ShareThis

Thursday, September 9, 2010

Wednesday, September 8, 2010

MESEJ HARI RAYA DARI PSM SEMENYIH !

Salam perjuangan! Hari Raya pada tahun ini disambut dalam suasana yang mencabar bagi rakyat Malaysia. Kita terpaksa menyambut hari yang berbahagia ini dengan beban kenaikan harga barang seperti gula, petrol, gas dan sebagainya.

Bukan itu sahaja kita juga berhadapan dengan beberapa cabaran yang besar:


• Ops Sikap dilancarkan semasa musim perayaan untuk mengurangkan kemalangan
jalan raya. Tetapi di Semenyih, tuntutan rakyat untuk pemasangan lampu jalan
di Jalan Semenyih-Beranang langsung tidak diendah hingga kini oleh JKR!
• Subsidi barangan asas yang meringankan beban rakyat ditarik oleh Kerajaan
tetapi subsidi korprat pulak tidak dinaikkan!
• Slogan Satu Malaysia dilaungkan tetapi isu perkauman masih dipermainkan!
• Cukai GST akan dilaksanakan dan memaksa semua rakyat membayar cukai ini.
Padahal hanya 15% rakyat yang mampu membayar cukai pendapatan.
• Para pekerja menuntut Akta Gaji Minima untuk keluar dari kancah kemiskinan
dan hidup lebih selesa. Tetapi Kerajaan pula meminda undang-undang pekerjaan
untuk membolehkan lebih pekerja tetap menjadi pekerja kontrak dan pekerja
senang dibuang kerja. !

Wahai warga Semenyih, Sambutan Hari Raya akan penuh bermakna jika sentimen perkauman ditolak sama sekali.

Kita harus bersikap matang untuk dan tidak termakan dengan jerat perkauman yang digembar-gemburkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka. Kita harus buktikan sistem ‘pecah dan perintah’ sudahpun lapuk dan tidak berkesan bagi negara kita.

Bangkitlah warga Semenyih! Renungkanlah mesej Hari Raya kami ini! INGAT !!! Hanya usaha sepadu kita yang boleh membebaskan rakyat dari belenggu kemiskinan dan perangkap perkauman. Sama-samalah kita memperkasakan kuasa rakyat untuk kesejahteraan bersama.

Selamat menyambut Hari Raya! Maaf Zahir dan Batin ! Berhati-hati di Jalanraya !

Friday, September 3, 2010

1-9-2010 Gabungan bantah Akta Buruh sudah ditubuh




Hari ini atas inisiatif Jaringan rakyat tertindas- JERIT, satu mesyuarat telah diadakan di pejabat PSM Brickfield untuk membentuk satu gabungan dan mengatur langkah untuk menentang habis-habis akta pekerja yang dikatakan paling buruk dalam sejarah Malaysia. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh SUARAM, Empower, WAO, LRC, Majlis Peguan, Persatuan Sahabat Wanita dan beberapa individu yang pakar tentang isu ini.

PSM akan mengadakan kempen menentang akta buruh ini seiring dengan isu penurunan subsidi dan akan adakan ceramah kelompok, kempen dan bantahan secara on-line dan atas jalanraya.

Pekerja Nadi pembangunan Negara. Kini Kerajaan Najib cuba membuat pelbagai undang-undang untuk menyekat pekerja tempatan untuk menarik pelabur asing. Keuntungan didahulukan dan Pekerja boleh pergi mampus. Itulah nampaknya program BN. Jom kita bantah akta ini...bukan sahaja untuk diri kita tetapi kepada jenerasi akan datang

1 September 2010 - Jamin sambung lagi sehingga 1 Oktober 2010




Jamin polis kami kerana berhimpun secara Aman pada 1 Ogos 2010 di PJ disambung balik sehingga 1 Oktober 2010. Ini adalah kali kedua, kami pergi ke balai polis PJ dan diberitahu bahawa mereka masih menunggu arahan dari DPP samada kami akan didakwa atau tidak. Seramai 30 orang termasuk ramai komrad dari PSM dan JERIT telah tertahan semasa program vigil 50 tahun membantah ISA. Selain itu, ada kawan PSM yang turut ditahan di Kota Bharu dan Pulau Piang kerana program yang sama.

kami berhasrat untuk tulis surat dan berkata kami tidak mahu pergi ke balai lagi pada 1 Oktober. Ini membuang masa dan seperti hukuman tidak rasmi. Sekiranya kerajaan nak dakwah kami...dakwa kamilah. kami akan datang terus ke mahkamah untuk membela diri.

31 ogas - Jangan Lupa pejuang-pejuang yang dilupai sejarah rasmi BN




Ramai yang berkata, Malaysia memperolehi kemerdekaan tanpa tumpahan darah dari British. ini adalah satu penipuan. Ribuan rakyat terkorbon untuk mendapat kemerdekaan. MERDEKA DENGAN DARAH. Sejarah sebenar ini sengaja ditutup. Dibawah adalah sedikit pandangan yang ada dalam internet untuk memberikan pandangan yang lain:

" Tarikh 31 Ogos yang disambut saban tahun itu merupakan perayaan berhubung dengan kemerdekaan Malaya dari tangan Inggeris sebagai sebuah Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Perjuangan kemerdekaan bukan bermula dengan perjuangan UMNO menentang Malayan Union pada tahun 1946. Sebenarnya, perjuangan kemerdekaan telah bermula lama sebelum itu, sejak zaman para ulama, pembesar dan pahlawan Melayu yang menentang penjajahan.

Ketika Melaka diserang dan ditawan Portugis pada tahun 1511, muncul Bendahara Tepok yang tampil ke hadapan menentang serangan itu, walaupun tidak berjaya.

Pada abad ke-19 penjajah Inggeris mula bertapak di semenanjung. Penentangan berlaku di Perak, Pahang, Kelantan dan di negeri-negeri lain.

Di Perak, Dato’ Maharajalela memimpin penentangan rakyat terhadap Inggeris. Tentangan itu mencapai kemuncaknya dengan pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak pada 2 November 1875. Dia ditetak oleh Seputum ketika sedang mandi sungai.

Akibatnya, Dato’ Maharajalela dihukum gantung (Dua tahun lalu Sultan dan Kerajaan Perak telah membawa pulang jasad dua orang pahlawan Melayu, Tengku Menteri Ngah Ibrahim Long Jaafar dan Laksamana Muhammad Amin Alang Duakap yang dituduh Inggeris terlibat dalam pembunuhan Birch, dari sebuah perkuburan di pulau Singapura untuk disemadikan di Perak dengan penuh penghormatan).

Di Pahang pula, Dato’ Bahaman telah memimpin gerakan penentangan rakyat terhadap Inggeris. Bersamanya, ialah Tuk Gajah dan Mat Kilau. Di Kelantan pula Tuk Janggut memimpin penentangan rakyat terhadap cubaan Inggeris mahu mengenakan cukai terhadap rakyat.

Kini Dato’ Bendahara, Dato’ Maharajalela, Datuk Bahaman dan Mat Kilau dan Tuk Janggut telah menjadi legenda. Sungguhpun buku-buku sekolah cuma ada menyebut sedikit mengenai mereka, tetapi perjuangan mereka itu dinafikan. Mereka dinafikan daripada menjadi pejuang kemerdekaan negara. Sejarah itu yang cuba dinafikan oleh mereka yang menjadi petualang bangsa.

Di Tanah Melayu, PKM telah muncul sejak sebelum perang lagi. Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Haji Yaakob ditubuhkan pada tahun 1939. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr Burhanuddin al-Helmi dan Ishak Hj Muhammad (Pak Sako) ditubuhkan pada tahun 1945 sebaik sahaja Jepun menyerah kalah.

Sayap pemuda KMM, Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Ahmad Boestamam, sementara sayap wanitanya, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) digerakkan oleh Shamsiah Fakeh.

Ahmad Boestamam, Burhanuddin al-Helmi dan Pak Sako - tokoh nasionalis yang merupakan pejuang tulen kemerdekaan tanah air. Mereka bersama dengan beratus-ratus pejuang lain yang kurang ternama, telah dipenjarakan bertahun-tahun oleh penjajah Inggeris di bawah Undang-undang Darurat, 1948.

Di antara pejuang-pejuang kemerdekaan itu, ramai yang dibunuh, dihukum gantung atas pelbagai tuduhan dan dibuang negeri oleh penjajah Inggeris.

Maharaja Lela dan lima orang rakannya telah digantung di Matang, Taiping. Sultan Abdullah, menteri, laksamana dan syahbandar telah dibuang di kepulauan Seycheles, di Lautan Hindi. Setelah beberapa tahun baru Sultan Abdullah dibenar-kan pulang, itu pun ke Singapura. Lima belas tahun kemudian baru dibenarkan pulang ke Kuala Kangsar.

Namun bagi sesetengah pejuang lain, melarikan diri ke dalam hutan dan meneruskan perjuangan dari sana adalah cuma satu pilihan yang ada. Ada yang terus melarikan diri ke luar negara (seperti Musa Ahmad) untuk mengelakkan diri mereka daripada merengkok bertahun-tahun dalam penjara (seperti apa yang telah dialami oleh Dr Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Abu Bakar Baqir, Cikgu Sabrun, Sutan Djenain dll).

Abdullah CD, Che’ Dat, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan ramai lagi meneruskan perjuangan mereka dengan menyertai gerakan komunis pimpinan Chin Peng (Ong Boon Hua). Chik Degong serta Musa Batu Kurau adalah di antara pejuang Melayu yang ikut sama.

Tun Dr Ismail, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri, dalam ucapan beliau ketika menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 1973 telah menyebutkan bahawa pejuang-pejuang dari golongan kiri perlu diiktiraf.

Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin dan Pak Sako ada menerima ‘sedikit’ pengiktirafan. Namun mereka dan beratus-ratus lagi pemimpin yang tidak ternama terus hidup menderita dan terpinggir. Keluarga mereka juga menderita ketika pejuang-pejuang ini berada dalam tahanan di penjara atau ketika menjadi pelarian (di tanah air sendiri).

Ada pemimpin buruh seperti A. Ganapathy telah duhukum gantung hanya kerana dituduh melibatkan diri dalam perjuangan komunis. Abdullah CD, Che’ Dat, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh malah Chin Peng sendiri dicap sebagai pengganas komunis. Ia merupakan tohmahan yang mudah dibuat, sama seperti tuduhan Bush terhadap pejuang Islam sekarang yang dicap pengganas.

Namun, tidak sesiapa pun yang dapat menafikan bahawa mereka juga berjuang untuk kemerdekaan tanah air mereka sendiri. Memang mereka berjuang dengan mengangkat senjata, tetapi apa yang dapat dibuat apabila Inggeris mengerahkan anak-anak Melayu yang tidak tahu apa-apa itu memburu mereka di dalam hutan, juga dengan senjata?

Pasukan keselamatan seperti polis dan SC dari kalangan anak pribumi ditubuhkan buat menjaga kepentingan Inggeris di negara ini. Mereka menjaga segala pos kawalan, balai dan menjadi pengiring kepada semua tuan-tuan estet bangsa Inggeris.

Namun ketika dalam perjuangan, apabila menghadapi keadaan sebegini apa pilihan yang ada? Sedangkan para pejuang ini terus-terusan dicap sebagai pengganas! Mereka dicap pengganas hanya kerana memperjuangkan kemerdekaan tanah air sendiri!

Di India, Indonesia dan banyak negara lagi, orang-orang komunis bersama-sama dengan pejuang-pejuang lain tetap diingati akan sumbangan dan pengorbanan mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Oleh yang demikian, buku-buku sejarah dan teks sekolah hendaklah tidak diselewengkan fakta dan urutannya dengan membohongi sejarah yang telah terlakar. Para pejuang yang telah menitiskan darah dan air mata demi tanah air tercinta tidak sepatutnya diberikan label dan cop yang berlainan.

Merdeka bukan setakat perjuangan melaungkannya di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra. Ia bukan setakat ucapan Tun Razak atau oleh para pemimpin UMNO yang sebelumnya tidak berani pun menyebutkan perkataan ‘merdeka’. Sebaliknya, ada ramai lagi yang lain, yang dengan sengaja cuba dilupakan.

Thursday, September 2, 2010

30-8-2010 - Bila soalan saya menjadi Kontroversi !

Soalan ke 4 saya dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis telah menimbulkan kontrovesi. Soalan saya berbunyi:
4. Apakah proses dan perlantikan kontrakter dibawah peruntukan MARRIS 2010. Sudah menjadi lumrah kontrakter untuk memberi komisyen apabila menerima kontrak. Ini sudah pasti menjejaskan kerja kerana kos akan dikompromi. Adakah spesifikasi kerja dan bahan binaan yang diguna adalah memadai? Siapakah memantau ini?onsultation mtg

Soalan saya menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan YDP dan beberapa orang Ahli majlis yang berpendapat soalan ini seolah-olah, mengatakan Ahli Majlis, YDP dan Pegawai MPKJ dapat komisyen. Saya mengatakan bahawa itu adalah pandangan saya dan orang lain tidak perlu berasa sensitif dan jika mereka tidak setuju, boleh memberikan pandangana mereka. Walaupun saya katakan menjadi lumrah Kontrakter beri komisyen dan bukan menjadi lumrah Ahli majlis menerima Kontrakter...tetapi soalan ini menjadi sensitif pula.

Soalan saya sebenarnya mengatakan bahawa kontrakter untuk dapatkan kontrak memberikan komisyen. Ini memang satu lumrah. saya sendiri pernah dikunjungi kontrakter yang memberitahu akan memberikan saya 10% dan mereka mengatakan bahawa memang itu adalah sesuatu yang lumrah bagi mereka. Mereka juga mengatakan apabila mengambil satu kerja, mereka sudahpun memasukkan faktor komisyen dan jika tidak, susah untuk dapat kontrak.

Apa lagi yang perlu saya katakan? Ahli Majlis yang tanya mungkin baru tetapi amalan ini adalah satu amalan yang ada sejak zaman BN lagi. Bagi saya, kita sebagai Ahli majlis mesti berani membawa perubahan..bukan saja sekadar bercakap tetapi mengamalkannya.

29-8-2010 Ahli beridelogi lebih penting dari ramai ahli




Hari ini, cawangan Semenyih mengadakan kelas idelogi. PSM amat memberi penekanan kepada kelas idelogi kerana berpendapat ahli yang berkualiti lebih penting dari ahli yang berkuantiti. Kebelakangan ini kita lihat begitu ramai ahli parti lain yang lompat parti. Ini berlaku kerana mereka mereka ini tidak mempunyai idelogi mahupun prinsip perjuangan. Dalam PSM, yang ditekankan adalah ahli yang berprinsip, berani dan selalu turun padang. Selagi ada ahli berprinsip, selagi itu perjuangan sesuatu parti itu menjadi murni dan benar.