Friday, January 14, 2011

12 Januari 2011 - Pekerja Ladang Bangi mahu janji perumahan ditunaikan








Hari ini satu mesyuarat penting telah diadakan di Ladang Bangi untuk membincangkan isu perumahan bekas pekeerja Ladang bangi. Kesemua penduduk yang menetap di ladang bangi juga hadir dimana mereka rata-rata menolak jika tawaran rumah adalah rumah kos rendah. Mereka yang sudah 4 generasi menetap di ladang ini menuntut perumahan teres selesa dan pampasan yang setimpal. Turut hadir memberi semangat dan pedoman adalah pejuang Braemar , saudara Ganesan. Mesyuarat juga memutuskan untuk mengadakan satu mesyuarat di kalangan belia pada hari isnin depan untuk memantapkan perjuangan dan mengujudkan kerjasama antara kaum pekerja dan anak muda.

No comments:

Post a Comment