Friday, January 14, 2011
13-1-11 Komitemen kerajaan Negeri Selangor dan Perlindungan untuk pekerja ladang yang diancam pengusiran
Hari ini, satu mesyauarat telah diadakan di Pejabat Majlis Peguam KL untuk membincangkan pengubalan enakmen baru untuk melindungi pekerja ladang. Dalam mesyuarat hari ini, Exco Kerajaan Negeri Sdr Xavier Jayakumar mendengar pandangan dari beberapa pihak termasuk Sdr. Arutchelvan dan Dr. Jeyakumar dari PSM dan juga dari kepimpinan Kesatuan Sekerja NUPW yang diwakili Sankaran dan Navamukandan juga turut hadir.
Pihak Majlis peguam yang diwakili Presidennya Sdr ragu Kesavan juga memberi syor akan membantu dari segi memberi nasihat perundangan dan membantu mengubal satu deraf. Deraf perundangan baru ini diharap dapat menjamin masadepan pekerja-pekerja ladang yang diancam pengusiran paksa tanpa perumahan alternatif dan pampasan yang adil.
No comments:
Post a Comment