Friday, April 3, 2009
28 Mac 2009 - Taman Tasek Semenyih - Kami tak mahu peruntukan, hanya perkhidmatan berkesan
Setelah sekian lama, akhirnya saya dapat bertemu dengan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Tasek Semenyih. Empat orang pemimpin Taman tersebut datang untuk berbincang masalah di Taman Tasek Semenyih. Mereka diketuai oleh Pengerusinya Dato Mohd Nawawi Bin Ismail. Turut serta adalah Dato Ahmad Fuad Embi, Encik Suhaimi dan Mohamed Rany.
Perbincangan lebih sejam ini cukup memberi manfaat kepada saya. Dato Nawani berkata bahawa mereka tidak mengharapkan peruntukan dan sebagainya tetapi bagi mereka yang penting adalah perkhidmatan yang berkesan di taman mereka.
Antara isu-isu yang diutarakan adalah isu kutipan sampah, penebangan dahan pokok, isu anjing liar, landskap, isu tadika masyarakat dan alat permainan.
Dato Fuad pula memberi pelbagai ide untuk membangunkan pekan Semenyih yang pada pandangannya seperti pekan "koboi". Antara isu adalah papan notis haram yang berselarak, landskaping di jalan utama dan lubang berbahaya kerana jejari besi hilang.
Mereka turut berkata bahawa ini adalah kali pertama Ahli Majlis mengambil tahu masalah mereka.Mereka juga berkata bagi Masyarakat berpendidikan seperti taman mereka, mereka lebih mengharapkan dapat berkomunikasi melalui sistem IT dan sebagainya. Untuk mereka dan lain yang berminat website MPKJ adalah www.mpkj.gov.my
That's right. Don't just talk, we need action too.
ReplyDelete