Thursday, March 10, 2011

4 Mac - Menyerah surat kedudukan sebenar isu pekerja Bukit Jalil setelah mendapat Notis


Hari ini, para bekas pekerja Bukit Jalil menyerahkkan satu surat penting untuk mengatakan pendirian sebenar mereka berhubung dengan notis. Surat dihantar dengan tangan disetiap pejabat menteri berkenaan


SURAT KEPADA PERDANA MENTERI DAN MENtERI-MENTERI LAIN BERKENAAN


Kepada,
1. YAB Perdana Menteri Malaysia
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak,
Pejabat Perdana Menteri,
Main Block, Perdana Putra Building,
Pusat Pentadbitan Kerajaan Persekutuan Malaysia,
62502 Putrajaya , MALAYSIA
Tel: 603-8888 8000
Fax: 603-8888 3444
E-Mail: ppm@pmo.gov.my

2. Yang Berhormat Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin,
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,
Aras G-4, Blok 2, Menara PjH, Presint 2
62100, Putrajaya
Tel: 03-8889 7888
Fax: 03-8889 1411

3. Yang Berhormat Datuk Subramaniam,
Menteri Sumber Manusia,
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 6-9, Blok D3, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Putrajaya
No. tel: 03-8886 5000/5200
No. faks: 03-8889 2381

4. Yang Berhormat Datuk M. Saravanan,
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,
Tel : 03-88897998
Faks : 03-88894414

5.Yang Berbahagia Dato Ahmad Fuad Bin Ismail,
Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel: 03 2617 9070
Fax: 03 2692 9898

5. Encik Mohammed Amir Haron,
Setiausaha Sulit Kanan YAB Perdana Menteri,
Pejabat Perdana Menteri,
Main Block, Perdana Putra Building,
Pusat Pentadbitan Kerajaan Persekutuan Malaysia,
62502 Putrajaya , MALAYSIA
Tel: 603-8888 8000
Fax: 603-8888 3444

4hb Mac 2011

Dengan Tangan

YAB,

YB
PER: NOTIS PEMBERITAHUAN SUPAYA BERPINDAH DAN MENGOSONGKAN TAPAK TERHADAP PENDUDUK KAMPONG LADANG BUKIT JALIL , KUALA LUMPUR

Kami mewakili 41 penduduk yang masih tinggal di ladang Bukit Jalil dengan hormatnya merujuk kepada notis pemberitahuan diatas bertarikh 1 Mac 2011dan ingin membawa perhatian YAB & YB kepada perkara-perkara seperti dibawah :

1. Surat tersebut merujuk kepada satu keputusan perbincangan antara pihak YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bersama dengan YB Menteri Sumber Manusia dan wakil penduduk Ladang bukit Jalil dimana disebutkan suatu keputusan perbincangan pada 23hb. Februari 2011. Ingin ditegaskan disini bahawa, dalam mesyuarat tersebut tidak ada sebarang keputusan bersama dan rundingan diadakan malah, kami juga tidak mencapai satu kata sepakat seperti yang cuba ditonjolkan dalam surat tersebut. Malah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar tidak berminat mengadakan perbincangan tetapi sekadar mahu membuat pengumuman sahaja. Tambahan pula, dalam mesyuarat ini juga YB Menteri Wilayah memberitahu kepada wakil Jawatankuasa bahawa, kami hanya perlu mendengar apa yang akan diumumkan oleh Menteri dan kami tidak dibenarkan untuk bercakap dalam mesyuarat tersebut.

2. Juga dimaklumkan bahawa pihak Kerajaan telah memutuskan pampasan dan wang ehsan yang dimaksudkan akan dibayar kepada penduduk hanya setelah semua penduduk berpindah keluar dari tapak tersebut. Ingin ditegaskan pada hari tersebut YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah mengumumkan tawaran ini secara lisan sahaja dan bersetuju akan memberikan kami secara bertulis tentang tawaran ini namun sehingga sekarang kami masih belum menerima surat bertulis. Pihak kami juga telah menulis satu surat kepada YB Menteri tersebut pada 25 Februari 2011 dimana kami telah meminta tawaran secara hitam putih untuk membolehkan kami berbincang dengan penduduk tetapi sehingga kini, surat kami masih belum dijawab oleh pihak YB Menteri Wilayah Persekutuan.

3. Kami ingin menegaskan bahwa setakat ini hanya isu berkenaan dengan perumahan dan pampasan pekerja yang belum selesai manakala isu mengenai kuil, sekolah dan kubur boleh dikatakan selesai apabila Kerajaan setuju untuk dikekalkan di tempat yang asal manakala sekolah tamil juga akan digazet.

4. Sebagai penyelesaian akhir isu bagi masalah bekas pekerja ladang Bukit Jalil, dan dengan mengambilkira janji asal Tuan Ladang tersebut dan juga pengorbonan empat generasi masyarakat ladang Bukit Jalil, kami meminta hanya 4 ekar tanah dari keluasan tanah sebanyak 26 ekar yang ada di ladang Bukit Jalil untuk membolehkan kami 41 keluarga membina rumah. Permintaan ini bukanlah keterlaluan memandangkan pengorbonan dan jasa masyarakat ladang kepada pertumbuhan Negara.

5. Kami sekali lagi menegaskan kepada pihak DBKL bahawa DBKL tidak boleh menggunakan ordinan darurat pembersihan setinggan untuk merobohkan rumah ladang. Jika ini berlaku, maka ia adalah salahguna kuasa dan satu penyelewengan.

Akhirkata, kami berharap semua perobohan atau pindahan paksa ditangguhkan sehingga satu penyelesaian bersama dapat dicapai dan kami mahukan satu rundingan yang sempurna diadakan bersama dengan penduduk untuk menyelesaikan isu perumahan kami.

sekian terima kasih .

yang benar

K. Paramasivam

Thiakarajan Sathasivam

K. Balakhrishnan

V. Lourdmary (Shanti)


Sk – Ahli Parlimen Bandar Tun Razak

No comments:

Post a Comment