Saturday, January 15, 2011

14-1-11 Mesyuarat MPP kesal kenyataan YB Johan






Mesyuarat Majlis Perundingan Penduduk (MPP) zon 18 yang bermesyuarat pada hari ini melahirkan rasa kesal akan kenyataan YB Johan yang diulas dalam akhbar Utusan Malaysia mengenai isu jejantas Semenyih. YB Johan- ADUN Semenyih BN berkata bahawa Jejantas itu tidak dibina kerana isu iklan kubur cina dekat kawasan Masjid. MPP berpendapat bahawa alasan ini langsung tidak boleh dipakai kerana isu dibincang hari ini adalah isu keselamatan kanak-kanak dan orang awam. Mereka mepersoalkan yang mana lebih penting-iklan atau nyawa?.

Ahli Majlis Sdr Arul pula berkata bahawa sepanjang mesyauarat di MPKJ, pihak JKR tidak pernah menimbulkan isu tentang kandungan iklan jejantas tetapi hanya mengenai isu tempoh masa pengiklanan yang perlu diberi. Mungkin YB Johan tidak nampak ada satu iklan besar - Nirvana di jalan hadapan masjid Semenyih dan sehingga kini tidak ada pihak yang menimbulkan hal.

Selain isu itu, mesyuarat MPP juga berbincang mengenai bagaimana mengatasi masalah gerai tanpa lesen berikutuan masalah ini di pelangi Semenyih dan Bandar Rinching. Selaras dengan itu, Persatuan penduduk diminta mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk dijadikan tapak menempatkan gerai-gerai ini secara kelompok.

Mesyuarat MPP juga berbincang mengenai sambutan ponggol zon yang akan diadakan di Taman Sri Tanjung. Sdr Karim dari Jk Penduduk Taman Sri Tanjung menjadi antara penganjur bersama dengan pihak Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC) yang menganjurkan program ini setiap tahun di kawasan Hulu Langat. Ini adalah tahun ke 16 sambutan ini diadakan.

1 comment:

  1. YB Johan macam main politik saje...tak bersunguh-sunguh memantu dalam perkara ini. Harap YB Arul terus memperjuangkan untuk Rakyat Semenyih. Terima Kasih.

    ReplyDelete