Justeru itu, satu sidang akhbar tergempar telah diadakan di Khemah Flat Taman Permata Dengkil yang dihuni penduduk lebih 3 bulan. Sidang akhbar ini telah dipengerusikan oleh Sdr. Arul. Sdr. Arul telah memaklumkan bahawa para penduduk telah mendapat surat daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menyatakan persetujuan kerajaan Persekutuan untuk membina rumah untuk para penduduk di tanah yang di tapak yang dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ini merupakan satu berita yang mengembirakan para penduduk. Persetujuan ini pasti tidak yang dicapai tanpa perjuangan para penduduk Flat Taman Permata.
SYABAS DAN HIDUP PERJUANGAN RAKYAT!
No comments:
Post a Comment