Thursday, January 31, 2013
LISTEN - 60 HARI SEBELUM PRU 13 !
Ceramah Listen anjuran PSM dengan kerjasama Pakatan Rakyat mendapat sambutan cukup hebat dengan kehadiran yang cukup memberangsangkan. Semua Penceramah hebat hebat belaka. Sdr Arul selaku penganjur dari PSM mengistiharkan hasrat PSM sertai PR dan mendapat sambutan cukup hebat. Sdr Haris Ibrahim dan Sdr Chegu bard meminta hadirin menyokong Sdr Arul sebagai calon yang berprinsip dan aktivis.
Sdr Lih Kang dan Anthony Loke mempersoalakan bagaimana kaum melayu tidak akan hilang kuasa manakala sdr Khalid Samad memberikan pencapaian kerajaan PR berbanding dengan kerajaan PR.
Chegu bard berceramah sehingga hampir 1 pagi tetapi orang ramai menanti dan tidak pula balik. Beliau turut dengan cara tersendiri berkata masalah adalah anatara kaum yang menindas dan kaum yang kena tindas. Beliau meminta rakyat bersedia untuk turun ke jalanraya andaikata ada penipuan di pihak BN. Bawani turut berhujah mengenai kempen pendidikan percuma.
No comments:
Post a Comment