ShareThis

Sunday, April 3, 2016

Melawat Penyokong PSM


Hari ini 3/4/2016, pasukan PSM Semenyih telah melawat beberapa ahli dan penyokong PSM. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara ahli-ahli dan penyokong serta berkongsi perkembangan serta aktiviti terkini, di samping mengedarkan Berita Sosialis. 

Tuesday, March 29, 2016

Mesyuarat Bersama Bekas Pekerja Ladang Denudin dan Semenyih

Hari ini 29/3/2016, satu mesyuarat bersama bekas pekerja Ladang Denudin dan Semenyih telah diadakan di Pejabat PSM Semenyih untuk membincangkan isu-isu perumahan mereka.

Mesyuarat Bersama PSM Dengkil

Pada 29/3/2016, mesyuarat di antara PSM cawangan Dengkil telah diadakan untuk membincangkan isu-isu semasa di kawasan koordinasi PSM Dengkil.

Tuesday, March 22, 2016

Pemberian Bantuan Kewangan (TABUR)


Hari ini 22/3/2016, PSM Semenyih telah memberikan bantuan kewangan dibawah program TABUR kepada keluarga En. Ravi untuk mengurangkan bebanan hutang cukai pintu yang tertunggak. Sumbangan ini telah diberikan oleh Sdr. Arul sebagai wakil PSM Semenyih. 

Mesyuarat Jawatankuasa Kubur Paling Jaya

Hari ini 22/3/2016, Jawatankuasa Kubur Paling Jaya telah mengadakan mesyuarat bersama Sdr. Arul untuk membincangkan berhubung kubur di Paling Jaya.

Thursday, January 7, 2016

Kempen Bantah TPPA di Pasar Malam Paling Jaya, Semenyih.

6 Jan 2016 - PSM Semenyih bersama JERIT telah mengadakan sesi penerangan dan edaran risalah kepada orang ramai mengenai apa itu TPPA (Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik bersama Amerika dan 11 negara lain) dan bagaimana ia membawa kesan buruk kepada rakyat biasa.





Tuesday, January 5, 2016

3 Januari 2016 - Perjumpaan bersama penduduk Flats Taman Kesuma, di Rinching Semenyih