ShareThis

Tuesday, May 1, 2012

GELOMBANG MERAH DI KL: PEKERJA MENUNTUT PERUBAHAN!

Tuesday, 01 May 2012

Para pekerja berarak dari Pasar Seni ke Menara Maybank
1 Mei, KL – Pada hari ini lebih kurang 3000 warga pekerja berkumpul untuk meraikan Mei 1 – Hari Pekerja Antarabangsa. Selepas 3 hari Perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan, Perhimpunan Mei 1 berjalan lancar dan teratur – satu bukti perhimpunan boleh diadakan secara aman jika pihak polis memberi kerjasama dan bertindak neutral.

Perhimpunan Mei 1 pada kali ini diadakan dalam suasana meriah. Para pekerja pada mulanya berkumpul di Pasar Seni kemudiannya berjalan menuju ke Menara Maybank. Kebanyakan peserta memakai baju merah, turut membawa belon merah, banner tuntutan pekerja dan melaungkan slogan hak pekerja.







Lebih memeriahkan perhimpunan pada tahun ini adalah penyertaan kesatuan sekerja terutamanya NUBE (Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank) dan beberapa kesatuan lain. Malah, President MTUC turut hadir bersama. Perhimpunan Mei 1 ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Mei 1 yang dianggotai oleh kumpulan seperti JERIT, SUARAM, Sahabat Wanita, Women’s Aid Organisation, DEMA, SABM, dan parti politik seperti PSM dan PRM. Ini adalah satu perkembangan yang baik yang dicapai , hasil daripada inisiatif JERIT yang mengkoordinasi Jaringan Pekerja Malaysia yang membawa bersama NGO dan Kesatuan Sekerja untuk memperjuangkan hak kaum pekerja. Penyatuan kesatuan sekerja bersama kumpulan masyarakat dan NGO sudah tentu akan mengukuhkan perjuangan kelas pekerja di negara ini.


Di dataran Menara Maybank, para pekerja yang berkumpul sebulat suara menolak gaji minima RM900 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib. ‘Kami tidak mahu sedekah – Kami mahu Gaji Saksama’ antara kata-kata para pekerja yang hadir. Mereka cukup kecewa kerajaan tunduk kepada para majikan dan Bank Dunia dan tidak mendengar keluhan dan rintihan hidup pekerja di negara ini.

Satu lagi isu yang menjadi tumpuan adalah pemangsaan kesatuan sekerja. Pemimpin dan ahli kesatuan sekerja terus menjadi mangsa majikan yang melihat mereka sebagai satu ancaman. Tindakan majikan seperti Guppy Plastic dan Maybank memecat pemimpin kesatuan apabila mereka menuntut dan memperjuangkan hak pekerja. Wakil pemimpin yang dimangsakan oleh majikan mereka, Sdri. Koyilvani (Guppy Plastic) dan Sdr. Solomon (NUBE) mengecam tindakan majikan yang tidak menghormati semangat keharmonian. Mereka juga turut menegur Menteri Sumber Manusia yang sering bersekongkol dengan majikan dalam merampas hak pekerja.


Satu drama mengenai sejarah Hari Buruh dipersembahkan hasil gandingan NUBE dan JERIT. Drama ini menceritakan kesignifikanan Mei 1 – perjuangan pekerja lebih kurang 146 tahun dahulu menuntut 8 jam kerja dan 1 hari cuti. Hasil kejayaan perjuangan ini 1 Mei diisytiharkan cuti umum.

Perhimpunan Mei 1 turut dimeriahkan oleh kumpulan Bangra (NUBE), kumpulan muzik OCCUPY DATARAN dan Drummers Circle (PJ) yang pada awalnya mengiring perarakan dari Pasar Seni ke Menara Maybank dan kemudiannya membuat satu persembahan yang bersemangat.


Perhimpunan Mei 1 berakhir dengan penuh semangat. Panas matahari yang terik tidak menghalang para pekerja kerana mereka sentiasa berhadapan dengan keadaan kerja yang sukar. Wakil para pekerja membacakan Deklarasi Mei 1 yang mengutarakan 14 tuntutan pekerja dan rakyat Malaysia. Deklarasi ini disokong oleh 58 buah organisasi.


Selepas Perhimpunan Mei 1 berakhir, NUBE meneruskan piket membantah tindakan Maybank yang memecat dua orang pemimpin kesatuan. Piket yang turut disertai oleh pekerja lain berjalan dengan cukup bersemangat dengan ucapan dan lagu-lagu.

Semoga semangat perjuangan dan penyatuan kelas pekerja akan bertambah kukuh dalam melawan para majikan dan kerajaan kapitalis yang terus menindas warga pekerja demi keuntungan.


Sekretariat JERIT

1 Mei 2012



MAYDAY ! MAYDAY ! Najib out to hoodwink workes on minimum wage !


PRESS STATEMENT 1 MEI 2012:


MAYDAY! MAYDAY!

NAJIB OUT TO HOODWINK WORKERS ON MINIMUM WAGE!

Najib’s workers day announcement on minimum wage was a cunning election announcement to make the workers happy and not to make the employers worried. The workers were promised minimum wage which they are not going to see perhaps for the next one year or more and the employers get leeway not to implement this one year or so. In short it was a hollow announcement – a win win for Najib and a lose lose for workers.

Firstly the minimum wage announced for Peninsular has been set at RM900 while for East Malaysia; Sabah and Sarawak and Labuan, it was set at RM800. The poverty line of Peninsular is RM 764 whereas in Sabah it is RM 1048 and Sarawak RM912. How can then, the Peninsular get a higher minimum wage compared to East Malaysia. This is not only discrimination but sheer illogic. It seems the implementation of the minimum wage is not to overcome income disparity but rather widen the gap between Peninsular and East Malaysia

Secondly, the amount announced by the Government is also way below the minimum wage proposed by JERIT and PSM which is RM1,500. We have previously argued why RM 1,500 is reasonable and affordable. We have also proposed that the Government give subsidies to SME companies to help them pay the workers a minimum wage. PSM has also argued that the Malaysian economy will be able to absorb a minimum wage of RM 1,500 and it will boast the economy when workers have higher purchasing power.

The third most alarming feature of this announcement is that there is no actual time set to implement this minimum wage policy. With Najib’s constant flip flopping, we would never see the daylight for this policy. Firstly Najib talks about that the rates will take effect six months from the date the Minimum Wage Order is gazetted, which we do not know when. Next, small enterprises are given another 6 months (1 year) to give them the space and opportunity. He then goes on to give the bosses all the excuses they need for implementing by saying “The Government is providing a flexible implementation mechanism so those who are really unable to implement the minimum wage can appeal for an extension.” This means it is going to take such a long time before we actually see the implementation of the minimum wage in practice. This is delaying tactics.

For the record, In January last year, the Labour Department director-general Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohammed announced that more than 100,000 security guards nationwide were expected to get a RM700 minimum wage by the end of January 2011. This is yet to be implemented and there does not seem to be any enforcement. Therefore, workers and MTUC who welcomed this new announcement can dream on that it will be implemented soon.

The fourth worrying aspect of this popular announcement was Najib’s statement that the Government is also prepared a mechanism where some allowances or fixed cash payments are allowed to be absorbed in the calculation for minimum wage. This proposal seems to be in line with the wishes of the bosses who wanted to absorb some benefits into the minimum wage package.

At the end of the day, the Najib Government’s game plan is to delay the implementation of the minimum wage without taking away the feel good factor. Najib hopes the feel good factor will be able to carry him forward. As long as workers do not have their pockets and stomach full, all this desire of implementing a minimum wage is just a satire for the election.

Until and unless this minimum wage is implemented immediately, PSM would like to call this a bluff. The struggle for a decent wage and quality life for the working class will continue.

Najib, you can hoodwink people some time but not all the time. May the workers really feel good some day. Happy Workers Day!


Released by,

S.Arutchelvan

Secretary General










Monday, April 30, 2012

Mesyuarat Penuh Ahli Majlis - Saranan Sdr Arul diterima

Cadangan MPP zon 18 untuk meminta pihak Kontrakter sampah mendapat tandatangan Persatuan Penduduk setiap kali mereka telah menghabiskan kerja pembersihan awam telah mendapat persetujuan Majlis yang setuju akan membuat percubaan di beberapa lokasi.

Soalan lain adalah seperti berikut


USUL, UCAPAN PENANGGUHAN DAN PERSOALAN UNTUK DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT PENUH AHLI MAJLIS ATAU MESYUARAT PEMANTAUAN ADUAN BAGI BULAN MAC 2012 – MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

 1.         Pembersihan Awam di kawasan Taman Perumahan 
  • Bolehkah satu polisi atau garispanduan dimasukkan dalam tugasan Kontrakter supaya mereka mendapat tandatangan wakil JK penduduk atau Persatuan Penduduk atau wakil MPP Taman setiap kali mereka menghabiskan kerja memotong rumput dan mengorek longkang.
  • Dengan cara ini boleh memastikan kerja-kerja ini dapat dipantau dan dilaksanakan sebulan sekali 
2.         Sub Kontrakter Sampah 
  • Walaupun MPKJ sudah mengambilalih dari Alam Flora tetapi masalah dan budaya sub-kontracting masih berleluasa.
  • Memandangkan amalan ini masih berlaku, bolehkah satu tindakan drastic diambil dimana pihak yang membuat subkontrak diberi kontrak secara automatik memandangkan mereka mempunyai alatan dan pekerja padahal kontrakter sebenar tidak mempunyainya. Dengan cara ini membolehkan kualiti kerja dapat meningkat dan pihak yang benar-benar membuat kerja mendapat ganjaran yang sepatutnya. 
3.         Banjir Kilat di Kajang 
  • Banjir kilat yang berlaku di Bandar Kajang berlaku dengan cepat dan tanpa amaran
  • Bolehkah satu mekanisma amaran dapat dilaksanakan supaya dapat memberi amaran awal kepada penghuni dan pengunjung di Bandar Kajang.
  • Apakah punca sebenar banjir kilat yang berlaku tempoh hari di Bandar Kajang.  
4.         Cadangan Penyelenggaran atau 1 cukai untuk pangsapuri Kos rendah  
·         Semasa Kongres Flat Kos rendah anjuran JERIT di Petaling Jaya pada 25hb. Mac 2012, adalah diberitahu bahawa MPKJ sepatutnya menghantar satu kertas projek kepada pihak kerajaan Negeri untuk dibincangkan cadangan dimana PBT mengambilaih penyelenggaran.
·         Adakah MPKJ sudah menghantar laporan kepada Kerajaan Negeri untuk dibincangkan  dan apakah maklumbalas ? 

Soalan diutarakan Oleh : 
Arutchelvan A/l Subramaniams (No telepon 019-2537791)
Ahli Majlis - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2012/2013




Mesyuarat Majlis Bulan April 2012

Kehadiran ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

Saturday, April 28, 2012

BERSIH































Lebih 100,000 ribu membanjiri Kuala Lumpur menuntut pilihanraya adil dan bebas. Gelombong kuning memberi amaran kuat kepada kerajaan. Saya mengetuai ribuan penyokong dari Brickfields  menuju ke Pasar Seni dan kemudian ke Dataran Merdeka.

Sehari Sebelum BERSIH3

Notis DBKL dataran Ditutup

ribuan sudah berhimpun

Dataran Merdeka dipenjara

Pengayuh basikal dah sampai dataran

Occupy Dataran masuk hari ke 14

masih didalam Dataran sebelum diusir

Tengahmalam menjelang BERSIH3

Polis Menjaga Dataran Polis (Merdeka)

Semangat Kuning

Tengahmalam 27 April 2012 di Dataran Merdeka
Sehari sebelum BERSIH 3 pada malam 27hb. April 2012 memperlihatkan rakyat sudah bersedia. Mereka berdiri disekitar Dataran Merdeka yang dikepung dengan bariket dan barbwire. Occupy dataran masuk hari ke 14 sebelum mereka diusir keluar. Lebih 3,000 orang sudah mula berdiri dekat dataran....menanti BERSIH 3