21 Mei 2008 – Semenyih
Jawatankuasa Penduduk Pangsapuri Desa Mawar 2 telah menjemput Sdr. Arul dan rakan-rakan lain dari PSM Semenyih ke satu perjumpaan bersama penduduk. Sebenarnya, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini dan pihak Jawatankuasa telah meminta Sdr. Arul untuk memberi nasihat dan bantuan.
Di perjumpaan tersebut, para penduduk memaklumkan bahawa mereka dipindahkan ke sini di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Kebanyakan penduduk di sini adalah dari golongan yang berpendapatan rendah.
Antara masalah utama yang dihadapi oleh penduduk pangsapuri ini adalah masalah penyelenggaraan. Pihak pemaju pangsapuri ini yang sepatutunya bertanggungjawab mengendalikan kerja-kerja penyelenggaran ini telah mencuci tangan dan sebaliknya telah melantik satu Persatuan Penduduk untuk menguruskan kerja-kerja ini. Pihak pemaju juga berjanji untuk mendaftarkan Persatuan Penduduk ini, namun sehingga ke hari ini, persatuan ini masih belum mendapat sebarang pendaftaran.
Walaupun begitu, AJK Persatuan ini telah cuba melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan mengutip wang penyelenggaran. Kami dimaklumkan bahawa wang tersebut digunakan untuk membuat kerja-kerja pembersihan pangsapuri, membaiki lampu dan sebagai bayaran insurans api dan cukai tanah. Tetapi kerja-kerja ini tergendala buat masa ini kerana ada pihak terutamanya penduduk yang tinggal di luar tidak mahu membayar wang tersebut. Ada yang menyewa rumah mereka kepada orang lain dan ada rumah yang tidak terjaga sehingga menjadi tempat pembuangan sampah. Ini membawa masalah kepada penduduk yang tinggal di situ.
Apa yang amat memeranjatkan kami adalah, di antara 70 unit buah rumah terdapat lebih kurang 5 unit rumah yang dimiliki oleh pihak pemaju. Kami dimaklumkan bahawa pihak pemaju sendiri tidak membayar wang penyelenggaraan.
Di akhir perjumpaan, Sdr. Arul merumuskan bahawa Persatuan tersebut perlu menyelesaikan dua perkara yang utama terlebih dahulu: i. mendaftarkan Persatuan Penduduk dan ii. Mengadakan perjumpaan dengan pihak pemaju. PSM Semenyih akan membantu para penduduk dalam kedua-dua hal tersebut.

Blogger haji said...
ReplyDeleteTajuk : restoran "HARAM" berdekatan taman semenyih ria.
1) Terdapat sebuah buah Restoran haram yang telah dibina ditanah kerajaan dan berhampiran dengan
kawasan perumahan di TAMAN SEMENYIH RIA Semenyih.Restoran tersebut selalu membuat bising dengan memasang sistem karaoke yang terlampau kuat sehinggah menganggu penduduk di kawasan tersebut.
2)restoran itu juga dipercayai dikendalikan oleh pendatang asing.
3)kami berharap kerajaan Negeri dapat mengatasi isu ini dimana restoran tersebut terbukti menyalahi undang-undang.