ShareThis

Saturday, October 2, 2010

18 Sept 2010 - Berhari raya di rumah Ahli Perwakilan PSM KL - Basir




Kepimpinan PSM mengunjung ke rumah Pengerusi Ahli Perwakilan PSM Kuala Lumpur Sdr. Basir di Rawang. Program yang penuh meriah ini dihadiri oleh ramai pengunjung. Sdr. Basir juga adalah serang pejuang Peneroka bandar di Kampung Temenggung yang menghadapi masalah pengusiran paksa.

18-9-10 ke Rumah Azlan - berhari raya




Saya bersama SU PSM Semenyih, Sdr. Rajan sempat melawat sejenak ke kenduri Hari Raya Pengerusi Persatuan Penduduk Sek 6 & 7, Pelangi Semenyih iaitu Sdr. Azlan. Juga kami mengambil kesempatan bermesra dengan penduduk setempat di kawasan tersebut.

17 September - Suasana Raya dalam Mesyuarat MPP






Mesyuarat MPP zon 18 memfokus kepada program perayaan Hari Raya yang akan diadakan pada 25 September 2010. Pengerusi program Sdr. Azlan dari persatuan Pelangi Semenyih 6 &7 menjadi Tuan Rumah Perayaan kali ini yang akan diadakan di kelab di Taman Tersebut. Isu berbincang panjang lebar mengenai menu dan budget kerana budget yang ada tidaklah banyak. Selain daripada itu, mesyuarat juga berbincang mengenai Forum Rumah pangsa. Mesyuarat juga diberitahu bahawa banyak isu yang diungkitkan di Taman Pelangi Semenyih dan Taman Sri Tanjung dapat diselesaikan.

16-9-2010 Pustaka Kiri anjur Diskusi Neoliberalism di India






Seorang aktivis kiri dari India, Kannadasan berkongsi pengalaman dengan komrad PSM mengenai isu neo-liberalisma di India dan isu-isu yang melanda gerakan kiri di India. Beliau juga ádalah bekas ahli CPIML (Liberation) sebuah parti kiri beraliran Moaist di India. Perbincangan tersebut di adakan di Pustaka Kiri di Balakong dan merupakan salah satu program berterusan yang dianjurkan oleh PSM Kajang.

Antara isu yang giat dibincangkan adalah kegagalan gerak kiri di India dan cabaran-cabaran dihadapi melawan sistem neo-liberal ini.

15 Sept 2010 - Mesyuarat kedua Gabungan Bantah Pindaan Akta Pekerjaan




Mesyuarat gabungan membantah akta pekerjaan bersidang untuk kali kedua. Mesyuarat kali ini juga membuat perancangan untuk membuat kempen mengedar rísalah setiap har Jumaat bermuda dari 1hb. Oktober 2010. Satu sidang akhbar juga akan diadakan pada hari tersebut. Selain daripada itu, terdapat juga kempen on-line petition. Sila layari http://jerit.org untuk mendapat keterangan lanjut tentang kempen ini.

15-9-10 Berakhirnya sebuah perjuangan - Ladang Sungai Rinching





Isu Ladang Sungai Rinching hampir selesai sepenuhnya apabila Sdr Ramalaingam dan Kanaiyah menerima wang pampasan mereka masing-masing. Pihak pemaju Namm Fatt yang juga pemaju projek Agenda Istimewa memyerahkan cek melalui saya pada mereka. Selain daripada pampasan wang, para bekas pekerja Ladang Sungai Rinching ini telah menerima rumah kos rendah di kawasan sekitar. Setelah 14 tahun, penyerahan cek ini merupakan isu terakhir yang belum selesai sebelum ini. Dengan penyerahan ini, perjuangan pekerja ladang sg. Rinching nampaknya hampir selesai sepenuhnya .

14-9-10 Image merungsingkan di sekolah



Inilah image yang diambil diluar sebuah sekolah dekat Semenyih. Nampaknya sekolah-sekolah kita dibanjiri oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap. Dimanakah masalahnya dan dimanakah silapnya? Adakah anak-anak ini tiada bimbingan ibubapa atau guru? Adakah sistem persekolahan telah mengagalkan mereka atau adakah sistem kemasyarakat kita telah gagal sehingga anak-anak muda boleh berjerumus dalam kumpulan kongsigelap. Namun kongsigelap dan vandalisme tidak boleh dilawan dengan tindakan disiplin dan hukuman. Pihak sekolah sepatutnya mendapatkan kanak-kanak nakal dan jahat untuk membuat mural lukisan di dinding. Ini mungkin boleh memberikan mereka sedikit rasa harga diri terhadap karya mereka.