Tuesday, October 19, 2010
10-10-10 Forum Flat Kos rendah - Semenyih merintis perdebatan mengenai perumahan flat
Pejabat Ahli Majlis dengan sokongan PSM Semenyih telah mengadakan FORUM MASALAH DAN PENYELESAIAN FLATS KOS RENDAH DUN SEMENYIH. Sebanyak 17 pangsapuri di Kawasan Semenyih mengambil bahagian dalam program yang diadakan di Komplek Penghulu.
Untuk sekian lama, masalah pengurusan, penyelenggaran, kebajikan, kesihatan Pangsapuri kos rendah menjadi satu isu serius yang susah untuk ditangani. Isu ini memerlukan komitmen pelbagai pihak termasuk juga pandangan Penghuni dan pemimpin JMC di flat-flat ini. Objektif forum ini adalah mempertengahkan isu dan masalah yang dihadapi oleh penduduk flats kos rendah serta cadangan penyelesainnya. Hasil perbincangan forum ini akan dibawa kepada perhatian MPKj dan juga kepada kerajaan Negeri Selangor untuk tindakan seterusnya.
Selain daripada pemimpin Pangsapuri Kos rendah, turut hadir adalah wakil dari Lembaga Perumahan negeri Selangor dan Suruhanjaya Perumahan dari MPKJ- Encik Haizul.
Ini mungkin program ulung yang membincangkan isu dan permasalahan pangsapuri kos rendah. PSM menambil posisi bahawa kerajaan tempatan harus ambilalih penyelenggaran rumah kos rendah. Dibawah adalah resolusi yang telah diambil:
1. Kerajaan ambil alih penyenggaran flats kos rendah terutamanya JMB yang bermasalah
2. Penduduk flats kos rendah bayar satu cukai sahaja iaitu cukai taksiran
3. Pastikan pangsapuri kos rendah dijual kepada rakyat yang berpendapatan rendah
4. Wujudkan satu mekanisme kerjasama di antara JMB – Majlis Tempatan – Pemaju
5. Pinda Akta 663 untuk mengatasi beberapa kelemahan seperti penyerahan sinking-fund oleh pemaju kepada JMB
6. Perkhidmatan kutipan sampah pukal dan penyenggaraan lampu disekalikan dalam cukai taksiran dan dikendalikan oleh Majlis Tempatan
7. Kuatkuasakan hukuman denda kepada pemilik enggan/ingkar bayar kos penyenggaraan
8. Satu geran bantuan wang diberikan kepada pihak JMB seperti geran yang diberi kepada Rukun Tetangga
No comments:
Post a Comment