari penamaan calon. Sdr. Arul seperti biasa hanya berpakaian t-shirt dan track-bottom dengan seliparnya. Ada yang meminta beliau menukar cara berpakaian hanya semasa pilihanraya.

5.Pengisytiharan Harta
Mungkin kini selepas pilihanraya

Di Semenyih papan tanda yang pengisytiharan harta Sdr. Arul dinaikkan untuk tatapan orang ramai.
6.Akur Janji
Kami tidak memberi janji-janji manis kepada para pengundi. Sebaliknya, kami memberikan komitmen untuk sama-sama menyelesaikan masalah rakyat sekiranya menang.

7.Isu Perkauman
Satu perkara yang menjadi ‘pantang’ bagi calon PSM adalah

menyentuh isu perkauman. Sdr. Arul tidak sekali pun menyentuh isu perkauman atau menjadi opportunist untuk meraih undi. Berlatarbelakangan kebangkitan HINDRAF dan sebagai seorang berbangsa India, Sdr. Arul tidak pernah mengeksplotasi isu ini demi kepentingan peribadinya dan juga tidak cuba menjadi hero kaum India. Sebaliknya, kami terus meletakkan perjuangan kelas sebagai isu utama dan landas perjuangan.
Dan ada banyak lagi perkara yang telah kami tonjolkan sebagai calon sosialis dan yang banyak juga telah kami belajar. Mungkin ada yang tertanya-tanya, jika betul apa yang disebutkan ia atas mengapa PSM kalah di Semenyih? Memang sukar menjawab soalan ini….memang ia juga menimbulkan rasa frustration terutamanya di kalangan mereka yang berkempen secara aktif di Semenyih. Lebih-lebih lagi Sdr. Arul yang memang terkenal dengan kerja akar-umbinya dan penglibatannya dalam perjuangan masyarakat sehingga ke peringkat nasional. Ramai aktivis lain menang …mengapa Arul kalah?
Kami tidak mempunyai jawapan yang tepat tapi apa kami boleh cuba menjawab…..Pertama DUN Semenyih merupakan kawasan luar bandar yang separuh UPUnya adalah kampung tradisi Melayu. Kami gagal meraih undi di sini. Bukan kami saja, keputusan menunjukkan calon PAS juga menghadapi masalah yang sama.

Kedua…kami mendapat tentangan hebat dari PKR di peringkat tempatan yang menganggap kami telah ‘mencuri’ kerusi mereka. Walaupun perkara ini telah dibincang dan diselesaikan secara baik di peringkat atasan kedua-dua parti, di Semenyih perkara ini memang menjadi satu cabaran kepada kami dan pastinya menyebabkan kami kehilangan undi.
Walauapapun, semua ini menjadi ikhtibar kepada kami. Kini, kami meneruskan perjuangan. Pusat Perkhidmatan PSM Semenyih telah beroperasi. Kadang-kadang kami keliru sama ada kami betul-betul kalah, kerana begitu ramai orang yang mengunjungi pusat perkihmatan dan ramai juga yang mencari Sdr. Arul untuk menyelesaikan masalah mereka. Bagi kami…perjuangan berterusan….
No comments:
Post a Comment