ShareThis

Thursday, January 24, 2013

Diskusi Kiri bincang Akta Gaji Minima


Diskusi Kiri: Gaji Minima RM900 untuk Siapa?

24 Jan 2013, Pustaka Kiri
Sivaranjani JERIT menghujah satu poin utama
20130124_202544
Tetamu jemputan:Penyelaras Jaringan Pekerja Malaysia - Saudari Sivaranjani dan ahli jawatankuasa pusat PSM serta pegawai IR MTUC – Saudara Selvam untuk menjawab soalan-soalan :
  • Berapa ramai majikan yang enggan mahu laksanakan Gaji Minima? Betulke mereka itu tak mampu @ sekadar tamak?
  • Gaji minima sama dengan gaji pokok ke?
  • Berapa ramai majikan yang telah memohon untuk tunda pelaksanaan?
  • Jika saya diberi gaji minima RM900, bolehkah majikan menarik faedah yang diberi sebelumnya seperti tempat tinggal, elaun…?
  • Sebagai pekerja kontrak, layak ke saya menerima gaji minima?
  • Saya tidak akan menerima bonus lagi, jika gaji minima dilaksanakan?
  • Macamana kalau ada CA di antara majikan dan kesatuan, dimana gaji pokok lebih rendah dari RM900?
yimg-1113462184-101-81632352120130124_205153
Macam-macam kekeliruan, macam-macam persoalan – inilah perbincangan yang diadakan bersama 25 orang pekerja migrant, tempatan, ahli kesatuan dan aktivis dari PSM Kajang. Saudara Arutchelvan selaku Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia turut bersama kami. Satu soalan penting yang dibawa dalam perbincangan ialah apakah sentimen pekerja-pekerja tempatan dengan akta gaji minima yang menjanjikan gaji minima yang sama kepada pekerja tempatan dan pekerja migrant. Aktivis kata mesti sama kepada semua; pihak pekerja pula kata RM900 tak cukup – biar pekerja asing dapat RM900, pekerja tempatan mesti diberi lebih e.g. RM1,500! 
Kesimpulan yang dibuat hasil dari perbincangan: sebagai pekerja kita adalah satu kaum dan perlu bersatu untuk memperjuangkan hak kita – musuh kita adalah kapitalis bukan pekerja migran atau Cina, Melayu dan sebagainya. Seperti mana Karl Marx (1824)berkata Workers of the world must unit, we have nothing to loose but the chains.
20130124_205142

7 Feb 2013: JERIT dan PSM akan berjumpa dengan Menteri menuntut penjelasan.

Wednesday, January 23, 2013

PRU KE 13 - JAMUAN BERSAMA PARA PENYOKONG PSM



Hari ini, satu jamuan telah diadakan bersama para penyokong PSM. Seramai lebih kurang 50 penyokong telah dijemput ke jamuan ini. Jamuan ini diadakan untuk menerangkan bahawa PSM akan bertanding di PRU 13 di bawah logo TANGAN.  PSM akan bertanding di empat kawasan menggunakan logo sendiri. Para penyokong yang hadir telah memberi sokongan kepada PSM. Di jamuan ini juga telah dijelaskan mengenai hubungan PSM dengan Pakatan Rakyat.


Sdr. Arul memaklumkan bahawa ketika PRU 12, beliau telah bertanding menggunakan logo PKR kerana ketika itu, PSM masih belum didaftar. Maka, PSM telah meminjam logo PKR. Tetapi kini, selepas 10 tahun perjuangan PSM telah mendapat pendaftaran parti dan logo gengaman tangan akan digunakan ketika PRU 13. Beliau juga menerangkan bahawa kini, ramai orang menggunakan logo ini dan logo tangan semakin popular. Misalnya, ketika kebangkitan rakyat yang diadakan pada 12/1/2013, logo tangan telah digunakan oleh pelbagai pihak dan ia bukanlah sesuatu yang baru.



3 rumah rakyat miskin diselamatkan dari lelong ekoran protes hadapan Maybank


Tindakan memprotes di hadapan Menara maybank , Jalan Tun Perak berjaya menyelamatkan tiga rumah dilelong pada akhir bulan ini.

Atas inisiatif PSM Jelapang, tiga keluarga miskin yang gagal selesaikan hutang perumahan mendapati rumah 3 keluarga diancam lelong. Maybank juga pada awalnya tidak mahu membuat struktur semula.

PSM yang telah melancarkan perang keatas Bank-bank bertindak membuat satu piket. Piket pada awalnya dihalang polis bantuan maybank.
Akhirnya satu mesyuarat berjaya diatur dengan Pihak atasan maybank dan akhirnya tiga orang rakyat miskin berjaya diselamatkan.



Tuesday, January 22, 2013

Penduduk minta tembol dibuka di Jalan 9 Taman Maju

Ada desakan dari penduduk Taman Maju supaya tembok ini dirobohkan dan supaya jalan asal ke Taman Asa Jaya ini dipulihkan kerana ada tembok dibina. Mereka berpendapat dengan adanya jalan asal ke Taman Asa jaya akan mengurangkan trafik di jalan utama Kajang - Seremban. Apa pandangan anda?

Jalan 9 taman maju 


Forum Kebebasan Akademik dan pembodohan Universiti

Satu forum pembebasan Akademik telah diadakan di Dewan perhimpunan Cina Selangor. Program yang sepatutnya menajdi satu debat antara Sharifah dengan Bawani KS tidak terjadi ekoran Sharifah tidak hadir. Program ini dianjur oleh SAMM, KAMI dan INSTEF UIAM. Turut hadir dalam program Prof Dr Aziz Bari dan penganalisis politik, Dr Maszlee Malik.



Bawani anak muda Sosialis yang bernah berkhidmat dengan PSM turut membawa mesej untuk pendidikan percuma. Dewan penuh sesak. ramai yang datang kecewa kerana tidak dapat menyaksikan debat Sharifah Bawani

Monday, January 21, 2013

Kes Ladang Bangi ditunda sekali lagi

 Kes 24 keluarga ladang bangi ditunda kepada 21 Februari 2013 kerana Pemaju Transloyal lewat membalas affidavit jawaban Defenden iaitu penduduk Ladang Bangi. Dalam kes hari ini, Pendaftar kanan diberitahu bahawa kedua pihak cuba menyelesaikan kes ini diluar mahkamah. Penduduk mendesak hak perumahan manakala Pemaju mahu usir mereka keluar.



Sunday, January 20, 2013

Datuk Sri Anwar lawat Semenyih







Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pemimpin PKR dan Ketua Pembangkang hari ini melawat Kampung Baru Semenyih untuk memberi hadiah pertandingan Tarian Naga. Beliau juga sempat memberi ucapan dimana beliau menegaskan bahawa jika PR menang maka harga minyak akan diturunkan pada hari esok.Turut bersama adalah Sdr Arul, Pemimpim PSM dan juga Ahli parlimen Dr. Che Rosli, kepimpinan PKR Encik Lim dan CVigu Ridzuan dan lain-lain orang.