ShareThis

Monday, January 25, 2010

8 January - Mesyuarat MPP dan Rancangan 2010





Hari ini, Majlis Perwakilan Penduduk MPP zon 18 telah mengadakan mesyuarat bulanan. Mesyuarat Kali ini turut membincangkan perancangan Tahunan MPP. Setiap zon hanya diperuntukkan RM 15,000 setiap tahun dan justeru itu adalah amat sukar untuk membuat banyak program. namun kita telah mengariskan beberapa aktiviti untuk 6 bulan pertama

PERANCANGAN AKTIVITI ZON 18 BAGI JAN-JUN 2010

Cadangan Aktiviti

Aktiviti Tarikh Tempat Penyelaras Bajet
1. Sukaneka zon 18 Mac 2010 Pdg. Semenyih Karim RM 1,500
2. Tahun Baru Cina zon 18 Feb 2010 Broga Alice RM 1,000
3. Seminar Lalulintas Semenyih Dewan Semenyih Pej Zon RM 500
4. Program Gantung Baner Jan 2010 Semua taman Pej Zon RM 1,600
(16 x RM100)
5. 12 Mesyuarat Bulanan MPP Jan-Jun Pej Penghulu Pej Zon RM 1,200
(6 x RM 200)
6. 6 Program Mesra Rakyat Jan - Jun RA RM 3,000
(6 x RM 500)
7. Sambutan Hari Pekerja zon 18 3-5-2010 Kawasan Industri Beranang Pej Zon RM 500
Jumlah RM 8,800

Taklimat Untuk kepimpinan MPP

1. Bahagian COB mengenai perumahan flat
2. Bahagian Landskap
3. PDRM mengenai jenayah di Semenyih

6-1-2010 Sesi kongsi Pengalaman di Venezuela



Hari ini satu sesi diadakan di Pejabat PSM Kajang di Balakong untuk membolehkan ahli-ahli berbincang perkembangan di Venezuela ekoran lawatan saya kesana. Banyak soalan ditanya dan ramai yang kagum bahawa Venezuela boleh memberikan pendidikan percuma sehingga ke Universiti dan Perubatan Percuma. Inilah perubahan yang akan dinikmati rakyat dibawah pemerintahan Kerajaan Sosialis.

6 Januari - Hantar Memorandum ke Bukit Aman Kes Isai Kumar






Hari ini, PSM mengetahui satu delegasi ke Bukit Aman untuk menyerahkan memorandum menuntut Bukit Aman membuat siasatan terus dalam kes penderaan Isai Kumar- seorang pemandu Limo. Dibawah disertakan memorandum

KES PENYEKSAAN ISAI KUMAR –

BUKIT AMAN MESTI SIASAT KES DAN DAKWA MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB


Kami, yang menandatangani memorandum ini mendesak Ketua Polis Negara membentuk satu Jawatankuasa Khas untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas anggota polis yang terlibat dalam mendera, menyEksa, mencederakan dan menghina Isai Kumar a/l Sathieyananthan .
Kami telah membuat aduan polis di Balai Polis IPK Seremban pada 17.12.09 setelah Ketua Polis Negeri Sembilan dan Timbalannya tidak mahu berjumpa dengan kami untuk mendengar aduan kami. Kami kemudian telah memaklumkan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Daerah Seremban DSP Ramlan bahawa kami mahu siasatan ini dilakukan oleh pihak Bukit Aman.

Pada 17.12.09 peguam mangsa N.Surendran telah menulis kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan meminta pihak Bukit Aman membuat satu pasukan khas untuk menyiasat kes ini. Sehingga pihak Bukit Aman belum memberi maklumblas mengenai permintaan kami. Kami juga mengambil keputusan untuk tidak memberi kenyataan kepada mana-mana bahagian polis yang lain.

Latarbelakang

1. Isai Kumar a/l Sathieyananthan telah ditahan polis untuk siasatan pada 6.12.09 dan kemudian telah direman sehingga 14.12.09 di IPK dan IPD Seremban.

2. Beliau ditahan di Petronas, Pekan Nilai lebih kurang pukul 9.00 pagi dan dibawa ke IPK Seremban bersama kereta LIMOnya bernombor LIMO 2940 W.

3. Setiba di sana, dia telah dibawa ke bilik siasatan tingkat bawah dan dipukul serta ditendang oleh enam orang pegawai polis.

4. Sewaktu itu, seorang polis berpakaian biasa telah menyuruhnya membuka baju dan seluar. Beliau dibogelkan dan selepas itu, dia mengambil gambar kemaluan Isai Kumar.

5. Beliau kemudian telah dipukul sehingga pukul 4 petang dan tidak diberi makan dan minum.

6. Selepas itu, pegawai polis telah membawanya menaiki van polis ke IPD Seremban. Setiba disana, beliau dibawa ke bilik siasatan di tingkat bawah. Sewaktu disana, Isai Kumar telah ditendang di muka oleh Inspektor Sobry. Selain itu, beberapa pegawai polis lain juga memukul dan menendangnya. Makanan dan minuman tidak diberi dan dia terus dihantar ke lokap nombor 13.

7. Keesokan hari 7.12.09, Isai Kumar dibawa ke mahkamah dan telah diberi reman 4 hari. Selepas itu beliau dibawa balik ke IPD Seremban pada pukul 1 petang untuk memberi statement. Insp Sobry telah mengambil statementnya. Sebelum mengambil statement, Insp Sobry telah mengaku tuduhan terhadap Isai Kumar adalah palsu dan dia sendiri mengaku repot pengadu tidak sahih. Selepas mengambil statement Isai Kumar dibawa ke lokap.

8. Pada 10.12.09, Isai Kumar dibawa ke mahkamah sekali lagi dan remannya disambung 6 hari. Sebelum pergi ke mahkamah Insp Sobry telah mengarah, supaya tidak bercakap dengan Majistret semasa mengambil reman di mahkamah.

9. Beliau terus dibawa balik ke lokap IPD Seremban. Semasa di lokap, Isai Kumar dibawa ke bilik siasatan D7 Korporal bergari belakang dan dipaksa duduk berlutut dengan paip PVC yang diletak di belakang lututnya. Di sana beliau mendapati pengadu yang membuat repot palsu terhadapnya berada di dalam bilik siasatan. Di dalam bilik tersebut terdapat seorang polis perempuan dan tujuh orang polis lelaki.

10. Di situ Isai Kumar disoal dan semua jawapan yang berinya tidak diterima dan dipukul bertubi-tubi. Pengadu telah berbohong berkali-kali dan Isai Kumar menyangkah segala tuduhannya. Apabila beliau membantah, dia akan terus dipukul dengan paip PVC dan paip getah yang tidak berlubang ditengah.

11. Polis perempuan yang berada di bilik tersebut, telah memegang rambutnya dan menampar berkali-kali. Selepas itu, dia menendang dada Isai Kumar menggunakan lututnya dan beliau terus terbaring ke lantai. Pegawai polis perempuan itu, duduk di atas dadanya dan memasukkan kasut yang dipakainya ke dalam mulut Isai Kumar. Dia memaksa kasut itu kedalam mulutnya. Isai Kumar boleh rasa kasut itu sudah sampai ke tekaknya.

12. Sewaktu itu, pegawai polis tersebut mengatakan, mengapa Isai Kumar perlu jumpa pengadu kerana dia (pegawai polis) lebih cantik dan dia cuba menanggalkan tudung dan bajunya.

13. Dia juga memaki hamun dengan perkataan lucah keluarga Isai Kumar. Selepas itu, pegawai polis perempuan dan pengadu keluar bilik. Lebih kurang 15 min kemudian, pegawai polis perempuan tersebut datang balik ke bilik Korporal D7 dan terus mengoncang kepala Isai Kumar dengan memegang rambut dan mengatakan pengadu itu membuat laporan palsu terhadapnya. Selepas itu, kesemua pegawai polis yang berada di dalam bilik tersebut terus mengatakan pengadu itu membuat laporan palsu.

14. Kemudian Isai Kumar, dibawa masuk ke lokap semula. Di sana beliau tidak dapat menahan sakit badan dan mendapat demam selsema. Beliau telah meminta ubat, tetapi tidak diberi. Pegawai yang bertugas mengatakan lokap tidak mempunyai panadol atau ubat demam. Semasa dibebaskan dari lokap, Isai Kumar ternampak nombor plet kereta polis perempuan itu iaitu Proton Waja No. MAS 6043.

15. Pada 11.12.09, Isai Kumar masih demam tetapi masih tidak diberi ubat. Beliau diberi makan, kari ikan. Selepas itu, seorang banduan di lokap itu mengatakan ikan tersebut telah basi. Isai Kumar terpaksa muntah. Beliau tidak diberi makanan lagi walaupun makanan yang diberi itu sudah basi. Pada waktu malam, Isai Kumar telah diberi ubat KK tiga biji kerana masih demam.

16. Sepanjang di lokap, makanan yang diberi tidak mencukupi kerana di dalam lokap no 13 terdapat 7 orang. Roti yang diberi untuk sarapan pagi hanyalah 3 bungkus sahaja. Semasa mengambil statement, pegawai polis menggunakan kata-kata kesat dan lucah terhadap Isai Kumar.


Setelah beliau dibebaskan, pihak polis telah memberikan satu surat bertarikh, nombor rujukan yang ditandatangani oleh Insp Ahmad Sobri yang dengan jelas dan nyata mengatakan bahawa Isaikumar TIDAK BERSALAH!. Ini dengan ini jelas bahawa mangsa kini telah dibebaskan dari semua tuduhan setelah polis sendiri mengakui siasatan habis.

Pada 17th December 2009, Isai Kumar bersama peguam dan keluarganya telah dilarang memasuki IPK Negeri Sembilan untuk membuat aduan keganasan polis semasa menahannya. Mereka telah dilarang berjumpa dengan Timbalan Ketua Polis Negeri mengenai kes serius ini. Pintu gate utama telah ditutup di IPK dan Mangsa diminta membuat aduan polis yang kemudiannya mangsa membuat aduan polis. Beliau kemudian telah pergi ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.


Penutup
Kami telah mengenalpasti tidak kurang daripada 23 insiden dimana polis telah salahguna kuasa dan tindakan-tindakan polis juga berunsur jenayah dan kami percaya mereka yang bertanggungjawab boleh didakwa.
Polis juga cuba membuat siasatan berunsur penderaan dan menggunakan cara menyeksa, tidak profesional, tidak senonoh, ugutan secara jenayah untuk memaksa mangsa mengakui satu kesalahan yang tidak pernah dibuatnya.

Tuntutan:
1. Dalam keadaan kita tidak mempunyai Badan Bebas dan berkecuali untuk menyiasat salahguna kuasa polis, kami mendesak pihak Bukit Aman membentuk pasukan khas untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggugnjawab.

2. Kami juga berpendirian bahawa pihak IPD Seremban dan IPK Negeri Sembilan tidak mengetuai siasatan kerana kami berpendapat keadilan akan dikompromi.

3. Kami juga mendesak supaya mereka yang terlibat dalam penderaan ini digantung kerja atau diberi tugasan lain sehingga siasatan tamat.

4. Kami berharap pihak PDRM memastikan ada CCTV di tempat siasatan dan bukan sahaja di lockup dan ia boleh dipantau oleh polis yang berpangkat tinggi.

5. Polis juga sentiasa mesti mematuhi prinsip”siasat dulu sebelum tangkap” dan bukan “tangkap dulu dan baru siasat”. Ini akan menyebabkan polis mempunyai tendency untuk memaksa pengakuan daripada OKT daripada menjalankan siasatan lanjut untuk mencari kebenaran.


PARTI SOSIALIS MALAYSIA (CAWANGAN SEREMBAN)
1273, TINGKAT 2, JALAN RASAH, 70300 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN


Disokong oleh:

1. PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM)
2. MAJLIS KEPIMPINAN PARTI KEADILAN RAKYAT
3. HUMAN RIGHTS PARTY (HRP)
4. JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT)
5. SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM)
6. DEMOCRATIC ACTION PARTY (DAP)

Sambutan 2010 bersama Ahli PSM Kajang








PSM Cawangan Kajang telah merayakan Tahun baru 2010 bersama Ahli PSM dimana ia turut dihadiri oleh anak-anak mereka. Yang menarik adalah anak muda mendendangkan muzik dengan bahan-bahan kreatif, golongan lelaki dihantar ke dapur untuk masuk manakala yang wanita membincangkan isu GST dan berlakun dalam satu sketsa.

Selamat Tahun Baru 2010


With Our Eyes Open And Our Fist Clenched, We Will Face 2010


2009 ended with a slide. Malaysia recorded a historical 56 position in the corruption index’s, its worst performance. And to prove the point, we had 2 gigantic aircraft engine disappearing from one of the most secure places in the country – the Sungai Besi air base. Now it is increasingly becoming difficult to spot which is the worst corruption case – PKFZ, the disappearing engines, the disappearing people, VK Lingam and list goes on.

The last week also saw yet another bas accident claiming ten lives and it tells us a lot about our enforcement, our commitment to cherish life. This incident is not in isolation, not to mention the deaths of school children from a newly constructed hanging bridge in Kampar. And what about death in custody – the death of Kugan and the death of Teoh Beng Hock. Will those responsible will ever be prosecute.

Last year, we also saw how the BN cannot tolerate opposition control in some states. We saw how Najib led coup grabbed democracy in Perak. Now Najib has said that he wants Selangor. BN with its controlled media, police troopers, MACC and EC looks set to further create instability in the remaining state under Pakatan control. The unreformed Malaysian police continue to attack freedom of assemble and freedom of expression.

2009 also saw the change of guard in BN. Like all previous new Prime Ministers, Najib Tun Razak who came to power this year had new slogans, new goals (KPIs) and new reforms. He talks about 1Malaysia, he wants to hand out citizenship and says he is against racism. In his backyard, the UMNO boys continue to instigate racial tensions. The severed cow’s head protest is one instance. The UMNO media arm- UTUSAN continue to create hatred among the races.

Najib continues what he calls reforms and that people come first. One of the biggest reform- The ISA will remain with amendments because all parties according to Hishamuddin wanted the ISA to stay. IT seems Hishamuddin did not reflect well on the 1st. August rally when more than 40 thousands people came to the streets to call for the repeal of the ISA while ten people gathered to support it. Other reforms continue to be in the laughing stock like The Lingam no case issue and this once against puts our judiciary in question and the so called judicial reform which the PM is talking about.

What did we expect from Najib. Old wine served in a new mug. Capitalism strives under Najib when more neo-liberal policies are introduced. The GST is yet another capitalist solution to rob from the poor and give it to the rich. Najib though has given an impression that his policies are people’s first yet these policies are right wing policies to protect the interest of capital. Najib has further reduced corporate tax, introduce further neo-liberal initiatives, opened the marker more, promote health tourism and moving to introduce GST.

In the International front, we see how the Copenhagen climate summit ended with a sham, we saw how massacre took place in Sri Lanka, we saw US continues leadership in the
war in Afganistan and supporting the coup in Honduras. The economic crisis and the climate crisis proves that capitalism is taking the world no-where. It is time for change. As Hugo Chavez said in Copenhagen recently , “… the only possible and viable alternative is socialism.:let’s change the system! And consequently we will begin to save the planet. Capitalism is a destructive development model that is putting an end to life; it threatens to put a definitive end to the human species.

PSM looks at 2010 with its eyes open and its fist clenched. 2010 appears to be a challenging year. It seems that UMNO will continue to find ways to destabilize the 4 states still in Opposition hands, it seems that the courts will play a critical role in many up-coming cases – Anwar’s sodomy trial, Teoh Beng Hock’s case, selective corruption cases and much more, it looks like the police would continue to intimidate opposition and civil rights leaders and Parliament will bulldoze the GST bill.

In spite of these obstacles, the Socialist Party of Malaysia(PSM) is still optimistic about the mass movement of the people who have shown that they can raise to the occasion . The people have voiced their opposition against corruption, against racism, against the ISA and against the power grab in Perak. But it will be a mistake if Pakatan Rakyat takes this support for granted. It is only through radicalizing of ideas can the masses move from an economic mindset to a political mindset. PSM calls for active participation of the rakyat in the affairs which affects them. It is only through confrontation and dialectics do society move forward. PSM calls upon popular participation of the people in bringing about the change they want.

For 2010, PSM would wage war on several fronts. PSM is resolute in mobilizing the people, the working class, the urban poor and the farmers on the following.

1. We plan to organize mass opposition against the GST which will enrich the rich and punish the poor. We call for a huge protest and demonstration at Parliament House in March 2010- when the Parliament reopens. We will work with all parties especially the Trade Unions and other political parties in opposing the GST.
2. The continues rape of our health system and the whoring of our health system to health tourism will further plunder the public health care system. PSM plans to reactivate the coalition against privatization of health care to renew a new war against the neoliberal policies of Najib. Najib who wanted to privatize IJN, is now planning to convert more private wings in Government hospitals while creating favorable conditions for foreigners to seek treatment here. This will create a massive shortage of specialist in Government hospitals and is an imminent act of damaging the public health system. PSM will recommit its struggle in saving the public health care.
3. We will continue to work with other forces in GMI (Abolish ISA movement) to make the final push for the repeal of this draconian law. It is now clear that the Government will amend the ISA without repealing it. We will oppose all detention without trial laws and put these laws behind bars by the end of the coming year.
4. We will work with the civil society groups in calling for the restoring of the local government election. We will call upon Pakatan Rakyat to adhere to the wishes of the people while conducting our own campaign.
5. As an immediate measure, we call upon the Government and the Central Bank Negara to replace the roles played by Along and give easy immediate loans to the poor. The Government and Bank Negara must show more commitment in resolving the problems of the people rather than seeking ways to bail out the rich.


Besides these campaigns, we will continue to strengthen and empowers the local level committees in the work place, estates, urban poor settlement and other strategic places to built their own power base from below to safeguard their interest as well as build a class based movement to seek a better deal for the majority of the people.

On the International front, PSM will work with socialist parties in South East Asia to fight neo-liberalism while working towards building broader left forces Internationally to fight against capitalism which breeds poverty, inequality and environment destruction. We stand together with the spirit of the people and the socialist movement in Latin America and other parts of the world in fighting capitalism and building socialism.

PSM will work hard and promote that a better world is only possible through socialism. Capitalism has brought much destruction to the economy and to the very existence of the planet earth itself. We have faith in the people and will work hard to make this a better place for all of us.

With our eyes open and our fist clenched, we will face 2010.

S.Arutchelvan
Secretary General
(Tel- 019-2537791)

31-12-09 Selamat Tinggal 2009








Pada hari terakhir 2009, saya bersama beberapa aktivis dari CDC telah mengambil masa melawat tempat bersejarah di Kuala Selangor disamping mengenang 2009 dan juga memikirkan apa yang perlu kita lakukan pada tahun 2010. Kami melawat Bukit Melawati yang penuh dengan monyet dan juga melawat kawasan firefly. Juga kami sempat menyambut hari jadi Mathavi - salah seorang aktivis CDC.

30-12-09 Mesyuarat Full Council MPKJ

PERKARA YANG DIBANGKITKAN DALAM MESYUARAT PENUH AHLI MAJLIS 30 Disember 2009 oleh S.Arutchelvan

PERKARA YANG DIBANGKITKAN:-



1. Adakah MPKj mempunyai satu senarai nama kontraktor yang disenarai hitamkan dan sebab mereka disenarai hitamkan. Sila kemukakan senarai tersebut, semasa Ahli majlis diminta memberikan cadangan kontraktor untuk projek RM 100 ribu, apakah kriteria yang telah diguna pakai untuk memastikan kontraktor itu adalah terbaik dan paling layak?

2. Taniah kerana MPKj mendapat 4 star dalam penilaian kementerian Perumahan. Apakah perkara-perkara yang dipantau dalam penilaian tersebut?

3. Adakah pihak perancang MPKj menilai sesuatu kawasan samada ia sesuai untuk tapak rumah ibadat sebelum ditawarkan? Apakah perkara-perkara yang diambil kira?

4. Adakah kita mempunyai indek kemiskinan dikawasan MPKj. Berapa ramaikah penduduk yang dikategorikan sebagai miskin tegap dan berapa ramai yang dikategorikan sebagai miskin?