Tuesday, October 19, 2010

8 Oktober - Mesyuarat MPP zon 18 Bincang pindaan Akta Pekerjaan






Hari ini mesyuarat MPP zon 18 membincangkan pindaan Akta Pekerjaan. Saudari Paremeswari dari JERIT menerangkan mengapa pindaan ini akan membawa padah kepada kaum pekerja. Selain itu mesyuarat juga membincangkan post-mortem Hari raya zon 18. Ada pandangan bahawa program ini boleh diperbaiki dan makanan sudah habis jam 1 tengahari. Akaun akan dibentang dalam mesyuarat MPP depan. Selain itu mesyuarat juga membincang mengenai program forum pangsapuri kos rendah. Selain itu, saya juga menyerahkan sijil, piala kepada wakil Taman Tasik Semenyih yang menang tempat kedua kategori rumah teres. Dengan kemenangan ini, mereka diberi RM 10,000 untuk buat satu projek landskap di kawasan mereka. Semua orang gembira atas kejayaan ini.

No comments:

Post a Comment