ShareThis

Saturday, August 21, 2010

18-8-10 Bekas Pekerja Bukit Jelutong masih menunggu rumah yang dijanji




Hari ini satu mesyuarat telah diadakan di Dewan Glenmarie untuk membincangkan nasib pekerja ladang bukit Jelutong yang masih menanti rumah untuk dibina. Mesyuarat ini dhadiri oleh saya dan Sdr. V.Selvam. Mesayauart juga membincangkan tentang rundingan yang baru diadakan dimana penduduk diberi 2 pilihan untuk memiliki rumah oleh pihak Sime Darby. Penduduk akan membincang dua pilihan ini sebelum membuat satu pilihan yang baik.

18 Ogos Mesyuarat Infra - isu 5 kawasan diutarakan

Hari ini, saya telah mengutarakan masalah dari 5 tempat di kawasan Semenyih dan Kajang

S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791


18 Ogos 2010 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Kejuruteraan,)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ BAGI OGOS 2010


Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

i) Bandar Tasik Kesuma

1. Bandar Tasik Kesuma
- banyak lampu jalan tidak bernyala terutama di Jalan utama dan Fasa 1M
- Papan tanda jalan rosak dan ada yang hilang
- Tanah berlonggok di dalam longkang di roundabout menuju Fasa 1M

ii) Desa Kenanga

- Isu air masih tiada dialog Longkang besar berpecah di AG6, Jalan Kenanga3. Kontraktor tidak datang membersih longkang setiap bulan
- Diminta sediakan satu papan tanda: jangan membuang sampah’ di Jalan Kenanga 3

iii) Kg Sirih
- Ada tiang lampu (KSS5/F2) tetapi tiada lampu, di hadapan kuil
- Ada banyak tanah di sekeliling kampung yang terbiar dan semak samun menyebabkan keliaran binatang seperti ular dan biawak
Perlu pondok telefon awam di hadapan kuil


iv) Taman West Country


Beberapa kemudahan dan isu keselamatan amat diperlukan di Jalan Utama di luar Taman ini iaitu di jalan Kajang ke Bangi
 Penduduk setempat meminta satu perhentian bas di jalan di hadapan Stesyen Shell dan juga meminta ada penutup longkang di kawasan dimana bas menurunkan penumpang kerana langsung tidak ada ruang ada ada bahaya penumpang bas apabila turun terjatuh kedalam longkang.
 Meminta traverse Bar atau bonggol untuk memperlahankan kenderaan supaya orang dapat menyeberang jalan ini di kedua-dua belah jalan masuk ke taman West Country
 Meminta lampu di simpang masuk ke Taman West Country

v) Bandar Rinching Seksyen 5

 Jalan persiaran masuk mendap dan berlubang-lubang


Sekian Terima Kasih


S.Arutchelvan
Ahli Majlis

17-8-2010 Banjir lagi di Taman Sg. Jelok






Hari ini saya telah mengadakan satu sidang akhbar tergempar di Taman Sg. Jelok setelah banjir berlumpur memasuki 4 rumah setelah hujan lebat. Keadaan menjadi lebih teruk ekoran kerja-kerja kontrakter memasang paip dikawasan tersebut. Selain itu, saya juga mempersalahkan pihak JKR yang masih belum membina longkang walaupun isu ini telah diutarakan sejak tahun 2008. Sebenarnya satu bahagian Jalan Sg. Jelok tidak mempunyai sistem perparitan walaupun ia adalah spesifikasi umum bahawa mesti ada perparitan di dua belah jalan tersebut.

Penduduk disana cukup marah kerana isu mereka masih belum siap. Saya juga telah utarakan isu ini kepada pihak-pihak yang relewan utnuk bertindak cepat

16 Ogos 2010 8 isu diutarakan dalam mesyuarat Khidmat Masyarakat

Hari ini, saya telah mengutarakan 8 isu dalam Mesyuaurat Khidmat masyarakat, MPKJ seperti dibawah

S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791


16 Ogos 2010 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Khidmat Masyarakat dan Kesihatan)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PERKHIDMATAN BANDAR MPKJ BAGI OGOS 2010

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

1. Pelangi Semenyih
• Anjing liar terdapat dikawasan fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih. Mohon ambil tindakan.
• Mohon pokok bunga di padang utama jalan 4/5.

2. Taman Tasik Semenyih
• Mohon trim pokok condong, patah di sepanjang Taman di jalan Utama.
• Mohon adakan forging di sekitar taman berikutan terdapat kes denggi dilaporkan.

3. Bandar Rinching
• Longkang dikawasan 1/3 D sehingga 1/2 B tersumbat.mohon ambil tindakan.
• Longkang tidak di bersihkan di seksyen 2, Bandar Rinching.
• Pokok mohon di potong di jalan 4/9.
• Padang bola ditakungi oleh air di Seksyen 4. Mohon tambak kawasan tersebut.
• mohon untuk bersihkan kawasan di tepi padang di jalan masuk utama Sek 6 kerana terdapat lalang dan pokok di kawasan tersebut yang tidak di bersihkan.

4. Taman West country
• 5/11 longkang tersumbat
• Hanya kawasan sekitar padang permainan dan Dewan Permainan sahaja dibersihkan dan longkang dibersihkan
• Rumpat yang dipotong tidak disapu dan diangkut
• Sampah pukal tidak pernah diambil

5. Bandar Tasik Kesuma

• Pasir tidak dibersihkan menyebabkan longkang dari bulatan sehingga Phase 1M tersumbat

6. Desa Kenanga
• Isu Jalan kenanga 3 dimana longkang pecah dan tidak dibersihkan
• Aduan juga bahawa kontrakter tidak datang membersihkan longkang setiap bulan seperti dijadualkan

7. Taman Sri Tanjung

• Memohon untuk mengubahsuai dan penambahan besar gelanggang asal bolatampar dijadikan gelanggang serbaguna untuk sukan futsal, bola tampar, bola jaring dan adminton di padang permainan Fasa 2, berhampiran jalan 12, Taman Sri Tanjung

8. Taman Maju

• Ada sebuah rumah kosong di No 23, 24 lorong 9, Taman Maju 2 dijadikan tempat pengutipan sampah dan kitar semula. Ia menimbulkan bau busuk disekitar kawasan perumahan. Penduduk sekitar berasa takut dengan Tuan Rumah yang menggunakan rumah kosong ini dikatakan berkelakuan seperti samseng.


Sekian Terima Kasih

S.Arutchelvan
Ahli Majlis

14-15 Ogos - Bantahan 24 jam bawah khemah di Pekan Dengkil























Setelah 12 tahun membincangkan isu mereka di dapur, hari ini, dua ratus penghuni flat dan bekas pekerja ladang turun berkhemah di tepi jalanraya di Pekan Dengkil untuk memprotes isu perumahan mereka yang tak selesai selesai. Mereka menuntut rumah ganti selamat dan selesa. Pada awalnya polis memberi 15 minit untuk bersurai. Para penduduk bersedia bermalam di khemah ataupun di lockup. Polis akhirnya membernarkan protes 24 jam ini berterusan.


PROTES 24 JAM PENDUDUK TAMAN PERMATA, DENGKIL KERAJAAN SELANGOR JANJI BERI TANAH
Friday, 20 August 2010

14 & 15 Ogos 2010 : 12 tahun yang lalu, pada tahun 1998, seramai 400 keluarga telah dipindahkan dari Ladang Prang Besar, Sedgeley, Galloway dan Madingley. Mereka ini diusir keluar dari ladang mereka kerana tanah itu diambil oleh kerajaan Malaysia untuk membina Putrajaya.

Masyarakat ladang ini disumbat dalam Flats Taman Permata yang dibina secara tergesa-gesa diatas kawasan paya. Akibatnya, hidup masyarakat ini merana malah taraf hidup mereka telah turun. Sejak mereka pindah ke flats ini, banyak masalah yang dihadapinya, terutama struktur flats yang tidak stabil dan juga paip gas yang berhampiran. Bukan itu sahaja, sistem paip dan sistem kumbahan yang tidak sempurna, serta retakan di flats menyebabkan flats ini tidak sesuai dan selamat untuk diduduki.

Banyak memorandum dan surat telah dihantar kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam masa 12 tahun ini, akan tetapi sehingga kini tiada maklumbalas yang positif. Maka demi untuk mengutarakan isu keadaan flats Taman Permata ini, lebih 150 wakil penduduk flats ini telah berkhemah di jalan utama Dengkil selama 24 jam supaya orang luar dan juga kerajaan melihat isu mereka.

Protes berkhemah ini bermula pada pukul 4petang pada 14 Ogos 2010 dengan ucapan dari wakil Jawatankuasa Penduduk Flats Taman Permata. Sejurus selepas ucapan wakil penduduk , pihak polis telah datang ke kawasan itu dan suruh para penduduk bersurai dalam masa 15 minit. Wakil dari pihak jawatankuasa serta komrad –komrad dari Parti Sosialis Malaysia telah cuba berbincang dengan pihak polis dan memberi kepastian bahawa ketenteraman awam tidak akan dikacau. Ini adalah isu penduduk yang hidup dalam keadaan yang tidak selamat. Selepas beberapa pusingan perbincangan, pihak polis pun tidak menghalang program ini tetapi berada di seberang jalan untuk memantau keadaan.

Pada pukul 5 petang satu sidang akhbar diadakan oleh para penduduk untuk menjelaskan tujuan Protes 24 jam ini. Isu mereka sangat simple, rumah kami tidak selamat, kami hidup merana, maka kami tidak mahu tinggal di sini dan menuntut rumah ganti. Isu utama mereka ialah, masyarakat Flats ini adalah bekas pekerja ladang yang telah lebih 3 generasi berusaha untuk pembangunan negara dengan gaji yang kurang. Kalau kerajaan ada duit untuk membina Putrajaya atas tanah ladang yang mereka menghuni selama 3 generasi kenapa tiada duit untuk membina rumah yang sesuai dan selamat untuk pekerja ladang yang kerja disitu?

Setelah sidang akhbar tamat, team memasak telah mula masak dan team anak muda pula mula membuat banner isu dan tuntutan mereka untuk naikkan di khemah dan di pekan Dengkil.

Pada masa yang sama rakan –rakan seperjuangan dari Ladang Bukit Jalil, Ldang Kamiri, Sg Siput, Bekas pekerja Ladang Brooklands, Bekeas Pekerja Ladang Sungai Tinggi, wakil Kampung Sg. Nipah, Sekretariat JERIT, cawangan PSM dari Semenyih, Kajang, Jelapang, Kota Damansara, Seremban dan Sungai Siput hadir untuk memberi sokongan solidariti untuk penduduk.

Pada lebih kurang pukul 7 malam, ceramah dimulakan dengan wakil ladang Bukit Jalil , diikuti dengan wakil Ladang Kamiri dan juga wakil dari cawangan PSM Jelapang, dalam ucapan Saras ( PSM Jelapang) beliau telah menekankan bahawa isu rakyat susah tidak kira kaum atau bahasa. Semua orang ada masalah kerana masalah ini ialah isu klas iaiatu kelas memerintah menekan klas miskin. Penceramah lain dalam program ini ialah Saudara Ramalingam ( LAdang Sg Rinching, PSM Semenyih), Saudara Ganesan ( Ladang Braemer), Saudari Letchimi ( PSM Kajang) dan Saudara Sivarajan ( bekas penyelaras Ladang Brooklands) dan Saudara Nasir Hashim ( ADUN Kota Damansara dan Pengerusi PSM) yang mengatakan bahawa rakyat harus berjuang apabila ditindas supaya pihak berkuasa mendengar masalah mereka. Beliau menekankan bahawa dalam segala perjuangan untuk hak, PSM akan bersama rakyat. Protes hari pertama diakhiri dengan ucapan Saudari Parames E dari JERIT yang telah menekankan bahawa protes hari ini adalah permulaan untuk perjuangan yang panjang dan sekiranya kita hendak perjuangan ini untuk menang , masyarakat harus bersatu dalam perjuangan.

Protes hari kedua bermula dengan perasaan gembira kerana 4 suratkhabar ada mengeluarkan berita mengenai Protes 24 jam ini. Keadaan ini menjadi lebih baik apabila YB Iskandar, Exco Perumahan Kerajaan Negeri Selangor telah datang melawat para penduduk pada pukul 8.50pagi. Beliau telah mendengar keluhan penduduk dan menerima memorandum. Beliau telah berjanji untuk mengkaji memorandum dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Selepas itu beliau bersama jawatankuasa penduduk telah ke Flats untuk mengetahui isu –isu masyarakat disana dengan lebih dekat lagi. Pada masa yang sama 2 team telah ke Pasar Pagi Dengkil dan Pasar Pagi Salak Tinggi untuk mengedarkan risalah mengenai perjuangan mereka.

Pada pukul 10 pagi, wakil Menteri Besar Selangor , Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Pengerusi Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin YB Dr. Xavier Jayakumar telah hadir ke khemah untuk memberi sokongan perjuangan penduduk dan mengenali dengan dekat isu Flats Taman Permata. Wakil penduduk, Ramadass dan Shanti telah menerangkan isu yang dihadapi mereka di flats Taman Permata. Selepas itu Yb DR Xavier telah memberi ucapan. Dalam ucapan beliau , YB Dr Xavier telah mengatakan keadaan bekas pekerja 4 ladang ini adalah akibat manipulasi kerajaan BN dan MIC pada masa itu. Putrajaya Holdings telah menipu penduduk dengan rumah yang taraf rendah. Yb Xavier telah mengatakan memang betul, flats ini tidak boleh dihuni lagi dan ia mengancam nyawa penduduk. Janji beliau ialah, Kerajaan Selangor akan memberi tanah untuk perumahan baru. Akan tetapi Putrajaya Holdings yang sepatutnya bina rumah baru. Beliau mengatakan bahawa beliau dan kerajaan Selangor akan bersama penduduk Taman Permata dalam perjuangan perumahan mereka. Beliau juga telah mencadangkan bahawa perjuangan penduduk Taman Permata ini harus dibawa ke Putrajaya. Setelah ucapan beliau, para penduduk telah menyerahkan memorandum dan YB Dr Xavier telah ke Flats Taman Permata untuk memeriksanya sendiri. Satu siding akhbar juga telah diadakan.

Setelah lawatan Yb Dr Xavier ini, satu pertandingan melukis yang bertemakan “ Rumah Kami” untuk kanak-kanak telah dijalankan untuk kanak-kanak .Protes diakhiri dengan perarakan dan pacakan papan tanda tuntutan oleh para penduduk di hadapan Blok 3 Taman Permata.

Protes 24 jam ini telah memberi semangat baru kepada penduduk Flats Taman Permata dalam perjuangan untuk perumahan yang selamat dan sesuai. Pada akhir protes penduduk telah membuat keputusan bahwa sekiranya tiada perkembangan positif dalam tuntutan mereka maka pada jangka masa panjang khemah ini akan menjadi tempat tinggal mereka yang tetap.

Hak Perumahan Selamat dan Selesa untuk Semua. Hidup Rakyat.

Dipetik dari jerit.org

9-8-10 Pelancaran Protes membantah penurunan subsidi barangan asas di Kirinci







Walaupun Gabungan PROTS hendak mengedar risalah tentang subsidi, polis terus membuat kacau ganggu. Seramai tiga orang aktivis ditahan tanpa sebab yang menusabah. Namun program ini berjalan juga dan risalah berjaya diedarkan.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama Gabungan PROTES mengusulkan bahawa kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini yang diumumkan pada 16 Julai 2010 adalah langkah tidak bertanggungjawab dan akan membebankan rakyat jelata.
1. Tindakan Kerajaan mengurangkan dan menghapuskan subsidi adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, membebankan golongan rakyat khusunya yang berpendapatan rendah dan tidak dapat menyelesaikan isu pokok yang dihadapi oleh negara.

2. Kerajaan gagal menangani isu rasuah, pemborosan dan pembaziran yang merupakan isu ibu kepada segala masalah yang dihadapi oleh negara dan kini rakyat diminta menyelamatkan situasi yang tidak berpunca daripada mereka tetapi oleh sistem pemerintahan kerajaan yang memerintah menguruskan harta dan kekayaan negara.

3. Tindakan Kerajaan akan menyebabkan jurang pendapatan antara kaya dan miskin terus meningkat. Subsidi AP dan subsidi Industri tidak disentuh manakala subsidi untuk golongan rakyat biasa ditarik balik.Penurunan subsidi akan menyebabkan harga barangan meningkat dan sekaligus menyebabkan kuasa membeli rakyat turun dan taraf hidup turut turun.


4. Pemberian subsidi adalah satu suntikan dan campurtangan positif kerajaan dalam sistem ekonomi pasaran bebas yang hanya bermotifkan keuntungan. Pemberian subsidi kepada golongan memerlukan adalah satu tanggungjawab kerajaan. Tanggungjawab dan beban ini tidak boleh dialihkan kepada rakyat.

5. Alasan yang diberikan oleh kerajaan umpamanya kenaikan harga gula adalah untuk menjaga kesihatan adalah satu alasan yang meleset dan melucukan. Jika itu adalah alasan, maka banyak makanan lain juga perlu dinaikan harga. Kerajaan gagal memberikan satu rasional yang meyakinkan atas tindakan mereka menurunkan subsidi. Jika hasrat kerajaan hanya hendak menjimatkan RM 750 juta, maka wang itu boleh diperolehi oleh banyak sumber lain tanpa menyentuh subsidi kepada golonganrakyat biasa.

Justeru dengan itu, Kempen BANTAH ini membuat tuntutan seperti berikut:
1. Hentikan pembaziran dan pemborosan
2. Selaraskan subsidi bukan dengan menyentuh subsidi yang memberi kesan kepada golongan rakyat biasa tetapi subsidi AP, IPP dan subsidi kepada Industri.
3. Laksanakan Akta Gaji Minima
4. Kekalkan harga barangan seperti pada 1 januari 2010

8-8-10 Kami mahu Bus Stop !






Kami mahu bus stop ! Inilah keluhan yang diluangkan oleh beberapa orang penduduk dari Taman West Country yang mengadakan sesi perbincangan dengan Sdr. S.Arutchelvan - Setiausaha Agung PSM dan Ahli Majlis MPKj. Nampaknya selain dari taiada perhentian bas, tempat itu juga merbahaya kerana ada longkong besar yang merbahaya kepada mereka yang menunggu bas awam. Program anjuran JERIT ini mempertengahkan beberapa isu antaranya adalah jalan persimpangan masuk ke Taman West Country itu merbahaya dan memerlukan bonggol dan lampu jalan. Selain itu, terdapat juga runggutan mengenai pemotongan rumput dan pembersihan longkang yang tidak menyeluruh. Sdr. Arul berkata akan membawa isu ini kepada pengetahuan MPKJ dan akan melawat tempat itu sekali lagi untuk meninjau sejauh mana masalah longkang ini dapat diatasi. Selain itu, penduduk juga mengutarakan isu sosial remaja dan meminta program-program remaja diatur. Adakah dicadangkan satu rumah "melepak" remaja diwujudkan dimana program dan aktiviti yang berguna dapat diatur.