ShareThis

Sunday, September 4, 2011

Evaluasi PSM Semenyih yang ke -3 - PSM bertanding Guna LOGO SENDIRI !

4/9/2011

Hari PSM Semenyih telah mengadakan Evaluasi PSM Semenyih yang ke-3. Tahun ini sesi evaluasi hanya diadakan untuk satu hari sahaja dan diadakan di Pejabat PSM Semenyih di Bdr. Rinching.

Seramai 12 ahli yang mengambil bahagian dalam sesi Evaluasi ini, telah membincangkan mengenai kekuatan serta kelemahan yang perlu diatasi di Cawangan PSM Semenyih. Sesi evaluasi ini juga telah menampakkan ramai ahli semakin memahami serta sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan semata-mata untuk meneruskan perjuangan rakyat.

Satu perkara penting yang dibincangkan adalah mengenai pilihanraya PSM ke 13. Cawangan PSM Semenyih secara sebulat suara telah bersetuju bahawa PSM bertanding di pilihanraya ke 13 dengan logo sendiri.

Selain itu, PSM Semenyih juga telah merancang aktiviti-aktiviti untuk dijalankan dalam satu tahun yang akan datang. Antaranya adalah Malam Salam Perjuangan PSM, Sambutan Hari Habitat, dan lain-lain.

Malah, PSM Semenyih juga telah berazam untuk memantapkan lagi keahlian dalam satu tahun akan datang. Beberapa aktiviti telah dirancang untuk mengaktifkan ahli-ahli yang kurang aktif serta sesi ideologi untuk memperkasakan fahaman serta perjuangan rakyat!

Friday, September 2, 2011

Polis kacau ahli PSM lagi...sekarang kes hasutan pulak !




Siasatan polis mengenai kes hasutan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih berterusan dengan sembilan daripada ahlinya dipanggil untuk tampil memberikan kenyataan polis sekali lagi.
Mereka yang diminta berbuat demikian, termasuk lima daripada enam ahli yang baru-baru ini dibebaskan daripada Ordinan Darurat (EO). Mereka dikehendaki merakamkan kenyataan di ibu pejabat polis daerah Arau, Perlis, Isnin depan.
Bercakap pada sidang akhbar bersama di ibu pejabat PSM di Kuala Lumpur hari ini, setiausaha agung PSM S Arulchelvan, ahli parlimen Sungai Siput Dr M Jeyakumar dan peguam N Surendran berkata tindakan polis sebagai satu bentuk gangguan.
"Semua individu ini telah dipanggil untuk disoal siasat, mereka pernah ditahan dan disoal mengenai isu yang sama. Jika anda menyoal mereka sekali lagi, ini adalah penyalahgunaan kuasa dan satu bentuk gangguan oleh pihak polis.
"Ini membimbangkan, kita lihat selepas ditangkap, mereka dikenakan tahanan reman dan kemudian dikurung mengikut Ordinan Darurat. Kini, mereka memasuki fasa kedua mendakwa PSM6 dan beberapa yang lain," kata Surendran.
Surendran yang juga adalah naib presiden PKR mewakili kesembilan-sembilan ahli PSM itu.
Lima daripada PSM6 itu adalah Jeyakumar, M Sukumaran, P Letchumanan, Choo Chon Kai dan R Saraibabu.
Empat anggota lain PSM itu adalah MC Subramane, P Indra, S Thivyakumar dan M Ravindran. Mereka antara ahli PSM yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua pada 25 Jun lalu.
Menurut PSM, siasatan pihak berkuasa itu tidak wajar kerana parti itu percaya ia berkaitan dengan risalah kempen "Udahlah tu, Bersaralah"di mana kesembilan-sembilan mereka telah didakwa di mahkamah.
Risalah itu memperincikan kesan negatif sekiranya BN terus berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.

Wednesday, August 31, 2011

Merayakan Merdeka dengan Penduduk India Bandar Tasik Kesuma













Hari ini saya menjadi tetamu khas satu program anjuran Persatuan Sri Sithi Vinayagar. Program ini dibuat untuk merayakan beberapa program antaranya Hari Merdeka, Hari Ibubapa dan juca mencari dana untuk membina kuil di Taman Tersebut. Turut diadakan acara sukaneka, melukis dan sebagainya. Syabas kepada Jawatankuasa yang ebrjaya mengatur langkah setelah lama tidak aktif. Turut hadir adalah Encik Mathuraveeran dari Hindu Sangam dan Dr. Selva dari MIC Bandar Rinching.

Monday, August 29, 2011

Selamat hari Raya



MESEJ HARI RAYA AIDIL FITRI dari Arul

Tahun ini hari raya datang bersama dengan hari kemerdekaan negara. Ini juga bermaksud cuti panjang untuk warga Malaysia yang memang telah banyak berkorban untuk negara dan tanahair. Semoga cuti yang panjang ini diguna untuk bersama dengan keluarga tercinta bersama sahabat dan kawan-kawan.

Setiap hari perayaan, kita juga diingatkan tentang kemalangan jalanraya, justeru itu berjagalah. Selain itu, makan-makan perlu berjaga juga memandangkan tahap kesihatan kebanyakan rakyat Malaysia tidak begitu memuaskan dan ini dikaitkan dengan corak permakanan dan gaya hidup rakyat negara yang kurang sempurna.

Dalam suasana kita merayakan Hari Raya dan ulangtahun kemerdekaan, kita harus berterimakasih kepada kaum pekerja dan kaum tani yang telah banyak menyumbang dari segi mengeluarkan makanan dan bahan-bahan untuk keperluan harian kita. Pengorbanan mereka harus kita balas bukan dengan hanya memberikan duit raya atau hamper raya. Kehidupan mereka dan keluarga mereka akan lebih berkualiti jika mereka mendapat gaji minima yang adil dan cukup, selain daripada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang baik dari kerajaan yang telus dan tidak boros. Subsidi untuk golongan berpendapatan rendah juga mesti diteruskan.

Akhirkata, semoga kita berehat dan kembali bertenaga selepas cuti raya merdeka ini. Sekali lagi, saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin..


Hidup Rakyat !

S.Arutchelvan

Parti Sosialis Malaysia @ Ahli Majlis MPKJ

Saturday, August 27, 2011

Memorial - Salute to our Socialist Warrior Tan Jing Quee










I had the honour to speak in the Memorial of Jing Quee - a member of the Fajar Generation in Singapore. Among other paying tribute to Jing Quee was Dr. Poh Soh Kai, Syed Husin Ali, Tan Kai Hee,. Dr. Nasir read a poem. Jing Quee daughter May also spoke as well as read some poem written by Jing Quee. 2 books - A Gentle journey and Salute to our socialist warrior was distributed. Jing Quee was one of the person who motivated and kept hope with the PSM and put us in touch with his generations. He was always pricipled till the end. Thank You Jing Quee and his partner - Rose - for all you have done for PSM. We shall soldier the struggle on............

Wednesday, August 17, 2011

Ogos 17 = Betulke Saravanan arahkan DBKL jangan robohkan rumah Bukit Jalil ?






Hari ini Jawatankuasa Ladang Bukit Jalil menyerahkan satu surat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk mengesahkan samada betul atau tidak kenyataan Timbalan Menteri Wilayah Datuk Saravanan di akhbar tamil bahawa beliau telah arahkan rumah bekas pekerja ladang Bukit Jalil tidak akan dirobohkan sehingga mendapat satu penyelesaian yang munasabah. Turut hadir untuk memberi sokongan adalah YB Nurul Izzah.

Tuesday, August 16, 2011

Isu diutarakan dalam Mesyuarat Infra Bulan Ogos 2011

S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791


16 Ogos 2011 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Kejuruteraan,)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ - OGOS 2011

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

i) Bandar Rinching

Bdr.Rinching Sek 1&2(En.Kamal 017-6433497)

• Jalan Taman Sek.1 & 2 banyak berlubang-lubang perlu diturap.
• Lorong-lorong tikus sepanjang jalan utama ke taman perlu disekat dan yang sedia ada perlu dirobohkan.

Bdr.Rinching Sek.4 (En.Subramaniam – 012- 610 1863)

• Jalan di 4/1 & 4/3 rosak perlu dibaiki
• Minta bonggol di jalan 4/6,4/13,4/7 dan 4/4.

ii. Taman Pelangi Semenyih (En.Nor Azlani – 012 810 4130)

• sebanyak 6 tiang lampu tidak menyala di taman permainan jln TPS 4/5(aduan lama)
• saluran pepentung tersumbat di rumah no 27,jln 4/5

iii. Kampung Sentosa (En.Khairuddin – 0193939204)

• melebarkan Jalan Bunga Raya 6,Kpg Sentosa
• taman permainan dinaikkan taraf kepada gelanggang Futsal
• longkang masih tersumbat dan menyebabkan banjir kilat .


iv.Taman Tasik Semenyih ( En.Ahmad Wasfi – 013 -6790496)


• mohon papantanda Taman Tasik Semenyih dipasang di jalan utama persimpangan masuk ke Taman Tasik Semenyih dan Broga.
• Mohon lampu limpah untuk kegunaan court badminton di Jalan 6.

v.Taman Manickavasagam.(En.Surenthiran- 016 3152696)


• jalan 5 banyak rosak
• longkang pecah dan runtuh di jalan 1 disekeling dan tepi rumah.
• Mohon gelanggang futsal
• Minta buat bonggol di jalan utama manickavasagam,jalan 1,2.4 dan 59seperti di lakaran).

vi. Taman Damai Indah,Kajang.(En.Sarawenan-016-3659337)


• longkang di belakang rumah di no.37.jalan Damai Indah,jiran telah buat sekatan dan menyebabkan air tertakung dan tidak dapat mengalir menyebabkan bau busuk dan lalat.

Vii .Pangsapuri Baiduri,Bandar Kesuma (En.Sivan-017-2104297)

• mohon bonggol di jalan masuk ke blok X
• longkang di blok X ditimbus tanah
• jalan belakang blok X tiada lampu


Sekian Terima Kasih

Yang benar



S.Arutchelvan
Ahli Majlis