Thursday, January 31, 2013
LISTEN - 60 HARI SEBELUM PRU 13 !
Ceramah Listen anjuran PSM dengan kerjasama Pakatan Rakyat mendapat sambutan cukup hebat dengan kehadiran yang cukup memberangsangkan. Semua Penceramah hebat hebat belaka. Sdr Arul selaku penganjur dari PSM mengistiharkan hasrat PSM sertai PR dan mendapat sambutan cukup hebat. Sdr Haris Ibrahim dan Sdr Chegu bard meminta hadirin menyokong Sdr Arul sebagai calon yang berprinsip dan aktivis.
Sdr Lih Kang dan Anthony Loke mempersoalakan bagaimana kaum melayu tidak akan hilang kuasa manakala sdr Khalid Samad memberikan pencapaian kerajaan PR berbanding dengan kerajaan PR.
Chegu bard berceramah sehingga hampir 1 pagi tetapi orang ramai menanti dan tidak pula balik. Beliau turut dengan cara tersendiri berkata masalah adalah anatara kaum yang menindas dan kaum yang kena tindas. Beliau meminta rakyat bersedia untuk turun ke jalanraya andaikata ada penipuan di pihak BN. Bawani turut berhujah mengenai kempen pendidikan percuma.
Wednesday, January 30, 2013
Ceramah kelompok Kaum India di Pangsapuri Baiduri Kesuma Lake
Hari ini satu ceramah kelompok diadakan di Pangsapuri Baiduri, Taman Tasek Kesuma. Lebihkurang 35 orang hadir dan mereka diberikan penerangan mengenai PRU13 dan akta gaji minima.
Sdr Arul yang diperkenalkan sebagai calon PSM meminta mereka yang hadir untuk memastikan tidak undi dacing. Beliau juga meminta memberi peluang kepada PSM dan PR untuk menang. Beliau juga melahirkan rasa yakin bahawa walaupun diberitakan ramai orang India balik ke pangkuan BN tetapi ini adalah karut semata-mata.
Sdr Arul juga menerangkan isu Kuil Ladang Bangi dan kematian dalam tahanan Sukumaran.
Sdr Arul yang diperkenalkan sebagai calon PSM meminta mereka yang hadir untuk memastikan tidak undi dacing. Beliau juga meminta memberi peluang kepada PSM dan PR untuk menang. Beliau juga melahirkan rasa yakin bahawa walaupun diberitakan ramai orang India balik ke pangkuan BN tetapi ini adalah karut semata-mata.
Sdr Arul juga menerangkan isu Kuil Ladang Bangi dan kematian dalam tahanan Sukumaran.
Tuesday, January 29, 2013
Kubur 100 tahun diceroboh dan dimusnah di Semenyih
Berbincang dengan wakil Konsulten terlibat dalam pencerobohan |
Pewaris kubur marah akan tindakan ceroboh |
Hari ini Bahagian Infra MPKj bersama Ahli Majlis Sdr Arul turut mempersoalkan tindakan pemaju yang ceroboh tanpa perintah mahkamah.
Pejabat Infra MPKJ juga akan mengeluarkan notis stop work order. Pemaju juga setuju membayar pampasan atau bina balik kubur mereka yang dirobohkan.
Sebelum ini satu jentolak masih bekerja tetapi beredar dari sana apabila orang ramai mula berkumpul. Polis datang kerana takut wujud kekecohan.
Sdr Arul menasihatkan MPKj keluarkan stop work order. Beliau juga berjanji akan buat satu meeting untuk membolehkan pemaju dan Pewaris kubur dapat bincang dan cuba selesaikan.
Selain daripada itu perlu kenal pasti sempadan Kubur dan projek yang sedang diusahakan sekarang.
Encik Arul menerangkan kepada Puan Linda- MPKj Infra |
Kubur yang diceroboh |
Monday, January 28, 2013
Edar, Jual Berita Sosialis di Pasar Malam Taman Tasek Kesuma
Hari ini PSM Semenyih menjual suratkhabar, edar risalah PRU dan mempromosi akta gaji minima. Pada awalnya agak lenggang tetapi orang ramai mula datang pada 8.30malam. Kesemua kad akta gaji minima dan risalah habis diedar. Turut hadir adalah Sdr Arul.
The clenched fist – currently the most inspiring logo for change
The clenched fist, the now ubiquitous
icon of resistance in our country has an inspiring history. Its very existence
today is the result of a successful tooth and nail battle against bureaucratic
attempts to kill it off at birth.
The first time it was introduced into
the public sphere was in 1998 as the logo of the Parti Sosialis Malaysia which
was then being freshly submitted for registration. The fledgling
socialist party carried the image of a resolute clenched left fist, white in
colour, and set against a bright red background. It signified struggle,
and the spirit of struggle, based on people’s power, on principles and
integrity.
The clenched fist was threatened with
extinction together with the PSM when the application to register the party was
rejected in 1999. The Home Minister revealed later that based on police
information, he had concluded that the PSM was a threat to national security!
It was mind-boggling, yet the paranoia was not entirely without basis.
For at least a decade, the grassroots
organizations that came together to form the PSM had been a thorn in the flesh
of well-connected developers, plantation companies and state governments whose
‘development’ activities were displacing urban pioneers, workers, plantation
communities and farmers. Predictably, the police aligned themselves with the
propertied and powerful, obliging them by acting heavy handedly against the
affected communities.
With the help of people’s power, the
communities usually managed to fight off the encroachment, thereby thwarting
the plans of the intruding parties. In many cases, they were given alternative
housing or titles to land. As for the police, instances of abuse of
power, were pursued and exposed. So the issue was not quite national
security but the security and well-being of certain quarters.
Ten years, a court case and many
struggles later, the PSM was registered in 2008. But the party and its
effects – its logo, the socialist tag and the motto - had already been on the
Malaysian political scene for ten years before being officially recognized.
The clenched fist was all over – on the PSM service center signboards at
all the branches, on the tens of thousands of leaflets distributed yearly,
booklets, t-shirts etc. Not being registered by the government was not a
serious hindrance to the PSM as it in no way hampered the work of the party.
But there was one major drawback.
Without being registered, PSM candidates could not stand on the fist logo
during the general elections. That was always a source of great regret for
party members in all the elections participated in by the PSM in 1999, 2004 and
2008. In all these three elections, PSM candidates stood on the symbols
graciously lent to us by other parties such as the DAP and PKR.
In early 2009, just when it seemed
that the battle for registration was finally over, the Election Commission
refused to register the PSM fist as a political party symbol. The reason cited
was that it was ‘morally’ unsuitable as it signified violence! But that
ploy to remove the fist from the Malaysian domain was difficult for them to
defend when there were already in existence parties like UMNO that had weapons
in their logo!
The fist appears to have come a long
way since the uncertainty of its earlier days. It has captured the
imagination of the young and idealistic, as well as of seasoned activists and
politicians.
A fair
number of groups and movements carry the clenched fist symbol on their
banners. During the recent Hari Kebangkitan rakyat on 12 january, it
appeared that the clenched fist was the most popular symbol. Many groups
carried it in their tshirts and posters. The clenched fist was in different
shapes and colors but it was the symbol for change and peoples power. The image
seems to eloquently match the dynamism and combative mood of the struggle for
political change during this defining moment in our history.
The popular clenched fist will be finally
making its debut at the 13th General
Elections.
Sunday, January 27, 2013
Kempen Akta gaji Minima semasa Thaipusam
Pada tahun ini PSM Semenyih dan Kajang menggunakan Thaipusam untuk menyedarkan orangramai mengenai akta gaji minima yang sepatutnya diimplementasi pada bulan ini. Kempen dijalankan ndi Kuil utama Semenyih dan Kajang
This year PSM Semenyih dan Kajang used the Thaipusam day to create awareness regarding the minimum wage act which is to be implemented today. The campaign was done at the Semenyih and Kajang Subramaniam temple
This year PSM Semenyih dan Kajang used the Thaipusam day to create awareness regarding the minimum wage act which is to be implemented today. The campaign was done at the Semenyih and Kajang Subramaniam temple
Saturday, January 26, 2013
Pemuda Sosialis adakan Bengkel pendidikan Percuma
Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) hari ini mengadakan Bengkel Pendidikan percuma yang dihadiri oleh lebihkurang 40 orang mahasiswa. Mereka mendebat satu blueprint pendidikan yang cukup komprehensive dan mendebat pelbagai isu ini.
GMPP yang dimulakan oleh Pemuda Sosialis dan kini dengan kumpulan mahasiswa lain seperti DEMA, GAMIS, GEMPUR, SMM dan KAMI memberi komitmen untuk meneruskan perjuangan pendidikan percuma.
GMPP yang dimulakan oleh Pemuda Sosialis dan kini dengan kumpulan mahasiswa lain seperti DEMA, GAMIS, GEMPUR, SMM dan KAMI memberi komitmen untuk meneruskan perjuangan pendidikan percuma.
Friday, January 25, 2013
Jabatan Pelesenan memberi taklimat semasa Mesyuarat MPP
Mesyuarat MPP bulan Januari dihadiri oleh Taman Pelangi Semenyih, Bandar Rinching Seksyen 2 dan 4, Taman Manikavasagam, Kampung Sentosa dan Pangsapuri kampung baru. Dalam mesyaurat kali ini Pegawai dari jabatan Pelesenan MPKj memberi taklimat.
Banyak aduan diutarakan mengenai masalah cyber cafe dan perjudian yang tidak dipantau. Selain itu ada Taman yang tidak berpuashati dengan jawapan bertulis yang diterima daripada MPKj kerana tidak memaparkan keadaan sebenar,
Namun demikian Pengerusi MPP dan Ahli Majlis mencadangkan beberapa lawatan tapak dan mesyuarat di tamantaman antara kontrakter sampah, MPKJ dan Ahli Majlis untuk menyelesaikan isu-isu yang diungkitkan.
Banyak aduan diutarakan mengenai masalah cyber cafe dan perjudian yang tidak dipantau. Selain itu ada Taman yang tidak berpuashati dengan jawapan bertulis yang diterima daripada MPKj kerana tidak memaparkan keadaan sebenar,
Namun demikian Pengerusi MPP dan Ahli Majlis mencadangkan beberapa lawatan tapak dan mesyuarat di tamantaman antara kontrakter sampah, MPKJ dan Ahli Majlis untuk menyelesaikan isu-isu yang diungkitkan.
Thursday, January 24, 2013
Diskusi Kiri bincang Akta Gaji Minima
Diskusi Kiri: Gaji Minima RM900 untuk Siapa?
24 Jan 2013, Pustaka Kiri
Sivaranjani JERIT menghujah satu poin utama |
Tetamu jemputan:Penyelaras Jaringan Pekerja Malaysia - Saudari Sivaranjani dan ahli jawatankuasa pusat PSM serta pegawai IR MTUC – Saudara Selvam untuk menjawab soalan-soalan :
- Berapa ramai majikan yang enggan mahu laksanakan Gaji Minima? Betulke mereka itu tak mampu @ sekadar tamak?
- Gaji minima sama dengan gaji pokok ke?
- Berapa ramai majikan yang telah memohon untuk tunda pelaksanaan?
- Jika saya diberi gaji minima RM900, bolehkah majikan menarik faedah yang diberi sebelumnya seperti tempat tinggal, elaun…?
- Sebagai pekerja kontrak, layak ke saya menerima gaji minima?
- Saya tidak akan menerima bonus lagi, jika gaji minima dilaksanakan?
- Macamana kalau ada CA di antara majikan dan kesatuan, dimana gaji pokok lebih rendah dari RM900?
Macam-macam kekeliruan, macam-macam persoalan – inilah perbincangan yang diadakan bersama 25 orang pekerja migrant, tempatan, ahli kesatuan dan aktivis dari PSM Kajang. Saudara Arutchelvan selaku Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia turut bersama kami. Satu soalan penting yang dibawa dalam perbincangan ialah apakah sentimen pekerja-pekerja tempatan dengan akta gaji minima yang menjanjikan gaji minima yang sama kepada pekerja tempatan dan pekerja migrant. Aktivis kata mesti sama kepada semua; pihak pekerja pula kata RM900 tak cukup – biar pekerja asing dapat RM900, pekerja tempatan mesti diberi lebih e.g. RM1,500!
Kesimpulan yang dibuat hasil dari perbincangan: sebagai pekerja kita adalah satu kaum dan perlu bersatu untuk memperjuangkan hak kita – musuh kita adalah kapitalis bukan pekerja migran atau Cina, Melayu dan sebagainya. Seperti mana Karl Marx (1824)berkata Workers of the world must unit, we have nothing to loose but the chains.
7 Feb 2013: JERIT dan PSM akan berjumpa dengan Menteri menuntut penjelasan.
Wednesday, January 23, 2013
PRU KE 13 - JAMUAN BERSAMA PARA PENYOKONG PSM
Hari ini, satu jamuan telah diadakan bersama para penyokong PSM. Seramai lebih kurang 50 penyokong telah dijemput ke jamuan ini. Jamuan ini diadakan untuk menerangkan bahawa PSM akan bertanding di PRU 13 di bawah logo TANGAN. PSM akan bertanding di empat kawasan menggunakan logo sendiri. Para penyokong yang hadir telah memberi sokongan kepada PSM. Di jamuan ini juga telah dijelaskan mengenai hubungan PSM dengan Pakatan Rakyat.
Sdr. Arul memaklumkan bahawa ketika PRU 12, beliau telah bertanding menggunakan logo PKR kerana ketika itu, PSM masih belum didaftar. Maka, PSM telah meminjam logo PKR. Tetapi kini, selepas 10 tahun perjuangan PSM telah mendapat pendaftaran parti dan logo gengaman tangan akan digunakan ketika PRU 13. Beliau juga menerangkan bahawa kini, ramai orang menggunakan logo ini dan logo tangan semakin popular. Misalnya, ketika kebangkitan rakyat yang diadakan pada 12/1/2013, logo tangan telah digunakan oleh pelbagai pihak dan ia bukanlah sesuatu yang baru.
3 rumah rakyat miskin diselamatkan dari lelong ekoran protes hadapan Maybank
Atas inisiatif PSM Jelapang, tiga keluarga miskin yang gagal selesaikan hutang perumahan mendapati rumah 3 keluarga diancam lelong. Maybank juga pada awalnya tidak mahu membuat struktur semula.
PSM yang telah melancarkan perang keatas Bank-bank bertindak membuat satu piket. Piket pada awalnya dihalang polis bantuan maybank.
Akhirnya satu mesyuarat berjaya diatur dengan Pihak atasan maybank dan akhirnya tiga orang rakyat miskin berjaya diselamatkan.
Tuesday, January 22, 2013
Penduduk minta tembol dibuka di Jalan 9 Taman Maju
Ada desakan dari penduduk Taman Maju supaya tembok ini dirobohkan dan supaya jalan asal ke Taman Asa Jaya ini dipulihkan kerana ada tembok dibina. Mereka berpendapat dengan adanya jalan asal ke Taman Asa jaya akan mengurangkan trafik di jalan utama Kajang - Seremban. Apa pandangan anda?
Jalan 9 taman maju |
Forum Kebebasan Akademik dan pembodohan Universiti
Satu forum pembebasan Akademik telah diadakan di Dewan perhimpunan Cina Selangor. Program yang sepatutnya menajdi satu debat antara Sharifah dengan Bawani KS tidak terjadi ekoran Sharifah tidak hadir. Program ini dianjur oleh SAMM, KAMI dan INSTEF UIAM. Turut hadir dalam program Prof Dr Aziz Bari dan penganalisis politik, Dr Maszlee Malik.
Bawani anak muda Sosialis yang bernah berkhidmat dengan PSM turut membawa mesej untuk pendidikan percuma. Dewan penuh sesak. ramai yang datang kecewa kerana tidak dapat menyaksikan debat Sharifah Bawani
Bawani anak muda Sosialis yang bernah berkhidmat dengan PSM turut membawa mesej untuk pendidikan percuma. Dewan penuh sesak. ramai yang datang kecewa kerana tidak dapat menyaksikan debat Sharifah Bawani
Monday, January 21, 2013
Kes Ladang Bangi ditunda sekali lagi
Sunday, January 20, 2013
Datuk Sri Anwar lawat Semenyih
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pemimpin PKR dan Ketua Pembangkang hari ini melawat Kampung Baru Semenyih untuk memberi hadiah pertandingan Tarian Naga. Beliau juga sempat memberi ucapan dimana beliau menegaskan bahawa jika PR menang maka harga minyak akan diturunkan pada hari esok.Turut bersama adalah Sdr Arul, Pemimpim PSM dan juga Ahli parlimen Dr. Che Rosli, kepimpinan PKR Encik Lim dan CVigu Ridzuan dan lain-lain orang.