Friday, April 3, 2009

27 Mac 2009 - Krisis Kepimpinan di Kirby



Hari ini saya pergi ke Ladang Kirby di Labu, Negeri Sembilan kerana dijemput oleh bekas pekerja ladang kerana hendak membincangkan masalah mereka yang berlarutan dan masih tiada penyelesaian. Apabila mesyuarat bermula, kita dikejutkan apabila Setiausaha JK iaitu Saudara Muniandy mengatakan beliau hendak meletak jawatan. Ini menimbulkan reaksi dari beberapa pemimpin lain yang ingin meletak jawatan juga. Saya yang pergi kesana bersama Paremas E dan Mani amat marah dengan situasi ini. Ini disebabkan perjuangan masih belum selesai dan pemimpin pula hendak meletak jawatan kerana alasan mereka adalah kurang penglibatan pekerja lain.

Kemudian kita mengambil pendekatan memantapkan Jawatankuasa yang sedia ada. Setelah kita berbincang, akhirnya semua JK bersedia untuk terus menjadi Ahli AJK. Kita juga kemudian mengenal pasti satu masa baru untuk diadakan Mesyuarat Jawatankuasa untuk membereskan isu kepimpinan.

Selain daripada itu beberapa isu mereka seperti perumahan yang teruk dan tiada kunci untuk palang keselamatan juga ditunda dan akan dibincang apabila JK dimantapkan.

No comments:

Post a Comment