Mesyuarat gabungan membantah akta pekerjaan bersidang untuk kali kedua. Mesyuarat kali ini juga membuat perancangan untuk membuat kempen mengedar rÃsalah setiap har Jumaat bermuda dari 1hb. Oktober 2010. Satu sidang akhbar juga akan diadakan pada hari tersebut. Selain daripada itu, terdapat juga kempen on-line petition. Sila layari http://jerit.org untuk mendapat keterangan lanjut tentang kempen ini.
ShareThis
Saturday, October 2, 2010
15 Sept 2010 - Mesyuarat kedua Gabungan Bantah Pindaan Akta Pekerjaan
Mesyuarat gabungan membantah akta pekerjaan bersidang untuk kali kedua. Mesyuarat kali ini juga membuat perancangan untuk membuat kempen mengedar rÃsalah setiap har Jumaat bermuda dari 1hb. Oktober 2010. Satu sidang akhbar juga akan diadakan pada hari tersebut. Selain daripada itu, terdapat juga kempen on-line petition. Sila layari http://jerit.org untuk mendapat keterangan lanjut tentang kempen ini.
15-9-10 Berakhirnya sebuah perjuangan - Ladang Sungai Rinching
Isu Ladang Sungai Rinching hampir selesai sepenuhnya apabila Sdr Ramalaingam dan Kanaiyah menerima wang pampasan mereka masing-masing. Pihak pemaju Namm Fatt yang juga pemaju projek Agenda Istimewa memyerahkan cek melalui saya pada mereka. Selain daripada pampasan wang, para bekas pekerja Ladang Sungai Rinching ini telah menerima rumah kos rendah di kawasan sekitar. Setelah 14 tahun, penyerahan cek ini merupakan isu terakhir yang belum selesai sebelum ini. Dengan penyerahan ini, perjuangan pekerja ladang sg. Rinching nampaknya hampir selesai sepenuhnya .
14-9-10 Image merungsingkan di sekolah


Inilah image yang diambil diluar sebuah sekolah dekat Semenyih. Nampaknya sekolah-sekolah kita dibanjiri oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap. Dimanakah masalahnya dan dimanakah silapnya? Adakah anak-anak ini tiada bimbingan ibubapa atau guru? Adakah sistem persekolahan telah mengagalkan mereka atau adakah sistem kemasyarakat kita telah gagal sehingga anak-anak muda boleh berjerumus dalam kumpulan kongsigelap. Namun kongsigelap dan vandalisme tidak boleh dilawan dengan tindakan disiplin dan hukuman. Pihak sekolah sepatutnya mendapatkan kanak-kanak nakal dan jahat untuk membuat mural lukisan di dinding. Ini mungkin boleh memberikan mereka sedikit rasa harga diri terhadap karya mereka.
Tuesday, September 14, 2010
12-9-10 - Pekerja CHG bincang baki 65%
Hari ini satu mesyuarat telah diadakan di Taman West Country dengan beberapa pekerja kilang papan CHG untuk membincang apakah mereka hendak buat kerana hanya mendapat 35% daripada tuntutan mereka ekoran Syarikat mereka muflis.Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menuntut pampasan lebihan dari pihak Kerajaan Persekutuan terutamnya Menteri Sumber Manusia. Sebelum ini, pekerja CHG ada membuat mogok kerja, membuat sekatan jalanraya dan menghantar memorandum kepada mMnteri..
12 September - berehat di Bukit Broga
11 September -10 pasukan sertai pertandingan Futsal
Sempena dengan cuti sekolah dan cuti hari raya, PSM Kajang telah menganjurkan satu pertandingan Futsal. Pertandingan ini disertai oleh 10 pasukan dan Pasukan Taman Delima muncul sebagai johan. Setiap pasukan hanya dikehendaki bayar RM 10 dan pertandingan ini dijalankan dalam penuh semangat kesukanan. Di tengah progran, terdapat juga ucapan yang dibuat oleh Komrad Letchimi tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Pemuda Sosialis dalam perjuangan menuntut hak rakyat tertindas. Saya juga turut memberi ucapan dan memberikan hadiah kepada pemenang, Pertandingan ini diadakan di Batu 10, Cheras. Hadiah pertama cukup menarik - sebuah baju t-shirt dengan slogan sosialis
Sept 2010 - Kerajaan negeri Selangor sumbang 15 ribu untuk Dewan Kuil Semenyih
Hari ini saya memberikan cek bernilai RM 15,000 kepada Pengerusi Kuil Semenyih, Encik Ponnusamy sebagai sumbangan dari kerajaan negeri Selangor untuk pembinaan Dewan orangramai di kawasan tapak Kuil tersebut. Memang satu Dewan orangramai akan membantu pihak kuil dan orang luar menjalankan pelbagai aktiviti sosial untuk kepentingan penduduk tempatan. Saya juga meminta pihak kuil untuk sentiasa transparen dan telus dalam hal kewangan kuil dan para mereka yang menderma harus sentiasa diberitahu bagaimana wang dibelanjakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)