Friday, January 25, 2013

Jabatan Pelesenan memberi taklimat semasa Mesyuarat MPP

Mesyuarat MPP bulan Januari dihadiri oleh Taman Pelangi Semenyih, Bandar Rinching Seksyen 2 dan 4, Taman Manikavasagam, Kampung Sentosa dan Pangsapuri kampung baru. Dalam mesyaurat kali ini Pegawai dari jabatan Pelesenan MPKj memberi taklimat.

Banyak aduan diutarakan mengenai masalah cyber cafe dan perjudian yang tidak dipantau. Selain itu ada Taman yang tidak berpuashati dengan jawapan bertulis yang diterima daripada MPKj kerana tidak memaparkan keadaan sebenar,

Namun demikian Pengerusi MPP dan Ahli Majlis mencadangkan beberapa lawatan tapak dan mesyuarat di tamantaman antara kontrakter sampah, MPKJ dan Ahli Majlis untuk menyelesaikan isu-isu yang diungkitkan.

No comments:

Post a Comment