17 APRIL 2013
KERUSI DUN SEMENYIH N24
Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin merakamkan
rasa dukacita terhadap tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mungkir janji
dan meletakkan seorang calon di DUN Semenyih walaupun sebelum ini mereka telah
berjanji jika PSM mengunakan logo PKR, maka mereka akan membenarkan PSM
bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN)
SUA PKR Saifuddin Nasution dan R.Sivarasa telah
mengatakan PSM boleh bertanding di kawasan PSM dengan syarat menggunakan
mana-mana logo parti PR.
Pada 13hb. April 2013, semasa pertemuan
kepimpinan PSM dengan Datuk Sri Anwar Ibrahim(DSAI). Beliau telah mengulangi
pendirian ini dan juga berjanji tidak akan mengumumkan 2 kerusi iaitu Kota Damansara
dan Semenyih semasa Majlis pengumuman calon PKR Selangor pada 14 April 2013.
Ini untuk membolehkan PSM berbincang dengan Ahli PSM untuk membolehkan PSM
menggunakan logo parti PR.
Pada 14 April 2013, malangnya DSAI telah
mengumumkan Sdr Hamidi sebagai calon di DUN Semenyih tetapi telah menangguhkan
pengumumkan untuk kerusi DUN Kota Damansara yang disandang oleh Dr. Nasir
Hashim
Pada 15 April, Sdr Rafizi dalam satu sidang
akhbar telah mengatakan DUN Semenyih belum diputuskan. Pada hari yang sama Sdr
Tian Chua mengatakan jika PSM setuju untuk menggunakan logo PKR di DUN
Semenyih, maka masalah ini selesai, Pada malam 15 April 2013, JK Nasional PSM
setelah mendengar sentimen rakyat dan rayuan PR, bersetuju untuk berdiri di 4
kerusi dengan logo PR.
Pada 16 April 2013, kami telah berjumpa dengan
YB Tian Chua dan kami telah memberitahu keputusan JK Nasional PSM yang setuju
tanding dibawah logo PKR. YB Tian Chua setelah berjumpa dengan DSAI berkata
bahawa maka PKR sudah setuju Dr. Nasir Hashim dan Dr. Jeyakumar bertanding di
Parlimen Sungai Siput dan DUN Kota Damansara dengan menggunakan logo PKR.
Beliau juga mengatakan bahawa mereka memerlukan sedikit masa untuk membereskan
isu Semenyih kerana calon sudah diumumkan. Pada malam 16 April 2013, Sdr Tian
Chua mengatakan bahawa Kumpulan Azmin Ali tidak mahu memberi laluan untuk PSM
kerana mereka mahukan seorang calon Melayu bertanding disana.
PSM cukup kecewa kerana selain daripada mungkir
janji, alasan perkauman digunakan untuk menafikan kerusi Semenyih untuk PSM.
Untuk pengetahuan umum, PKR tidak ada seoarang
pun ahli PKR yang pernah bertanding di DUN Semenyih sebelum ini. Calon Melayu
pembangkang yang bertanding pada tahun 2004, kalah dengan majoriti lebihkurang
8 ribu berbanding dengan Sdr Arutchelvan yang kalah dengan majoriti lebihkurang
1100. Selain itu Ahli Parlimen Hulu Langat Dr. Che Rosli juga kalah di DUN
Semenyih dalam PRU 2008. Maka persoalan calon Melayu mempunyai advantage bukan
satu fakta.
Tindakan PKR yang kini meletakkan calon buat pertama
kalinya di DUN Semenyih menimbulkan persoalan tiga penjuru yang cuba dihindar
oleh PSM selama ini. Ini juga akan memberi peluang BN menang senang kerusi ini.
PSM tetap akan menyokong PR disemua kerusi lain
dan masih berharap UMNO-BN dapat ditewaskan dalam PRU ini. Namun demikian
meletakkan calon di Kerusi PSM atas alasan perkauman adalah satu tindakan yang
bercanggah dengan hasrat Rakyat Malaysia yang mahu keluar dari belenggu
perkauman. Ia juga bercanggah dengan konsep ABU dimana semua kuasa menentang BN
bersatupadu. Semoga kepimpinan PR akan memastikan perlawanan satu lawan satu di
DUN Semenyih dan tempat-tempat lain.
Kenyataan Dikeluarkan Oleh
S. Arutchelvan
Setiausaha Agung PSM
No comments:
Post a Comment